trending_flat

Hati-hati isu semasa dijadikan polemik menjelang PRN

Oleh: Prof. Madya Dr. Amanuddin Shamsuddin  Semenjak pengumuman kenaikan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate - OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dari kadar 2.75% kepada 3.0% berkuatkuasa pada 3 Mei 2023, isu ini mendapat perhatian ramai pihak dengan pelbagai pendapat, pandangan dan tidak kurang juga yang melemparkan pelbagai tuduhan. Ahli-ahli parlimen yang menghadiri sidang Dewan Rakyat yang berlangsung ketika ini juga tidak terlepas dari membangkitkan isu kenaikan OPR. Perdana Menteri YAB Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan terpaksa sekali lagi menjawab serta menghuraikan asas kepada keputusan kenaikan ini sebagaimana yang dilaporkan oleh The Star pada 25 Mei 2023. Apa yang menarik perhatian ialah penyataan yang dibuat oleh Pengerusi Kebangsaan DAP, YB Lim Guan Eng berkaitan isu OPR ini. Beliau mengatakan kenaikan OPR ini hanya menguntungkan pihak bank sahaja. Sebagai sebahagian dari Kerajaan Perpaduan, penyataan seumpama ini mungkin dilihat dari pelbagai sudut oleh masyarakat; kemungkinan tiada […]

trending_flat

Berhati-hati mencipta kandungan

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Apabila berlaku perkembangan teknologi yang pesat khususnya di era revolusi industri 4.0, ia membawa kesan yang besar terhadap kehidupan dan budaya masyarakat. Pelbagai gajet telah dicipta dan aplikasi telah diluncurkan dari hari ke hari. Unsur disruptif yang terhasil daripada perkembangan teknologi ini telah mengubah corak interaksi dan komunikasi dalam masyarakat. Perubahan yang ketara adalah perubahan kaedah berkomunikasi dari bentuk fizikal kepada bentuk digital. Malahan, manfaat menjana pendapatan sendiri (self-generated income) yang ditawarkan melalui penggunaan media sosial baharu telah membuka ruang dan peluang kepada para pengguna. Akibatnya ramai pengguna yang memanfaatkan peluang menjana kewangan ini dengan mencipta pelbagai kandungan. Jadi, para penulis dan pencipta kandungan ini perlu kreatif untuk memastikan hasil kreatif mereka menjadi tular dan dicapai oleh pengguna. Biasanya kandungan yang dicipta atau dikarang adalah melibatkan pelbagai tema dan isu. Ia termasuklah tema […]

trending_flat

Ketagihan gajet semakin membarah?

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Perkembangan teknologi membawa pelbagai manfaat dan memberikan kemudahan kepada kehidupan manusia. Di sebalik manfaat tersebut, terselit keburukan apabila ia tidak digunakan secara berhemah. Pada masa kini, ketagihan gajet khususnya telefon pintar semakin parah dalam masyarakat. Ia telah menjadi fenomena biasa dalam berbagai situasi dan lokasi sama ada ketika di meja mesyuarat, meja makan, ruang berbual dan seumpamanya. Malahan ada ketikanya, orang yang tidak memegang gajet akan tampak pelik dan terasing. Kebiasaannya, ketagihan gajet ini melibatkan peruntukan masa penggunaan gajet secara berlebihan yang membawa kepada kegagalan menjalankan rutin seharian, tidak mampu mengawal diri untuk menggunakan gajet, dan timbul rasa resah gelisah apabila tidak dapat menggunakan gajet. Dalam menggunakan gajet, kelompok yang ketagih biasanya terlibat dalam beberapa aktiviti. Pertama, melayari laman sesawang dan media sosial baharu dalam tempoh yang lama. Laman Youtube dan media sosial […]

trending_flat

Tuduhan Anwar – Dr M

1. Dalam usaha untuk menghalang perhimpunan Melayu yang menjemput saya hadir, Anwar telah berkata, “ada orang dulu, 22 tahun campur 22 bulan pegang kuasa, sekarang mengeluh Melayu hilang segala-galanya, hilang harta, hilang saham”. Tambahnya, “Bagaimana tak hilang kalau kamu bolot untuk kamu. Untuk keluarga kamu dan anak-anak kamu. Sekarang bila hilang kuasa, bicara soal rakyat.” 2. Saya ingin dapat bukti dari Anwar bahawa saya bolot untuk saya, untuk keluarga saya dan anak-anak saya. 3. Membuat tuduhan memang mudah. Tetapi tuduhan yang tidak dibukti dengan jelas, tidak boleh diterima sebagai benar. Ia adalah fitnah. 4. Saya mengeluh sekarang kerana kehilangan segala-galanya oleh orang Melayu berlaku selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri. Memang pun orang Melayu menjadi begitu miskin selepas saya tidak lagi jadi Perdana Menteri. 5. Saya berusaha memulihkan keadaan orang Melayu apabila jadi Perdana Menteri selepas PRU 14. Tetapi […]

trending_flat

ABIM RAKAM UCAPAN TAHNIAH BUAT MENTERI PENDIDIKAN BAHARU, PERINCI ASPIRASI PENDIDIKAN UNTUK MASA DEPAN

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan tahniah buat YB Puan Fadhlina Siddiq atas taklifan sebagai Menteri Pendidikan kepada kerajaan Perpaduan seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim. ABIM meyakini kewibawaan dan pengalaman yang dimiliki menjadi tonggak untuk beliau memimpin kementerian pendidikan ke arah kecemerlangan. Dalam memenuhi misi tersebut, ABIM ingin perinci lima perkara pokok isu pendidikan yang harus dititikberatkan. Pertama, isu keciciran pembelajaran yang harus diangkat sebagai isu utama. Justeru ia memerlukan pengukuhan 3M pada peringkat tahap 1. Kedua Dasar Pendidikan Digital perlu disegerakan bagi mempercepat adaptasi pendigitalan dalam ekosistem pendidikan. Ketiga sekolah daif yang merupakan isu berpanjangan dan perlu penyelesaian kreatif dan drastik bagi kesaksamaan pendidikan. Keempat hala tuju pendidikan perlu dijajarkan semula bagi memaknakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Dasar Pendidikan Negara yang dilihat semakin dilupakan akibat pembelajaran berorientasikan peperikasaan masih menebal dalam masyarakat. […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation