trending_flat

Mengukuh pendidikan STEM melalui inovasi makmal jarak jauh

Oleh: Dr. Mohd Nashrul Mohd Zubir Seorang pelajar sedang menggunakan sistem makmal jarak jauh yang dihasilkan Dalam dekad ini, kita telah pun melihat perubahan yang drastik dalam kaedah pendidikan kita. Revolusi digital yang menyeluruh telah mengubah pelbagai aspek kehidupan seharian, termasuklah dalam bidang pendidikan, khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). Sebagai seorang penyelidik dan pendidik, saya percaya bahawa sudah tiba masanya kita melihat kepada pendekatan yang lebih fleksibel, inovatif, dan inklusif dalam mengajar serta mendalami mata pelajaran STEM. Salah satu inovasi terkini yang saya bangunkan bersama rakan-rakan penyelidik adalah makmal jarak jauh, yang bukan sahaja mampu memodenkan cara pembelajaran, malah turut memberikan impak positif terhadap minat dan penglibatan pelajar dalam bidang ini. Mengapa makmal jarak jauh? Makmal adalah komponen terpenting dalam pendidikan STEM. Ia adalah tempat di mana teori sains dipraktikkan dan diuji. Melalui eksperimen, pelajar dapat […]

trending_flat

Realiti golongan B40 menjelang Bajet 2025

Oleh: Dr. Mohd Khairi Ismail Peningkatan kos sara hidup di Malaysia memberi kesan yang tidak seimbang kepada B40 Pada tahun 2024, ekonomi global menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang memuaskan dan sekaligus memberi kesan kepada kadar kemiskinan terutama kepada golongan pendapatan 40% terbawah (B40) di Malaysia. Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund (IMF)) mengunjurkan pertumbuhan global di bawah 3 peratus yang secara tidak langsung memberi kesan kepada pengangguran Malaysia pada kadar 4.5%. Pada masa yang sama, kadar inflasi disasarkan pada 3-4% dan menyebabkan kos sara hidup terus meningkat. Keadaan ini akan menyumbang kepada peningkatan kadar kemiskinan dan menyebabkan wujud keperluan campur tangan menerusi pelaksanaan dasar dan polisi yang efektif. Dengan ketidaktentuan ekonomi global dan pertumbuhan ekonomi negara yang perlahan, kadar kemiskinan dijangka meningkat terutamanya melibatkan golongan B40. Faktor inflasi semasa memberi kesan yang mendalam kepada kumpulan B40 di Malaysia kerana ia secara […]

trending_flat

Masyarakat harus lebih bijak memilih

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Industri halal di Malaysia berpotensi menyediakan peluang yang luas kepada pengeluar makanan untuk mengembangkan perniagaan (Amanda Lim - Unsplash) Kehidupan seorang muslim adalah sering berkisarkan di antara konsep Halal dan Haram. Kedua-dua terma ini adalah berfungsi untuk menjadi garis panduan kepada umat islam dalam melaksanakan aktiviti penghidupan seharian berlandaskan syariat. Konsep Halal dalam perspektif makanan adalah merujuk kepada makanan yang dibenarkan untuk diambil oleh umat islam. Manakala, konsep haram pula adalah membawa maksud sebaliknya. Konsep makanan halal ini adalah merangkumi secara menyeluruh dengan menggalakkan umat Islam untuk mengambil produk makanan yang berkhasiat serta dihasilkan secara suci dan bersih dari perspektif Islam itu sendiri. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pelbagai perkhabaran yang tular dalam ruangan internet adalah berkaitan restoran atau premis makan yang tidak memiliki persijilan Halal, terutamanya bagi premis yang terletak di dalam kawasan pusat […]

trending_flat

Bahaya batu api dalam masyarakat

Oleh: Dzulfaidhi Hakimie Dzulraidi  Perceraian merupakan isu sensitif yang kian mendapat perhatian, bukan sahaja dalam kalangan mereka yang terlibat tetapi juga di kalangan netizen yang sering menjadi ‘pemerhati’ dan ‘pengulas’ di media sosial. Namun, dalam keadaan seperti ini, peranan netizen sebagai ‘batu api’ atau punca ketegangan boleh menjadi lebih berbahaya daripada isu perceraian itu sendiri. Jangan pula kita menjadi batu api dalam apa juga isu di media sosial (Austin Distel - Unsplash) Dalam Islam, kita ditegah daripada terlibat dalam hal-hal yang tidak memberi manfaat. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Di antara tanda-tanda baiknya keislaman seseorang adalah dia meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya.” (Hadith riwayat al-Tirmizi no 2317) Hadith ini menyampaikan mesej yang jelas: seorang Muslim yang baik tidak campur tangan dalam perkara yang tiada manfaat. Dalam era digital ini, ramai yang tidak menyedari bahawa setiap perkataan dan komen yang dilontarkan, […]

trending_flat

Menilai pengajaran, bukan riuh bergosip

Oleh: Nurfilzah Emily Mohamad Khairuddin Dalam era media sosial yang berkembang pesat, segala aspek kehidupan selebriti atau pempengaruh sering kali menjadi tumpuan umum. Setiap gerak-geri mereka diikuti dan setiap perincian mengenai kehidupan mereka termasuk perceraian menjadi bahan perbincangan hangat di kalangan netizen. Salah satu isu yang sering menarik perhatian ialah perceraian selebriti di mana setiap perincian mengenai perpisahan mereka dikongsi dan dianalisis. Namun, adakah kita benar-benar perlu melibatkan diri dalam perbincangan ini terutamanya jika kita tidak mengenali mereka secara peribadi? Perlu diingat bahawa perceraian adalah isu peribadi dan menjadi tanggungjawab kita sebagai masyarakat untuk tidak menjadikannya bahan gosip semata-mata. Dalam hal ini, kita harus memahami bahawa setiap individu tanpa mengira status atau populariti mempunyai hak untuk menjaga aib dan privasi mereka. Ambillah pengajaran dari apa juga kejadian, dan bukan dengan mengeruhkan keadaan dengan menyebarkan fitnah tak berasas (John Schnobrich - […]

trending_flat

UM tingkat kesedaran kesihatan reproduktif warga kampus

Peserta mengunjungi reruai yang disediakan semasa program Sambutan Hari Kesihatan Seksual Sedunia (World Sexual Health Day) disambut setiap tahun dengan matlamat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan seksual dan reproduktif di kalangan masyarakat. Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih 1 juta jangkitan penyakit kelamin dikesan setiap hari di seluruh dunia, menjadikan kesedaran tentang penjagaan kesihatan seksual semakin kritikal. Universiti Malaya turut serta dalam usaha ini dengan menganjurkan Program Kesedaran Kesihatan Reproduktif UM 2024, yang berlangsung pada 19 September 2024 di Auditorium Kompleks Perdana Siswa. Program ini dianjurkan oleh Klinik Universiti Malaya dengan sokongan pelbagai pihak. Dr Zuraidah (kiri) dan Prof Aziz (tengah) ketika merasmikan program Dr. Zuraidah Mohamed, Pengarah Klinik Universiti Malaya, menegaskan bahawa kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan reproduktif boleh membantu mengurangkan penyebaran penyakit seksual seperti HIV/AIDS serta jangkitan kelamin lain. Beliau menyatakan bahawa “peningkatan kesedaran dan akses […]

trending_flat

‘Gold’ atau Gol?

Oleh: Dr Mohd Firdaus Abdullah Peruntukan kewangan dalam sukan sering menjadi isu perdebatan hangat di Malaysia, terutamanya apabila membandingkan bajet yang disalurkan kepada kontinjen para negara dengan dana yang diterima oleh pasukan kebangsaan. Lebih-lebih lagi apabila jumlah peruntukan untuk keseluruhan pembangunan kontinjen para negara seakan-akan sama dengan jumlah yang diterima oleh hanya satu pasukan kebangsaan iaitu bolasepak. Dalam diskusi ini, timbul persoalan: mana yang lebih layak mendapat keutamaan – kontinjen para yang telah terbukti berjaya meraih “gold” (pingat emas) di pentas dunia, atau bola sepak, sukan paling popular yang sering kali menjadi topik perbincangan rakyat namun masih tercungap-cungap mengejar (gol?) impian layak ke Piala Dunia? Atlet para negara telah membawa pulang beberapa pencapaian gemilang di peringkat antarabangsa, termasuk pingat emas di Sukan Paralimpik Rio 2016 dan Tokyo 2020. Walaupun ketika Paris 2024 kontinjen negara tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, Malaysia […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation