Memperkukuhkan hubungan antara ASEAN, Taiwan dan Korea Selatan
Oleh Dr Nurliana Kamaruddin (Gambar ibu pejabat ASEAN di Jakarta, Wikimedia Commons) Tidak dapat dinafikan bahawa dalam dekad kebelakangan ini rantau Asia Tenggara semakin menjadi tumpuan kuasa-kuasa besar untuk membina kerjasama ekonomi, keselamatan dan politik. Ini bukan sahaja kerana kedudukan geografi rantau ini tetapi pembangunan ekonomi dan infrastuktur yang pesat juga membuka banyak peluang pelaburan dan pasaran baru. Bagi anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), dominasi China dan Jepun sebagai kuasa ekonomi kedua dan ketiga terbesar dunia tidak dapat dinafikan. Kedua-dua negara ini juga mempunyai hubungan mendalam serta memainkan peranan yang besar dalam sejarah pembangunan negara-negara Asia Tenggara. Namun demikian, negara-negara ASEAN juga perlu mengambil kesempatan untuk terus memperkukuhkan hubungan dengan ekonomi-ekonomi dan kuasa pertengahan lain di Asia Timur seperti Taiwan dan Korea Selatan. Taiwan dan Korea Selatan telah mengambil langkah proaktif dengan mengetengahkan hubungan diplomatik dengan negara-negara ASEAN sejak […]