trending_flat

Mungkin metanol jawapannya

Oleh: Dr Azman Ma’mor Bahan bakar konvensional seperti petrol dan diesel yang digunakan dalam kenderaan menyumbang kepada pemanasan global disebabkan oleh pelepasan gas karbon dioksida, karbon monoksida, hidrokarbon, dan nitrogen oksida. Oleh itu, bahan bakar alternatif amat diperlukan bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar kerana kesan pemanasan global dan kemusnahan alam sekitar semakin dirasai. Metanol merupakan salah satu bahan bakar yang berpotensi, kerana sebatian hidrokarbon ini hanya mengandungi satu atom karbon tetapi lebih banyak atom hidrogen berbanding sumber tenaga lain. Metanol boleh dihasilkan dari pelbagai sumber seperti gas asli, arang, dan biojisim. Karbon dioksida, yang merupakan punca kesan rumah hijau, juga boleh digunakan untuk penghasilan metanol. Teknik ini melibatkan pembakaran karbon dioksida dan hidrogen pada suhu tinggi dengan menggunakan mangkin tertentu untuk menghasilkan metanol. Metanol adalah cecair tanpa warna, mudah tersejat, dan mudah meruap. Ia mempunyai komposisi oksigen melebihi 50%, jauh […]

trending_flat

Bebaskan gigimu dari si ‘penjajah’

Oleh: Dr Afaf Syahira Ahmad Satmi “Tanggal tiga puluh satu, bulan lapan lima puluh tujuh...” Lantunan suara ikonik Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang kedengaran di corong-corong radio ketika ini, menandakan bulan kemerdekaan telah pun tiba. Meskipun lagu ini mungkin sudah lama, tetapi melodinya tetap segar dalam ingatan. Namun, di sebalik kehangatan sambutan kemerdekaan ini, sebagai seorang profesional dalam bidang pergigian, saya terimbau satu perkongsian di media sosial mengenai persoalan, “Sudahkah anda bebas merdeka dari masalah pergigian?” Persoalan ini membuka satu perspektif dalam menilai taraf kemerdekaan kita dari aspek kesihatan, terutamanya kesihatan pergigian. Persoalan tersebut saya hubungkan dengan statistik terkini mengenai taraf kesihatan mulut orang dewasa di Malaysia, dan dapatan tersebut secara umumnya amat membimbangkan. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Mulut Orang Dewasa (NOHSA) 2020, didapati 17 daripada setiap 20 orang dewasa Malaysia sebenarnya mempunyai masalah gigi berlubang; setiap individu dewasa mempunyai […]

trending_flat

Hentikan kitaran penderaan!

Oleh: Prof Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Nurfarahira Ahmad Yaccob, Nur Nadhirah Mat Nawi Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan satu rakaman video yang tersebar di media sosial mengenai seorang wanita warga Indonesia dan anaknya yang masih bayi menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Isu keganasan rumah tangga ini adalah masalah yang dilihat serius kerana berita mengenainya sering terpapar di media massa dan pelaku serta mangsa terdiri dari pelbagai bangsa, agama dan latar belakang pendidikan. Persoalannya, di manakah silapnya? Keganasan rumah tangga ini adalah suatu kekerasan yang berlaku dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Kekerasan merujuk kepada pembentukan tingkah laku penderaan yang digunakan oleh seseorang individu dalam rumah tangganya bagi mendapat atau mengekalkan kuasa serta kawalan terhadap pasangan intimnya. Keganasan rumah tangga ini boleh juga dikatakan sebagai satu pencabulan terhadap hak asasi manusia. Kebiasaannya wanita dan kanak-kanak sering menjadi mangsa dalam isu keganasan ini, […]

trending_flat

Demi sebuah cita-cita mengubah taraf kehidupan melalui pendidikan

Oleh: Dr Nurul Huda Hamzah Kebanyakan penjawat awam ketika ini dapat menarik nafas lega kerana mereka bakal menikmati kenaikan gaji sebanyak 15 peratus, iaitu kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara, mulai penghujung tahun 2024. Sebelum ini jumlah paling tinggi kenaikan gaji ini adalah pada kadar 13 peratus. Persoalannya, adakah kadar kenaikan gaji yang diumumkan ini mampu membantu penjawat awam dalam meningkatkan taraf hidup? Dilema ini sering menghantui penjawat awam yang mempunyai cita-cita meningkatkan taraf pendidikan demi masa depan. Secara rambang, kenaikan gaji yang diumumkan masih belum boleh menjamin yang penjawat awam mampu menyambung pengajian bagi tujuan meningkatkan taraf hidup. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi menyelesaikan dilema yang rumit ini? Menghadapi situasi di mana gaji tidak mencukupi tetapi masih ingin menyambung pengajian untuk meningkatkan taraf hidup adalah satu keputusan yang mencabar namun bijak. Dengan mengambilkira cabaran dimana tahap pendapatan […]

trending_flat

Syukuri nikmat beragama di Malaysia yang merdeka

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Saban pagi, apabila kita bangun dari tidur yang nyaman, pasti akan kedengaran suara bilal mengumandangkan azan di masjid dan surau di serata tempat. Laungan azan itu bersahutan serentak, mengikut takwim waktu solat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama. Apabila kita ke masjid menunaikan solat berjemaah, pelaksanaan ibadah solat ditunaikan seragam menurut mazhab Syafi’i sehingga dengan itu tidak timbul perselisihan akibat persoalan furu’ dalam ibadah. Dan seawal permulaan hari kita bersarapan tanpa rasa was-was mengetahui bahawa ada jaminan halal yang dikeluarkan oleh kerajaan pada produk makanan. Jika tiba bulan Ramadan pula, kita akan berpuasa secara bersama dan serentak seperti yang diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Bahkan untuk menunaikan zakat, telah ditetapkan kadar yang tertentu dan ada pihak berautoriti yang kita percayai akan memanfaatkan kutipan zakat tersebut. Kadang kala di […]

trending_flat

Ada apa dengan mpox?

Oleh: Dr. Jasmine Elanie Khairat Kita sekali lagi digemparkan dengan pengisytiharan kecemasan kesihatan global berikutan wabak cacar monyet (mpox) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 14 Ogos 2024 yang lalu. Ini berikutan lonjakan kes di Republik Demokratik Congo dan ancaman penularan ke negara-negara jiran yang menjadi sebab utama pengisytiharan ini. Di Malaysia, walaupun jumlah kes mpox ini masih rendah dan terkawal, kita tidak seharusnya memandang ringan situasi ini. Mpox, atau sebelumnya dikenali sebagai cacar monyet, adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus monkeypox dari kumpulan Orthopoxvirus. Secara amnya, penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja, tanpa mengira orientasi seksual, walaupun data semasa menunjukkan kadar jangkitan yang lebih tinggi dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan tubuh dengan lelaki. Gejala Mpox termasuklah demam, sakit kepala, sakit otot, keletihan, dan ruam atau luka pada kulit. Walaupun kebanyakan individu pulih tanpa rawatan, mpox boleh membawa […]

trending_flat

Rasionalisasi subsidi minyak jalan menuju mobiliti elektrik

Oleh: Prof Madya Ts. Dr. Zul Ilham Bin Zulkiflee Lubes Rasionalisasi subsidi minyak yang dirancang negara bakal mencorakkan landskap tenaga dan dijangka mempercepatkan peralihan penerimaan kenderaan elektrik di kalangan pengguna. Dengan penarikan subsidi diesel dan seterusnya petrol, kenderaan elektrik menjadi pilihan yang semakin menarik dan bakal menyumbang kepada pengangkutan lestari dan inovasi dalam sektor automotif negara. Baru-baru ini, program rasionalisasi subsidi yang dijalankan menginjak naik harga runcit bagi diesel yang sebelum ini sekitar RM2.15 seliter kepada kenaikan hampir 40% menghampiri harga pasaran dunia. Untuk minggu-minggu seterusnya, harga diesel bakal berubah mengikut trend pasaran harga minyak global. Selain dari masalah besar penyeludupan bahan api keluar dari sempadan yang menjadi motivasi besar program rasionalisasi ini, langkah ini dikira sangat penting bagi Malaysia memandangkan kerajaan menanggung perbelanjaan subsidi berbilion ringgit setiap tahun untuk memastikan harga runcit diesel dalam negara rendah. Peningkatan harga runcit […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation