trending_flat

Toleransi, bukan normalisasi pluralisme agama

Oleh Mohammad Baihaqi Md Yusnan Malaysia sebuah negara berbilang kaum, bangsa, dan agama. Bertahun-tahun lamanya rakyat Malaysia hidup dalam keadaan sinergi yang harmoni antara setiap kaum, bangsa dan agama. Memasyarakatkan sikap saling hormat menghormati setiap adat dan tradisi rakyat Malaysia yang ada adalah kunci kepada keharmonian antara kaum di Malaysia. Tetapi, di dalam usaha menegakkan sikap terpuji ini, sebagai seorang Islam yang berpegang dengan rukun dan prinsip keIslaman yang dianuti, perlunya ada batas yang jelas yang tidak boleh dilanggar. Perlu diletakkan sebuah garisan halus antara toleransi dan pluralisme. Benar sekali, garisan itu perlu dilukis dan diwujudkan, tidak sesekali ia boleh diputuskan! Toleransi bukan bermaksud menerima bulat-bulat bahkan ia sebuah perasaan yang timbul dari sikap saling hormat menghormati dan dasar menegakkan keterbukaan dalam kalangan masyarakat atau entiti sosial. Ia juga membawa konotasi mempelajari sesuatu daripada perbezaan individu, atau di dalam konteks […]

trending_flat

Qunut nazilah itu khusus sifatnya

Oleh Prof. Madya Dr Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Dalam Islam, ibadah adalah ketaatan, ketundukan dan kepatuhan hamba kepada Pencipta. Ketaatan dan ketundukan itu pula disyariatkan dalam pelbagai bentuk dan kaedah pelaksanaan. Salah satu bentuk ibadah kepada Allah SWT ialah dengan berdoa kepada-Nya. Doa ialah permohonan kita kepada Allah bertujuan meminta pertolongan, panduan, keampunan dan rahmat dari-Nya. Oleh itu, berdoa adalah terjemahan tanda tunduk dan bergantungnya manusia kepada Allah SWT. Imam al-Ghazali di dalam Ihya’ ‘Ulum al-Din menjelaskan, insan yang berdoa kepada Allah ialah insan yang memperakui kebergantungan dan pengharapan kepada-Nya. Maka lebih banyak seseorang itu berdoa dan memohon kepada Allah, maka akan lebih tinggilah rasa kehambaannya. Di dalam Jami’ al-Tirmidzi, Ibnu ‘Abbas RA meriwayatkan berkenaan pesanan atau wasiat Rasulullah SAW kepadanya yang antaranya bermaksud: “Apabila kamu meminta, maka pintalah kepada Allah. Apabila kamu meminta pertolongan, maka pintalah pertolongan […]

trending_flat

Panduan sunnah mendepani isu siasatan kematian

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar, Dzulfaidhi Hakimie Dzulraidi Siasatan kematian seringkali menjadi perhatian masyarakat. Semua pihak mahu terlibat dalam meluahkan amarah kepada suspek di media sosial, memberikan komentar dan kritikan kepada pihak polis dan mahkamah, malah membuat tuduhan dan tekaan serta menjatuhkan “hukuman” lebih awal. Antara kes inkues yang menjadi topik utama di dada media dan tular di laman sosial termasuklah kes kematian pegawai bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim pada tahun 2018. Pada tahun ini sahaja, terdapat beberapa siasatan kematian yang mendapat liputan luas seperti kes “Baby Syifaa” 15 bulan yang ditemukan tidak sedarkan diri dalam buaian di pusat asuhan. Begitu juga dengan siasatan kematian anak syurga Zayn Rayyan Abdul Matiin, dan terkini, Nur Farah Kartini. Apakah sebenarnya etika kita sebagai orang awam dalam mendepani isu-isu siasatan kematian seperti ini? Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Buraidah bin al-Husaib, Nabi […]

trending_flat

Merenung maksud hijrah melalui niat dan keazaman yang baik 

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Di Malaysia, saban tahun kita menyambut Maal Hijrah bersempena masuknya tahun baru Islam. Pelbagai perbahasan telah dibincangkan oleh para ilmuwan tentang Hijrah, namun apa yang juga perlu direnungi ialah maksud dan tujuan sambutan itu diadakan. Ia bukan sekadar untuk memperingati peristiwa bersejarah hijrah Nabi Muhammad dan para sahabat ke bumi Yathrib, tetapi penghijrahan itu sendiri sarat dengan pengajaran dan panduan yang bermakna. Prof. Madya Dr. Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Kemahuan untuk berhijrah memerlukan suatu tekad, keazaman dan pengorbanan yang tinggi. Bayangkan, umat Islam di kala itu perlu meninggalkan tanah air tempat kelahiran, - mungkin selamanya tanpa mengetahui bila akan kembali- ; meninggalkan harta benda yang telah sekian lama diusahakan; serta meninggalkan ahli keluarga dan sahabat handai yang hidup dan membesar bersama. Perjalanan hijrah itu pula tidak mudah, terpaksa […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation