Jiwa KL diberi Nafas Baharu menerusi Belanjawan 2025
Komentar media oleh: Raja Ahmad Iskandar Fareez, Setiausaha Publisiti Pemuda Sosialis DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Kuala Lumpur | 19 Oktober 2024 Berpaksikan kerangka ‘Ekonomi MADANI’ dan tiga fokus utama ‘Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat’, Belanjawan 2025 menggabungkan langkah-langkah yang tepat untuk memberi nafas baharu kepada ‘jiwa’ Kuala Lumpur (KL). Ini melibatkan beberapa peruntukan yang dirangka untuk mengambil kira cabaran iklim, pemeliharaan dan pemuliharaan budaya dan warisan, pembangunan bakat serta meningkatkan keterhubungan dan kualiti hidup di ibu kota kita. Dengan menyeimbangi faktor ini, kita boleh merealisasikan potensi penuh KL sebagai kota idaman untuk didiami, mencari rezeki, berekreasi, dan banyak lagi. Antara langkah-langkah penting yang diumumkan semasa pembentangan kali ini termasuk peruntukan RM10 juta untuk menjalankan Kajian Geoteknikal Struktur Lapisan Tanah di jalan-jalan utama sekitar “Segitiga Emas” KL bagi menangani potensi berulangnya insiden lubang benam yang tragis, RM150 juta untuk […]