trending_flat

Hikmah menerima jemputan dan menjadi tetamu Ilahi

Oleh: Prof. Madya Dr. Zawawi Ismail Haji adalah ibadah yang menjadi rukun Islam. Rukun yang menjadi kewajipan ini disepakati oleh semua para ulama tanpa ada sebarang pertikaian dan berlakunya percanggahan pendapat bermula dari pensyariatan terakhir haji kepada baginda nabi Muhammad s.a.w sehingga sekarang. Hukum kewajipan haji diistinbat dari al-Quran, Sunnah dan ijma’ sekalian ulama tanpa dapat dinafikan lagi bahkan penafian kepada kefardhuan yang wajib menjadi salah satu asbab kepada kekufuran setelah beriman. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud, “dan sempurnakan ibadah haji dan umrah kerana Allah”. Prof. Madya Dr. Zawawi Ismail Pelaksanaan ibadah haji melibatkan penglibatan semua aspek bermula dari aspek agama, pengurusan, ekonomi, pembangunan infrastruktur, perancangan bandar, psikologi, sosiologi, sains pemakanan, pengangkutan, komunikasi dan lain-lain aspek yang saling bergantung antara satu sama lain. Ini menjelaskan bahawa pensyariatan ini adalah satu program besar agama yang melibatkan aspek […]

trending_flat

9 PEGAWAI TERIMA KENAIKAN PANGKAT MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 23 Jun 2023 - Seramai 9 orang pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah dinaikkan pangkat berkuatkuasa semalam. Majlis Pemakaian Pangkat Maritim telah disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim dengan turut diiringi Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Tuan Khairul Anwar bin Bachok. Mendahului senarai penerima pemangkuan pangkat ialah Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli bin Abdullah sekaligus menerajui kempimpinan di Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya dengan pangkat Laksamana Muda Maritim gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C. Diikuti senarai, empat pegawai kanan menerima pemangkuan pangkat daripada Kepten Maritiim kepada Laksamana Pertama Maritim; Kepten Maritim Vincent a/l Rajamony sebagai Pengarah Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kepten Maritim Zulinda binti Haji Ramly sebagai Timbalan Pengarah Bahagian […]

trending_flat

ZULINDA WANITA PERTAMA DILANTIK SEBAGAI LAKSAMANA PERTAMA MARITIM

PUTRAJAYA, 23 Jun 2023 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakar sejarah sejak penubuhannya apabila seorang pegawai kanan iaitu Kepten Maritim Zulinda Haji Ramly menjadi wanita pertama yang dinaikkan pangkat sebagai Laksamana Pertama Maritim di sini hari ini. Zulinda, 46, merupakan antara 9 orang pegawai Maritim Malaysia yang dinaikkan pangkat dalam satu majlis pemakaian pangkat yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia selaku pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim. Memegang banyak portfolio yang melibatkan operasi, antara kejayaan yang dikecapi beliau adalah mengetuai pelbagai operasi khas yang melibatkan jenayah rentas sempadan, mengkoordinasikan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) untuk negeri-negeri di utara semenanjung tanah air dan juga bertindak sebagai Ketua Gugus Tugas Operasi Benteng (KGT 24.1) dalam menangani kemasukkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) semasa pandemik COVID-19. Ibu kepada empat cahaya mata ini […]

trending_flat

Tahap kerjasama Meta tidak memadai, MCMC tidak teragak-agak ambil tindakan perundangan

CYBERJAYA, 23 JUN 2023 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa pihaknya telah menghubungi pihak Meta, syarikat induk Facebook untuk menurunkan kandungan yang memudaratkan yang signifikan membabitkan elemen Kaum, Institusi Diraja, Agama (3R), penyamaran, judi dalam talian serta iklan- iklan penipuan. Kata MCMC, di sebalik permohonan berulang kali daripada pihak MCMC, Meta gagal mengambil tindakan secukupnya dalam menangani isu berkaitan kandungan memudaratkan pada platform mereka dan tidak bekerjasama sepenuhnya dalam menurunkan kandungan tersebut. "Maklum balas pihak Meta yang lembap dan kurang memuaskan, tidak setimpal dengan keseriusan perkara berkenaan dan ini telah mengundang kebimbangan dan penelitian awam. Memandangkan tahap kerjasama yang diberikan oleh Meta adalah tidak memadai, pihak MCMC tidak teragak-agak untuk mengambil langkah definitif atau tindakan perundangan terhadap Meta sebagai langkah untuk memastikan pengguna dilindungi dan mempunyai persekitaran selamat dalam alam digital. Tindakan berkenaan adalah perlu dalam menyemaikan […]

trending_flat

Salehuddin ketuai “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia – Brunei”

TELUK SEPANGGAR, 23 JUN 2023 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini telah mengetuai “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia – Brunei” – Projek Pembekalan LPG Tidak Bersubsidi ke Negara Brunei Darussalam yang diadakan di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah. Menurut Salehuddin, Program “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei” merupakan satu bentuk kerjasama ekonomi antara Malaysia dengan negara jiran yang bersempadan dengan negara ini dengan menumpukan kepada pembekalan barangan keperluan. Objektif program tersebut adalah bagi meningkatkan keterjaminan bekalan serta peningkatan kerjasama perdagangan antara negara ini dan negara jiran. "Bagi program “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei”, ianya dimulakan dengan pembekalan LPG tidak bersubsidi dari Malaysia ke Brunei dan akan diperluaskan dengan barangan keperluan lain yang akan diperincikan di antara kedua-dua negara pada masa akan datang. PETRONAS menerusi pengeluaran LPG di Loji Teluk Sepanggar, Sabah, […]

trending_flat

[Video] Inisiatif Jangka Masa Pendek oleh JAKOA basmi miskin tegar di kalangan OA

KUALA LUMPUR, 20 JUN 2023 - Sorotan Video Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Negara YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bagi menjawab pertanyaan YBHG. DATO' AJIS BIN SITIN untuk menyatakan apakah inisiatif jangka masa pendek yang telah dilaksanakan bagi menoktahkan kemiskinan tegar dalam kalangan masyarakat Orang Asli selaras dengan tekad Perdana Menteri semasa pmbentangan Bajet 2023 yang lalu. https://youtu.be/4MSSiAcmi6A

trending_flat

[Video] Highlights Dewan Negara hari ini

Video dan foto sorotan acara-acara menarik di Dewan Negara hari ini : https://youtu.be/dHLDN6VdtOM Kredit Video : RTM Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia 1.Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Negara. 2. Pemilihan Yang di-Pertua Dewan Negara. 3. Pemilihan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara. 4. Pemasyhuran oleh Yang di-Pertua Dewan Negara.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation