trending_flat

CEO AirAsia Riad Asmat letak jawatan

KUALA LUMPUR, 30 Disember 2023 - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Airasia, Riad Asmat telah melepaskan jawatan yang disandangnya sejak tahun 2018 pada hari ini. View this post on Instagram A post shared by Riad Asmat 🇲🇾 (@riadasmat) Dalam satu catatan di halaman Instagram miliknya, Riad mengucapkan terima kasih kepada AirAsia dan pasukannya atas sokongan berterusan yang diberikan dalam tempoh baik atausukar “Amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan setiap daripada anda pada sepanjang tahun ini.” katanya. “Dalam saya berehat sebentar dan beralih kepada kemungkinan peranan penasihat untuk organisasi ini, sila jaga diri selalu. Saya tidak begitu percaya pada ucapan selamat tinggal tetapi lebih kepada jumpa lagi nanti. Oleh itu, jumpa lagi nanti,” katanya, sambil menambah beliau gembira dalam setiap perjalanan di AirAsia tanpa ada rasa kesal.

trending_flat

Dato’ Sri Aidi bersara wajib selepas 36 tahun bersama PDRM

Sumber : Facebook rasmi PDRM KUALA LUMPUR, 29 Disember 2023 - “Khidmatmu dijulang, baktimu dikenang”, itulah ungkapan terbaik buat Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Sri Aidi Ismail yang bakal menjalani persaraan wajib pada 1 Januari 2024, setelah hampir 36 tahun menabur bakti dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Dato’ Sri Aidi secara rasmi pagi tadi menyerahkan jawatan Pengarah JPJKK kepada penggantinya, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad dalam Majlis Serah Terima Tugas yang disaksikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay yang berlangsung di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur. Dato' Sri Aidi yang dilahirkan pada 1 Januari 1964 merupakan anak jati Kuala Terengganu dan telah menyertai PDRM sebagai Kadet ASP pada 5 Jun 1988. Beliau yang berkelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda […]

trending_flat

Keadaan COVID-19 terkawal, tiada varian baharu dikesan

29 DIsember 2023 - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa keadaan COVID-19 di negara adalah terus terkawal dimana kebanyakan kes COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menerusi satu kenyataan hari ini, kadar kemasukan pesakit yang menghidap COVID-19 ke dalam hospital dan kadar kematian kekal pada tahap rendah. "Untuk Minggu Epid ME-51 (17 - 23 Disember 2023), kadar kemasukan pesakit yang menghidap COVID-19 ke dalam hospital adalah pada 0.5% dan kadar kematian 0.08% . Ini bermaksud kadar untuk kedua-dua parameter ini kekal pada tahap yang rendah."katanya. Tambah beliau, sehingga kini, tiada varian baharu yang dikesan di Malaysia. Katanya, varian yang sedang menular di Malaysia adalah masih varian Omicron, dengan subvariannya XBB.1.16, XBB.1.5, EG.5 dan termasuk JN.1. Subvarian Omicron yang sedang menular diketahui tidak menyebabkan kes […]

trending_flat

Banjir : Anwar tiba di Kelantan

KELANTAN, 28 Disember 2023 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba di Kelantan bagi meninjau sendiri situasi banjir di sana. Menurut Anwar, sejurus tiba di Kota Bharu, beliau diberi taklimat ringkas berkaitan perkembangan terkini situasi banjir dan pengoperasian pasukan keselamatan kita. Anwar diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Pengarah NADMA Datuk Khairul Shahril Idrus. "Taklimat itu juga memperincikan masalah yang dihadapi, tantangan operasi, status mangsa di pusat pemindahan sementara selain pemberian bantuan kepada yang terkesan dengan bencana banjir. Agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sedang bekerjasama rapat bagi memastikan urusan kebajikan mangsa banjir yang diberi keutamaan tinggi pada setiap masa." kata Anwar melalui satu hantaran di Halaman X rasmi beliau. Seterusnya beliau ke Jambatan Lubok Jong, Pasir Mas, bagi melihat sendiri dampak banjir dan langkah […]

trending_flat

Banjir : Jumlah mangsa meningkat ke 26,827 setakat 12 tengah hari 28 Disember

Sehingga 28 Disember 2023, jam 12.00 tengah hari, terdapat 16 daerah di 5 negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah) yang dilanda banjir dengan peningkatan jumlah mangsa kepada 26,827 dalam tempoh 24 jam (berbanding 25,849 mangsa pada 27 Disember 2023). Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),iIa melibatkan 8,486 keluarga yang ditempatkan di 130 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). "Jumlah PPS yang dibuka berkurang berbanding 185 buah pada 27 Disember 2023. Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah Pasir Mas, Kelantan (18,293 mangsa), diikuti Dungun, Terengganu (2,966 mangsa) dan Tumpat, Kelantan (1,732 mangsa)." kata laporan itu. Dalam pada itu, terdapat 14 fasiliti PDRM di Kelantan terjejas banjir, iaitu satu (1) Balai Polis Pasir Mas dan 13 Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas, Kelantan. Manakala di Terengganu terdapat tiga (3) fasiliti PDRM terjejas banjir, […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Kepulauan Kuril

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Kepulauan Kuril pada jam 5:15 petang tadi. Mengikut laporan dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 5:15 petang, 28 Disember 2023Koordinat: 44.4° Utara 149.1° TimurLokasi: Kepulauan KurilMagnitud: 6.4Jarak: 542km Timur dari Asahikawa,JepunKedalaman: 48 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

KPKT berjaya laksanakan 5,196 projek pembangunan rakyat sepanjang tahun ini

SERI KEMBANGAN, 28 Disember 2023 – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming telah mengumumkan kejayaan pelaksanaan 5,196 projek pembangunan kepada rakyat bagi tahun 2023 dengan jumlahperuntukan sebanyak RM700 juta. Pengumuman tersebut telah dibuat dalam satu sidang media semasa lawatan kerja turun padang beliau ke Pasar Bazar Rakyat Seri Kembangan pada pagi ini. Beliau turut meninjau kerja-kerja membaik pulih pasar tersebut dengan memberikan peruntukan keseluruhan berjumlah RM300 ribu yang telah disalurkan oleh KPKT meliputi kerja-kerja mengecat semula struktur besi, dinding bata, penggantian penutup longkang (MS Grating) dan kerja-kerja menaik taraf tandas/pembaikan tandas. Dalam sidang media tersebut, YB Kor Ming turut memaklumkan bagi tahun 2023, jumlah peruntukan BP.1 yang telah diluluskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengalami peningkatan yang ketara dengan jumlah sebanyak RM700 juta berbanding RM489 juta pada tahun 2022. Ia melibatkan keseluruhan pelaksanaan 5,196 projek […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation