trending_flat

KPN, Timbalan KPN Penuhi Undangan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani

Sumber : Facebook Rasmi PDRM Cheras, 10 Disember 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay petang tadi hadir memenuhi undangan ke Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang diadakan dekat Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini. Program yang dianjurkan bersempena setahun usia pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu telah berlangsung selama tiga hari bermula pada 8 Disember lalu dan secara rasmi melabuhkan tirainya pada hari ini dengan disempurnakan oleh Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim. Antara objektif penganjuran program tersebut ialah bagi mendekatkan lagi Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dengan rakyat, disamping memaklumkan secara terus kejayaan-kejayaan yang telah ditempa oleh negara sepanjang setahun pimpinan Kerajaan MADANI. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Kementerian Dalam Negeri juga tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam program tersebut dengan membuka ruang pameran dan kaunter diskaun saman […]

trending_flat

Didiklah mereka dengan ujian dari sana

Oleh: Dr. Nurul Husna Mansor, Dr. Azmawaty Mohamad Nor Hingga saat ini, bumi Gaza sudah ibarat padang jarak padang tekukur. Cebisan daging dan darah dapat dilihat di mana-mana. Semua bangunan yang menjadi tempat penduduk mendapat perlindungan dan manfaat seperti kediaman, tempat ibadah, hospital, sekolah dan sebagainya sudah hancur lumat akibat dibedil dan dibom. Dr. Nurul Husna Mansor Dr. Azmawaty Mohamad Nor Tidak lagi dapat disaksikan kanak kanak berlari lari keriangan, tidak lagi kelihatan kaum ibu saling bertegur sapa sambil membersihkan debu-debu di sekitar halaman rumah, tidak ada lagi sekumpulan bapa-bapa yang bekerja keras membanting tulang mencari nafkah buat isi rumah. Yang ada hanyalah tangisan dan raungan lantaran kehilangan insan tersayang. Segala yang dimiliki musnah dan lenyap sekelip mata. Yang berbaki hanyalah sisa runtuhan, kenangan dan trauma yang sangat mendalam kepada insan yang ditinggalkan. Dari sudut pandang psikologi, trauma yang dialami […]

trending_flat

Harungi 750 Batu Nautika demi Eksesais Maritim Perkasa Barat

BUKIT MALUT, 3 Disember - Kapal Maritim (KM) Nusa telah mengharungi sejauh 750 batu nautika secara solo dari Kuala Terengganu ke Pulau Langkawi bagi menyertai Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023. Sempat berada di dalam kelompok 14 buah kapal yang terlibat dalam eksesais berkenaan ketika melalui kawasan perairan Pulau Pinang, KM Nusa turut berjaya menamatkan pelayaran dengan berlabuh di jeti Pulau Langkawi bersama kapal-kapal lain semalam. Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, semangat dan iltizam yang ditunjukkan pegawai dan anggota KM Nusa adalah sebahagian contoh kesungguhan warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memberikan komitmen mereka demi memastikan sesuatu arahan berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Beliau turut berkata, selain bersemangat melaksanakan tugasan yang diamanahkan, warga Maritim Malaysia perlu meningkatkan kepakaran dalam bidang tertentu khususnya ilmu pelayaran dan penguatkuasaan. Ujar beliau, komunikasi taktikal misalnya perlu ditingkatkan kerana bilangan […]

trending_flat

Berpada-padalah dalam kisah rumahtangga

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Anuar Ramli Kisah poligami telah menimbulkan gelojak emosi yang tidak terkawal dalam kalangan masyarakat apabila pemberitaan tentang poligami dilaporkan di media. Seolah-olah mereka bersama-sama bersolidariti dengan isteri yang tua, tersakiti dan merasai penderitaannya. Sedangkan dalam amalan poligami, terdapat banyak kisah bahagia berbanding derita. Tetapi banyak kisah penderitaan yang dipaparkan hingga menimbulkan stigma dalam masyarakat yang mengaitkan poligami dengan kecurangan dan pengkhianatan suami. Prof. Madya Dr. Mohd Anuar Ramli Dalam merespons kisah-kisah yang dilaporkan di media, ramai orang yang tidak bertindak menjadi pendamai atau penyejuk keadaan. Sebaliknya mereka menjadi batu api dengan menghasut pihak terlibat agar meruntuhkan masjid yang dibina. Selagi pasangan suami isteri tidak bercerai, mereka tidak akan berpuas hati dan akan terus menerus mencari keburukan dan kelemahan pihak suami dan isteri baru. Campur tangan dan hasutan masyarakat hanya akan meruntuhkan masjid dan memusnahkan kehidupan. […]

trending_flat

OPV1 Uji Kemampuan dalam Eksesais Maritim Perkasa Barat

PULAU PINANG, 30 November - Kapal Peronda Luar Persisir Pertama (OPV1) turut berada di dalam kelompok 15 buah Kapal Maritim (KM) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sempena Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023. Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, pihak TH Heavy Engineering Berhad (THHE) kini sedang melakukan fasa sea trial terhadap OPV1 dan ia kini belayar memasuki kawasan Pulau Pinang bersama-sama kapal lain. Katanya lagi, penyertaan kapal berkenaan dalam eksesais yang dilaksanakan oleh Agensi ini adalah bertepatan dengan matlamat bagi menguji kemampuan sepenuhnya OPV1 sebelum ia diserahkan secara rasmi kepada Maritim Malaysia. Tambah beliau, kapal yang berada dalam fasa sea trial itu bakal diuji selama empat hari bermula 28 November hingga 1 Disember dengan menempuh jarak sepanjang 630 batu nautika perairan Selat Melaka bermula dari Pelabuhan Klang dan akan tiba di Pulau Langkawi. […]

trending_flat

Islamofobia penyebab sekatan produk halal di India?

Oleh: Prof. Madya Dr. Zalina Zakaria Baru-baru ini, berkuatkuasa pada 18 November 2023, Muslim di India dan di luar India telah dikejutkan dengan dalam satu langkah kontroversi yang diambil oleh kerajaan wilayah Uttar Pradesh di India, yang diketuai oleh BJP, sebuah parti fundamentalis di India yang mengenakan larangan ke atas pengeluaran, penyimpanan, pengedaran dan penjualan produk makanan, ubat-ubatan dan kosmetik yang disahkan halal. Malah dikatakan bahawa kerajaan wilayah ini telah lama merancang untuk mengenakan larangan ke atas produk yang disahkan halal. Keputusan ini telah menimbulkan kebimbangan serius dalam kalangan pelbagai masyarakat, bukan sahaja dalam kalangan umat Islam di India bahkan di luar India. Kerajaan wilayah Uttar Pradesh menyatakan bahawa larangan/sekatan tersebut adalah berdasarkan isu kesihatan awam dan untuk mencegah kekeliruan. Malah mereka berhujah bahawa pensijilan halal, yang menjadi tanda aras pematuhan kepada undang-undang Islam, mengganggu piawaian kualiti yang ditetapkan oleh […]

trending_flat

Beragamalah tanpa menyakiti

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Islam merupakan agama yang damai dan selamat. Ia bukan sahaja menyelamatkan umat daripada kesesatan di dunia malah menyelamatkan manusia di hari akhirat kelak. Perdamaian dan keselamatan yang ditawarkan Islam ini secara relatif singkatnya, ia telah berjaya menembusi seluruh pelusuk dunia. Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Senario ini selari dengan hakikat bahawa Nabi SAW sendiri diutuskan sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam. Baginda merupakan contoh teladan yang terbaik bagi seorang Muslim. Akhlak baginda yang mulia dan ketegasan dalam kelembutan baginda menjadikan Islam diterima baik oleh masyarakat sekitar. Dalam khazanah perbendaharaan yang diwariskan Baginda sebagai pusaka kepada umat Islam, terdapat banyak contoh bagaimana teladan Baginda dalam berinteraksi dengan umat Islam mahupun bukan Islam. Baginda telah tegaskan: Aku telah tinggalkan buat kalian dua perkara yang kalian tidak akan sesat selama-lamanya selagi mana kalian berpegang pada […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation