Menteri KPKT terima kunjungan hormat Datuk Bandar KL
PUTRAJAYA, 28 DISEMBER 2022 - Menteri Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming (KM) menerima kunjungan hormat Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah di pejabat beliau semalam. Menurut KM dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau, KPKT sebagai pihak berkuasa negeri yang bertanggungjawab ke atas PBT termasuk DBKL, mengalu-alukan kedatangan rombongan beliau dan menghargai usaha gigih DBKL utk terus membangunkan ibu kota. "Kami berbincang secara konstruktif tentang bagaimana ibu kota negara Kuala Lumpur dapat terus menjadi kebanggaan warga kota secara khas dan rakyat Malaysia secara umumnya." kata KM. Antara 5 perkara yang saya bangkitkan kepada Datuk Bandar KL termasuk : 1. Mesyuarat Tetap Bulanan di antara Datuk Bandar dan Ahli-ahli Parlimen "Wakil rakyat adalah jambatan penghubung antara agensi kerajaan dan rakyat marhaen. Amatlah penting Datuk Bandar dan pihak pengurusan tertinggi DBKL mendengar dan berbincang […]