trending_flat

NADMA laksanakan Operasi Pembenihan Awan di Sabah

SABAH, 28 Mac 2024 - Semalam Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Sabah, menyasarkan tiga (3) daerah terjejas kemarau yakni Papar, Lahad Datu dan Tawau. Operasi tersebut dijalankan selama (3) hari mulai 28 Mac sehingga 30 Mac 2024, dengan kerjasama Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Bahagian Bekalan Air Labuan setelah NADMA menerima permohonan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah. Bagi melaksanakan OPA, pesawat C-130 Hercules milik TUDM berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Labuan dengan membawa empat tangki air yang mengandungi campuran 800 kilogram garam dan 6,000 liter air yang disediakan oleh pihak MetMalaysia. Menurut Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Shahril bin Idrus, pelaksanaan OPA itu dibuat bagi mendapatkan sumber air yang mencukupi di kawasan tadahan hujan sepanjang tempoh negara berhadapan dengan cuaca panas. Kemarau yang berlarutan sejak Februari lalu […]

trending_flat

Pemulaan fasa peralihan monsun

Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 29 Mac 2024 dan berterusan sehingga Mei 2024. Permulaan fasa tersebut menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2023/24 yang telah bermula sejak 11 November 2023. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan hari ini, semasa fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat. "Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta selatan dan tengah Sarawak. Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh. Dengan bermulanya fasa peralihan monsun, keadaan cuaca panas dan kering yang sedang berlaku di kebanyakan tempat di seluruh negara dijangka beransur pulih menjelang pertengahan April." […]

trending_flat

Pengurangan ketara jumlah mangsa banjir – NADMA

1 Januari 2024 - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan bahawa sehigga jam 12.00 tengah hari ini, terdapat lima (5) daerah di tiga (3) negeri (Kelantan, Pahang dan Johor) masih dilanda banjir. Menurut laporan tersebut, berlaku pengurangan ketara jumlah mangsa kepada 1,122 dalam tempoh 24 jam (berbanding 6,778 mangsa pada 31 Disember 2023). "Ia melibatkan 331 keluarga yang ditempatkan di 13 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Jumlah PPS yang dibuka berkurang berbanding 29 buah pada 31 Disember 2023 Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah Tumpat, Kelantan (744 mangsa), Pasir Mas, Kelantan (274 mangsa) dan Segamat, Johor (54 mangsa)." kata laporan tersebut. Kata laporan itu lagi, penumpuan angin dijangka berlaku di barat dan tengah Sarawak serta Selatan Semenanjungsehingga 4 Januari 2024. Keadaan itu boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan di kawasan terbabit.

trending_flat

Jumlah mangsa banjir berkurang ke 6,778 dalam tempoh 24 jam

31 Disember 2023 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan bahawa sehigga jam 12.00 tengah hari ini, terdapat tujuh (7) daerah di empat (4) negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor) masih dilanda banjir. Jumlah mangsa banjir pula telah berkurang kepada 6,778 dalam tempoh 24 jam (berbanding 14,388 mangsa pada 30 Disember 2023). Ia melibatkan 2,085 keluarga yang ditempatkan di 29 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Jumlah PPS yang dibuka berkurang berbanding 55 buah pada 30 Disember 2023. "Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah di negeri Kelantan, iaitu Pasir Mas (3,916 mangsa), diikuti Tumpat (2,278 mangsa) dan Jeli (428 mangsa). Laporan tersebut turut menyebut bahawa penumpuan angin dijangka berlaku di barat dan tengah Sarawak serta Selatan Semenanjung sehingga 4 Januari 2024. Sementara itu, di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang […]

trending_flat

Terdapat pengurangan jumlah mangsa banjir – NADMA

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sehingga 29 Disember 2023, jam 12.00 tengah hari, terdapat 17 daerah di 4 negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor) yang masih dilanda banjir. Bagaimanapun, terdapat pengurangan jumlah mangsa kepada 22,033 dalam tempoh 24 jam (berbanding 26,827 mangsa pada 28 Disember 2023). "Ia melibatkan 7,132 keluarga yang ditempatkan di 92 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Jumlah PPS yang dibuka berkurang berbanding 130 buah pada 28 Disember 2023. Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah Pasir Mas, Kelantan (15,249 mangsa), diikuti Tumpat, Kelantan (3,226 mangsa) dan Dungun, Terengganu (1,795 mangsa)." kata laporan tersebut. Dalam pada itu, tiada amaran hujan berterusan terkini yang masih berkuat kuasa dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) sehingga 29 Disember 2023, 12.00 tengah hari. "Namun terdapat Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora yang masih berkuat kuasa […]

trending_flat

Mangsa banjir meningkat ke 25,849 setakat jam 12 tengah hari 27 Disember 2023

Menurut laporan harian bencana yang dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sehingga 27 Disember 2023, jam 12.00 tengah hari, terdapat 19 daerah di 6 negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Selangordan Sabah) yang dilanda banjir dengan peningkatan jumlah mangsa kepada 25,849 dalam tempoh 24 jam (berbanding 25,351 mangsa pada 26 Disember 2023). Kata laporan tersebut, ia melibatkan 7,983 keluarga yang ditempatkan di 185 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Jumlah PPS yang dibuka berkurang berbanding 241 buah pada 26 Disember 2023. "Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah Pasir Mas, Kelantan (13,844 mangsa), diikuti Hulu Terengganu, Terengganu (2,846 mangsa) dan Dungun, Terengganu (2,829 mangsa)."katanya. Terdapat 3 kematian akibat banjir MTL yang melibatkan 1 kanak-kanak lelaki di Kota Bharu, Kelantan (26 November 2023), 1 kanak-kanak perempuan di Pasir Mas, Kelantan (24 Disember 2023) dan 1 kanak-kanak perempuan di Pasir Mas, Kelantan […]

trending_flat

Banjir Landa Dua Lagi Negeri, 28,310 Mangsa Seluruh Negara Setakat 6 Pagi – NADMA

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir dipindahkan di enam negeri yang terjejas banjir terus meningkat kepada 28,310 orang setakat 6 pagi ini berbanding 25,938 orang petang semalam dengan Johor dan Sabah menjadi negeri terbaharu dilanda bencana itu. Laporan terkini kejadian bencana yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan Kelantan kekal dengan jumlah mangsa tertinggi sebanyak 17,466 orang yang dipindahkan ke 89 pusat pemindahan sementara (PPS), meningkat daripada 15,145 orang yang ditempatkan di 92 PPS pada 4 petang semalam. Di Terengganu pula, jumlah mangsa sedikit menurun kepada 10,103 orang yang berlindung di 113 PPS berbanding 10,199 orang di 125 PPS petang semalam, begitu juga di Pahang yang merekodkan seramai 485 mangsa di sembilan PPS berbanding 590 mangsa di 13 PPS. Selangor kekal dengan empat mangsa yang ditempatkan di PPS daerah Kuala Langat, manakala dua […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation