Gempa bumi sederhana di Laut Banda
Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam 8:42 malam semalam. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Satu gempa bumi sederhana telah berlaku dengan maklumat parameter berikut:Waktu Kejadian: 8:42 malam, 24 Julai 2024Koordinat: 6.5° Selatan 130.2° TimurLokasi: Laut BandaMagnitud: 5.3Jarak: 382km Tenggara dari Ambon, IndonesiaKedalaman: 169 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.