trending_flat

Jongga & Nongshim Farmer’s Heart Mengiktiraf Chef Wan Sebagai Duta & Pakar Pembuat Kimchi Di Festival Kimchi Malaysia Yang Pertama

PETALING JAYA, 26 NOVEMBER 2022 - Chef Selebriti Malaysia, Datuk Dr. Chef Wan dinamakan sebagai Duta Jenama Jongga dan Nongshim Farmer’s Heart di Festival Kimchi Malaysia yang pertama, dianjurkan oleh K PLUS Food Market, bertempat di The Curve, Mutiara Damansara. Chef terkenal tersebut berasa bangga kerana diiktiraf oleh Seoul Kimchi Academy sebagai pakar kimchi setelah menjalani latihan intensif di Korea Selatan. Jongga dan Nongshim Farmer’s Heart merupakan dua jenama terkenal dari Korea Selatan dan diperkenalkan di Malaysia oleh KMT Jaya Sdn. Bhd., pengedar ekslusif jenama-jenama Korea. Datuk Dr. Chef Wan dilantik sebagai Duta Jenama selama 1 tahun bagi mempromosi jenama-jenama ini untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia sambil mengukuhkan peranan Kimchi sebagai makanan sampingan, baik untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam. Datuk Dr. Chef Wan juga dianugerahkan sijil dari Seoul Kimchi Academy setelah menjalani Kursus Pakar Pembuat Kimchi di […]

trending_flat

[Galeri] Pertandingan Fitness Drummin’ 2022 peringkat akhir

SUBANG PARADE, 26 November 2022 - Rangkuman Pertandingan Fitness Drummin' 2022 peringkat akhir yang berlangsung di sini hari ini. Program dirasmikan oleh Presiden Yayasan Sukan Dan Kecergasan Wanita Malaysia (WSFFM), Puan Sri Datuk Prof. Dr. Shariffa Sabrina Binti Syed Akil. Artikel temubual bersama Puan Sri Sabrina akan menyusul. Jurufoto / Wartawan : Azuddin Lagi Berita Gaya Hidup : Gaya HidupMY LNA Alphacelle Perkenalkan Penyelesaian Sel Stem Bersepadu Untuk Menangani Penyakit Degeneratif Yang Kian Meningkat Dalam Kalangan Rakyat Malaysia By E NEWSNovember 26, 2022 Gaya HidupMY LNA Shopee Membawa Kemeriahan Fiesta Bola Sepak Kepada Rakyat Malaysia By E NEWSNovember 25, 2022 FesyenGaya HidupMY LNASeni dan Budaya MOTAC terajui inisiatif angkat Kebaya sebagai pencalonan bersama ke UNESCO By Azmi SallehNovember 23, 2022

trending_flat

Alphacelle Perkenalkan Penyelesaian Sel Stem Bersepadu Untuk Menangani Penyakit Degeneratif Yang Kian Meningkat Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, MALAYSIA , 25 November 2022 - Bilangan warga emas Malaysia dianggarkan mencecah 2.4 juta atau 7.5% daripada jumlah penduduk negara secara keseluruhannya. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), penduduk berusia 60 tahun dan ke atas meningkat setiap tahun. Malah Malaysia bakal menjadi sebuah negara 'warga emas' menjelang 2030, dengan penduduk berusia lebih 60 tahun membentuk 15.3% daripada populasi. Ini bermakna dalam tempoh 8 tahun akan datang, seorang daripada setiap 6 orang berusia lebih 60 tahun. Hakikat ini membawakan ancaman yang agak besar kepada industri penjagaan kesihatan Malaysia dan juga kepada masyarakat secara umum, dan meningkatkan kadar kelaziman penyakit biasa, kronik dan degeneratif serta kekurangan imun yang boleh mengakibatkan kehilangan upaya, keilatan dan kebergantungan kepada orang lain dan juga kematian awal dalam kalangan rakyat negara. Di samping itu, kejadian penyakit Alzheimer dijangka meningkat dengan kira-kira 50 juta orang di seluruh […]

trending_flat

Shopee Membawa Kemeriahan Fiesta Bola Sepak Kepada Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, MALAYSIA , 25 November 2022 -Shopee Malaysia kekal di hadapan dengan menyatukan masyarakat tempatan melalui minat bersama dalam bola sepak. Dengan lebih 13 juta peminat bola sepak di Malaysia, Fiesta Bola Sepak Shopee, dengan kerjasama jenama: Hisense, Coca-Cola, dan vivo, membolehkan pengguna menemui kandungan terkini berkaitan bola sepak, hiburan dalam aplikasi dan menikmati pengalaman yang bermanfaat. Menurut Shopee, pengguna beralih kepada saluran yang lebih diperibadikan yang sesuai dengan gaya hidup digital mereka yang semakin meningkat, daripada cara mereka membeli-belah dalam talian, membaca kandungan dan berinteraksi dengan komuniti sesama mereka. Dengan Fiesta Bola Sepak Shopee, pengguna boleh menikmati ganjaran bola sepak dan kandungan yang baik dengan mudah untuk keperluan mereka. Huiyan Pan, Ketua Pemasaran Jenama di Shopee Malaysia, berkongsi bahawa Piala Dunia FIFA adalah acara penting bagi rakyat Malaysia. Ramai yang akan menghabiskan masa mereka bersendirian atau bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menonton […]

trending_flat

MOTAC terajui inisiatif angkat Kebaya sebagai pencalonan bersama ke UNESCO

23 November 2022 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menerajui inisiatif untuk mengangkat Kebaya sebagai pencalonan bersama ke UNESCO di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity bagi tahun 2023. Menurut MOTAC dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, warisan kebudayaan yang dikongsi oleh negara-negara serantau tersebut akan dicalonkan secara bersama negara Brunei, Singapura dan Thailand. "Kebaya merupakan pakaian yang melambangkan warisan budaya dan identiti orang Melayu, Peranakan Cina, Chitty dan masyarakat lain di Malaysia serta negara-negara lain di Asia Tenggara. Kebaya menepati definisi elemen warisan kebudayaan tidak ketara kerana ia melibatkan kemahiran tenunan tradisional seperti sulaman dan teknik jahitan untuk menghasilkan pakaian wanita tradisional. Kebaya juga mempunyai kaitan rapat dengan bentuk warisan budaya lain seperti majlis perayaan dan perkahwinan. Terdapat komuniti pembuat dan pemakai Kebaya yang sentiasa aktif berkongsi ilmu dan nilai […]

trending_flat

BIKE8 Cup International Pushbike Championship 2022 Tampil Di Velodrome Nasional, Nilai Buat Pertama Kali

NILAI, 22 November 2022 – BIKE8 CUP INTERNATIONAL PUSHBIKE CHAMPIONSHIP 2022 yang merupakan perlumbaan 'pushbike' bertaraf antarabangsa bakal menggegarkan Velodrome Nasional Negara pada 26 dan 27 November ini. Sukan ‘pushbike’ adalah sukan baharu di Malaysia yang semakin dikenali ramai. Lazimnya, aktiviti berbasikal ini mampu membentuk perkembangan minda dan fizikal kanak-kanak. Walaupun masih baharu, sukan ini mempunyai kelabnya tersendiri sehingga boleh menganjurkan pelbagai acara pertandingan ‘pushbike’ di dalam dan luar negara. “Konsep pushbike adalah sukan untuk anak-anak yang berusia dari dua hingga sembilan tahun. Permulaan anak-anak bagi bidang sukan adalah dalam arena pushbike kerana untuk mencari sukan yang bersesuaian bagi peringkat usia sedemikian adalah sukar. Pushbike adalah permulaan yang baik bagi permulaan sukan bagi kanak-kanak,” kata ketua penganjur Dato’ Sri Wan Mohd Muzri bin Ramli, yang juga merupakan President The M8 Cycling Club. Ekslusif untuk pengguna BIKE8 dan ROCKFISH, ia akan diadakan di […]

trending_flat

AirAsia X sambung penerbangan ke Jeddah

Bergabung dengan IKHLAS tawarkan pakej ‘Umrah bersama IKHLAS’ SEPANG, 16 November 2022 - Penerbangan sulung AirAsia X (AAX) dari Kuala Lumpur ke Jeddah, Arab Saudi selamat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) dengan kapasiti penumpang lebih 80% hari ini, menandakan penyambungan semula perkhidmatan AAX ke Timur Tengah. Ia turut menyaksikan permulaan gabungan usahasama AAX dengan IKHLAS (platform kembara dan gaya hidup mesra Muslim Capital A) bagi menawarkan pakej ‘Umrah bersama IKHLAS’ dengan harga yang berpatutan. Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail berkata: “Kami amat gembira dapat kembali ke Jeddah, gerbang utama ke kota suci Makkah dan Madinah. Dengan enam penerbangan seminggu, perkhidmatan kami diteruskan dengan tawaran kembara mampu milik untuk tetamu di Malaysia dan rantau Asia untuk mengerjakan ibadah Haji dan Umrah. Kami yakin laluan ini akan kekal mampan berikutan aliran trafik yang tinggi antara Malaysia dan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation