trending_flat

JUARA ‘MENTOR’ PERTAMA ORA FIZA MEMPERSEMBAHKAN SINGLE PERTAMA ‘BANGUNLAH’ DI BAWAH SUPER RED RECORDS

KUALA LUMPUR, 10 September 2024 - Nama Ora Fiza mungkin sudah tidak asing lagi dalam industri muzik Malaysia. Dahulunya dikenali sebagai Pija Mentor, dia kini tampil dengan single pertama berjudul ‘Bangunlah’. Sebuah majlis pelancaran telah diadakan di Eclipse Cafe & Meal, di pusat membeli-belah Mitsui Shopping Park Lalaport, Kuala Lumpur hari ini bagi mengumumkan secara rasmi kehadiran Ora Fiza dengan naskah terbaharunya. Dihadiri barisan media perdana, media elektronik dan blogger serta rakan-rakan pempengaruh, majlis digamatkan dengan persembahan istimewa daripada Ora Fiza yang sememangnya dikenali sebagai seorang penyanyi berbakat dengan suara yang bertenaga. Majlis pelacancaran tersebut turut menyaksikan video muzik ‘Bangunlah’ ditayangkan secara langsung buat pertama kalinya kepada semua yang hadir.  Selepas hampir dua dekad dalam industri hiburan, Ora Fiza yang mula dikenali sebagai juara pertama program realiti ‘Mentor’ terbitan TV3 pada tahun 2005 di bawah bimbingan penyanyi legenda Datuk Zainalabidin, […]

trending_flat

Music Licensing, Inc. (OTC: SONG) Mengumumkan Pemerolehan Hak Diraja untuk “Thank God I Got It” oleh Desiigner, Memperkukuh Portfolionya yang Berpelbagai dan Ditaburi Bintang

NAPLES, Fla., Sept. 03, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Music Licensing, Inc. (OTC: SONG), sebuah entiti terkemuka dalam industri muzik, teruja untuk mengumumkan pemerolehan hak royalti kepada “Thank God I Got It” oleh artis terkenal Desiigner. Pemerolehan ini menggariskan komitmen Music Licensing, Inc. untuk mempelbagaikan portfolionya dengan aset yang menjana hasil berkualiti tinggi. Pembelian strategik ini menambah satu siri pemerolehan terbaru oleh Music Licensing, Inc., termasuk karya muzik oleh artis ikonik seperti Elton John, Miley Cyrus, Lil Wayne, Rihanna, The Weeknd, Kanye West, Justin Bieber, Mike Posner, Halsey dan banyak lagi. Pemerolehan ini sejajar dengan strategi syarikat untuk melabur dalam pelbagai bakat dan genre muzik, mempertingkatkan tawarannya dan menarik perhatian khalayak global. Jake P. Noch, Ketua Pegawai Eksekutif Music Licensing, Inc., mengulas mengenai pemerolehan itu, “Menjamin hak untuk ‘Thank God I Got It’ bersama karya daripada syarikat besar industri muzik lain […]

trending_flat

Udit Narayan Bakal Bertemu Peminat Bollywood Di Pulau Pinang November Ini

PULAU PINANG, 2 September 2024 – Udit Narayan merupakan penyanyi Bollywood yang terkenal dengan suara latarnya kepada industri muzik Bollywood dan termasuk juga beberapa bahasa lain seperti Tamil, Bengali, Telugu, dan Kannada, bakal membuat kemunculannya di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 28hb November 2024. Udit merupakan suara latar lagu bagi ramai ikon Bollywood dan diantaranya adalah Shah Rukh Khan, Amir Khan, Amitabh Bachchan dan banyak lagi. Sepanjang tiga dekad kariernya, Udit telah menyanyikan lebih 25 000 buah lagu dalam lebih 36 bahasa sehingga membuatkan dirinya berjaya mendapat 22.3 juta pendengar di Spotify dan juga memenangi pelbagai anugerah. Udit mula dikenali pada tahun 80’an dengan lagunya "Papa Kehte Hain," yang telah berjaya membuatnya memenangi anugerah ‘Filmfare’ yang pertama. Persembahan Udit bagi soundtrack "Qayamat Se Qayamat Tak" juga telah mengukuhkan lagi kemasyhuran namanya di Bollywood yang membawa kepada peningkatan jualan dan […]

trending_flat

Tidak terfikir akan bergelar Datuk – Remy Ishak

Oleh : Nursaliawati Salberi / MELAKA HARI INI SERI NEGERI 25 Ogos 2024 – “Mencari itu tidak, tetapi dianugerahkan itu dianggap sebagai satu hadiah. Syukur alhamdulillah,” itu kata aktor terkenal Remy Ishak. Pemilik nama sebenar, Mohammad Zalimei Ishak itu adalah antara 60 penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk pada sesi kedua Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang di- Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Istiadat Seri Negeri, hari ini. Menurutnya, hampir 20 tahun berada dalam industri seni tanah air, dirinya langsung tidak pernah terfikir akan dianugerahkan darjah kebesaran yang menjadi impian ramai. Jelas anak kelahiran Masjid Tanah itu, penganugerahan diterima daripada Kerajaan Negeri Melaka adalah antara pencapaian terbesar buat dirinya. “Syukur alhamdulillah atas kurniaan ini, ini adalah sesuatu yang tidak […]

trending_flat

Inteam Digital Meriahkan Ramadan dan Syawal dengan Penerbitan Album Quran, Nasyid dan Zikir

Sebagai salah satu label Islamik terbesar di Malaysia, Inteam Digital pastinya tidak membiarkan ketibaan bulan Ramadan berlalu begitu sahaja. Sebaliknya syarikat ini yang juga dikenali dengan nama Inteam Records Sdn Bhd telah menyusun penghasilan pelbagai jenis album termasuk Bacaan Al-Quran 30 Juzuk, Zikir, Nasyid dan tidak dilupakan juga lagu Raya. Ketika ditemui dalam majlis Ramah Mesra Bersama Media baru-baru ini, Pengarah urusan Inteam Digital saudara Syah Inteam menyatakan "Menjelang Ramadan tahun ini kami menerbitkan beberapa single utama iaitu bermula dengan Asma’ binti Abu Bakar nyanyian Mateen, diikuti Rabiatul Adawiyah 2024 yang menampilkan kolaborasi Inteam dan Khai Bahar diikuti album Zikir Munajat alunan Ustaz Khairul Anuar Al-Hafiz dan inshaAllah akan terbit album nyanyian semula lagu-lagu raya malar segar yang disampaikan oleh artis-artis Inteam Digital, kami turut mengedarkan secara digital single baru Amer binYusoƯ (Ex-RuƯedge) berjudul Lebih 1000 Bulan". Hazamin pula menambah […]

trending_flat

Kredibiliti, Integriti & Semangat Juang Ziana Zain Pikat CSA Academy Lantik Sebagai Duta Rasmi

Meyakini kredibiliti dan integriti seorang Ziana Zain yang sudah mencetak sejarah dalam dunia hiburan tempatan adalah faktor utama CSA Academy melantik pesohor seni legenda ini sebagai duta rasmi organisasi nombor satu Malaysia dalam membantu merancang kewangan yang lebih tersusun dan cemerlang serta bebas hutang. CSA Academy juga meminjam liku perjalanan dan jerih Diva Pop ini dalam mencapai gemilang kejayaan yang dibina berbekal reputasi baik lebih dua dekad menjadi pelaku seni sebagai semangat yang diperlukan mereka untuk melakar sejarah dalam operasi yang dijalankan. “Mengapa tidak Ziana Zain? Kami percaya sebagai rakyat Malaysia meski berbangsa India atau Cina dan tentu sahaja kaum Melayu semua kenal siapa Ziana Zain. Beliau seorang legenda. “Penghibur yang telah menawan peminat dengan karisma dan vokalnya menerusi lagu seperti Madah Berhelah atau lakonan mantapnya dalam filem Maria Mariana, kami di CSA Academy yakin pemilihan Ziana Zain sebagai duta […]

trending_flat

Kisah Asma’ Sentuh Hati Mateen

Perjalanan sirah kisah Asma binti Abu Bakar (R.A.) yang sanggup berkorban jiwa dan raganya bagi membantu perjuangan Nabi s.a.w dan Saidina Abu Bakar dalam peristiwa Hijrah telah menjadi inspirasi bagi penyanyi nasyid baru Mateen untuk menjadi tema lirik single terbaru beliau. Lagu gubahan Frizdan dan lirik oleh Ito Lara itu membawa pendengar menghayati kisah Asma yang sedang sarat mengandung namun sanggup mendaki Jabal Thur bagi menyediakan bekalan makanan dan minuman untuk Rasulullah s.a.w dan ayahnya Saidina Abu Bakar di Gua Thur. "Kisah perjuangan Asma ini sangat menyentuh hati saya apatah lagi setelah digubah dengan susunan lirik yang indah dan melodi yang menyentuh hati. Ia mengingatkan kita bagaimana seorang wanita juga memainkan peranan penting dalam membantu perjuangan menegakkan agama Allah" Ujar Mateen. Lagu Asma Abu Bakar merupakan single solo kedua Mateen selepas single pertama beliau Teratas dilancarkan awal tahun yang lalu. […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation