Anwar seru rakyat kibarkan Jalur Gemilang
SELANGOR, 22 Julai 2024 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya kibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda kesetiaan pada tanah air. Di dalam satu hantaran di halaman X rasminya, Anwar turut menggesa agar semua kementerian, jabatan Kerajaan serta seluruh sektor swasta untuk meraikan sambutan ini dengan mengibarkan Jalur Gemilang di seluruh negara. "Ini hanyalah tuntutan kecil ketimbang pengorbanan besar pejuang terdahulu. Mari kita menyatukan jiwa dan matlamat demi jati diri, maruah dan harga diri sebuah negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat."katanya. Terdahulu Anwar berkata kemerdekaan yang dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia sekarang adalah hasil visi dan wawasan pemimpin terdahulu. Ia juga adalah hasil pengorbanan polis, tentera dan pejuang-pejuang kebangsaan yang mempertaruhkan jiwa dan raga demi negara tercinta. "Rakyat ketika itu punyai kesedaran untuk berjuang. Mereka tidak punyai kepintaran, keilmuan, kepakaran mahupun kemahiran. Namun yang ada […]