MCMC gesa hentikan hantaran provokasi
CYBERJAYA, 29 Mac 2024 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dengan sebarang penyebaran kandungan provokatif yang melampau di media sosial. Susulan insiden melibatkan stoking yang tertera kalimah Allah, MCMC berkata dalam satu kenyataan media hari ini, pihaknya bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan dan menjejaki pemilik-pemilik akaun yang terlibat dan membawa mereka ke muka pengadilan. "MCMC mengingatkan semua pihak untuk menghentikan hantaran provokasi dan elak daripada menulis komenkomen yang bersifat provokatif dan 3R (race, royalty, religion) di media sosial." tegas MCMC. Berdasarkan statistik MCMC, terdapat peningkatan ketara kandungan memudaratkan di media sosial dan platform Over The Top (OTT). "Sebanyak 35,490 kandungan telah diturunkan pada 2023, manakala bagi dua bulan pertama tahun ini sahaja, 27,115 kandungan diturunkan. Kandungan memudaratkan termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu.Kandungan sedemikian mengundang […]