trending_flat

MCMC panggil Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo esok

CYBERJAYA, 16 April 2024 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa Badrul Hisham bin Shaharin (Chegubard), Mohamad Salim bin Iskandar (Salim Iskandar) dan Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) telah dipanggil untuk rakaman percakapan esok. Dalam satu kenyataan hari ini, MCMC berkata rakaman percakapan untuk Chegubard dan Salim Iskandar akan dijalankan di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor manakala untuk Papagomo pula di Balai Polis Setapak. "Rakaman percakapan ini adalah susulan aduan berkenaan kandungan yang dimuat naik menerusi laman media sosial yang disyaki melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]. Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan." kata MCMC. Seterusnya MCMC mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi […]

trending_flat

Kenderaan berat lebih 20 tan rosakkan plat keluli, kerja pembaikan jambatan Bailey hanya sesuai selepas musim perayaan

KUALA LUMPUR, 15 April 2024 - Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia mengambil serius ciapan yang dimuatnaik oleh pemegang akaun X @HezeriSamsuri pada 12 April 2024 (Jumaat). Menerusi hantaran tersebut, beliau menyatakan kekecewaan berkenaan situasi trafik di Laluan Persekutuan FR 12 terutamanya sewaktu melintasi jambatan Bailey yang mendap di Seksyen 102 semasa musim perayaan Aidilfitri. Janbatan Bailey sementara di laluan Lebuhraya Tun Razak Kuantan-Segamat ni mendap.Banyak bumper kereta tercabut katanya. Jem tak payah la cerita dan satu kelibat manusia dari kontraktor sampai ke agensi berkaitan pun tak ada.Cuti betul ya Pahang. Laluan ni memang… pic.twitter.com/Ov70aiM7f5— Hezeri Samsuri (@HezeriSamsuri) April 12, 2024 Dalam satu kenyataan hari ini, JKR memaklumkan bahawa Jambatan Bailey di lokasi tersebut telah dibuka kepada kenderaan ringan tidak melebihi had muatan 20 tan pada 27 Januari 2024 yang bertujuan untuk menghubungkan jalanterputus akibat banjir pada awal Januari yang lalu. […]

trending_flat

MCMC sita telefon dan kad sim pengendali akaun media sosial Mynewshub

CYBERJAYA 13 April 2024 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan pengendali akaun media sosial MyNewsHub di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor kira-kira jam 8:40 malam semalam. Ia adalah susulan tindakan suspek tersebut memuat naik dan memainkan semula klip video lama dengan teks yang menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial. "Setelah selesai siasatan, kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut. Pegawai penyiasat telah menyita kad sim dan satu unit telefon bimbit milik suspek yang telah digunakan untuk memuat naik video berkenaan bagi membantu siasatan." kata MCMC dalam satu kenyataan hari ini. MCMC turut berkata bahawa pihaknya memandang serius penularan video berdurasi 1 minit 10 saat dengan tajuk, "Tanya pasal kuarters jer dh kene mcm tu depan KSN!!". "Muat naik kandungan yang mempunyai niat untuk menyakitkan hati atau mengganggu pihak lain seumpama […]

trending_flat

Video tular adalah simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan berdepan serangan provokatif – JPA

PUTRAJAYA, 12 April 2024 - Jabatan Perkhidmatan memandang serius terhadap penularan video lama telah dimuat naik oleh “MyNewsHub” yang bertajuk “Tanya Pasal Kuarters Je Dah Kena Macam Tu Depan KSN!” baru-baru ini. Menurut JPA dalam satu kenyataan hari ini, video lama lama berdurasi 1:10 minit adalah bertujuan membina persepsi seolah-olah pegawai awam yang bertanya kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) itu telah dinafikan dan dihalang oleh sekumpulan Polis Bantuan, selepas bertanyakan mengenai status permohonan kuarters kerajaan yang masih belum diluluskan di dalam suatu majlis dihadiri oleh beliau. "Video lama tersebut merupakan simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan sekiranya berdepan dengan situasi serangan provokatif telah berlangsung di auditorium yang dikongsikan dengan niat memainkan sentimen negatif erhadap kerajaan." tegas JPA. Susulan itu, JPA mengambil serius terhadap sebarang cubaan untuk melemahkan institusi perkhidmatan awam dengan memberi gambaran seolah-olah kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap isu dan kebajikan pegawai […]

trending_flat

Muat Naik Maklumat Palsu: Pengendali Akaun dipanggil Rakam Percakapan

CYBERJAYA, 12 April 224 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menghubungi pengendali akaun media sosial MyNewsHub untuk dirakam percakapan susulan tindakan memuat naik dan memainkan semula klip video lama yang menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial. Kata MCMC dalam satu kenyataan hari ini, pihaknya memandang serius penularan video berdurasi 1 minit 10 saat dengan tajuk, "Tanya pasal kuarters jer dh kene mcm tu depan KSN!!" yang dilihat berniat untuk membina persepsi negatif terhadap penjawat awam. "Berdasarkan kenyataan media Jabatan Perkhidmatan Awam, video tersebut merupakan simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan sekiranya berdepan dengan situasi serangan provokatif. Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan." kata MCMC. MCMC turut mengingatkan orang ramai diingatkan agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan […]

trending_flat

Logo Kasut Mirip Kalimah Allah: MCMC beri amaran jangan sebar Kandungan Bersifat Provokatif

CYBERJAYA 8 April 2024 - Susulan kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggesa mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat di media sosial melibatkan logo kasut yang didakwa mirip kalimah Allah untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM). "MCMC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sekiranya ada pihak cuba mengambil kesempatan terhadap isu tersebut dan membuat hantaran atau meninggalkan komen melampaui batas yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum. Semua pihak perlu memberikan ruang kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan berhubung dakwaan ini." tegas MCMC dalam satu kenyataan hari ini. MCMC turut mengingatkat orang ramai diingatkan agar tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan kandungan media sosial yang menyentuh sensitiviti 3R (race, royalty, religion), sebaliknya laporkan kepada […]

trending_flat

MCMC Siasat Penyebar Kandungan Palsu Mengenai Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran 2024

CYBERJAYA, 6 April 2024 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan berhubung penyebaran kandungan palsu melibatkan penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa bagi tahun 2024. Dalam satu kenyataan hari ini, MCMC berkata bahawa penyebaran kandungan tersebut dikesan berlaku di aplikasi Facebook melalui beberapa akaun. "Semalam, empat (4) daripada beberapa pemilik akaun Facebook yang disyaki membuat penghantaran kandungan tersebut telah dipanggil untuk siasatan dan rakaman percakapan oleh pihak MCMC. Semua data yang dimuat naik oleh mereka telah direkodkan sebagai bahan bukti untuk siasatan dan tindakan lanjut. Beberapa lagi individu akan dipanggil bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan." kata MCMC. Katanya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu (1) tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Justeru, MCMC […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation