trending_flat

Tuduhan Fitnah :  Teresa Kok Menang Saman Mengatakan Beliau Tidak Setuju Agama Islam Sebagai Agama Rasmi Persekutuan – JomCheck

Oleh : JomCheck 28 Januari 2024 - Pada 2019, terbit sebuah artikel yang mengatakan kononnya Ahli Parlimen Seputeh dari parti Democratic Action Party (DAP) Teresa Kok tidak setuju agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan yang ditulis oleh Ketua Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Selangor pada waktu itu, Syarhan Huzaimi Halim. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) STATUS: TIDAK BENAR PENJELESAN: Teresa Kok telah mengambil tindakan menyaman penulis artikel tersebut pada 2019 dan telah memenangi kes tersebut pada Februari 2020. Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/512322 Poin penting untuk menjelaskan isu ini adalah: a. Teresa Kok memperoleh ganti rugi RM80,000 selepas memenangi kes saman itu. b. Hakim juga menjelaskan bahawa artikel berkenaan telah mendorong pembaca untuk merumuskan bahawa Teresa Kok adalah seorang anti-Islam dan bersifat perkauman. Semoga perkongsian kali ini dapat menerangkan keadaan sebenar tentang artikel berkenaan. Lepas ini jangan […]

trending_flat

Poster Peringatan Tutup Suis Mesin Penapis Air Elak Kebakaran Sahih Dari Bomba – JomCheck

Oleh : JomCheck JomCheck terpanggil untuk membuat semakan berkenaan dengan poster yang sering tular tentang keperluan menutup suis mesin penapis air ketika berlaku gangguan bekalan air bagi mengelakkan kebakaran. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Poster oleh Public Health Malaysia (PHM) disiarkan melalui Facebook pada 17 September 2020 dan dikongsi melalui pelbagai platform hingga hari ini. STATUS: BENAR PENJELASAN: Menurut hantaran Facebook rasmi Bomba pada 5 Ogos 2019, pemanas dalam mesin penapis air akan terus berfungsi walaupun tanpa bekalan air. Ini boleh menyebabkan berlakunya litar pintas, seterusnya mengakibatkan kebakaran. Sumber: Laman Facebook rasmi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia: https://bit.ly/3U76kZcLaman sesawang rasmi Majlis Keselamatan Negara: https://bit.ly/48ZibN6Laporan berita Kosmo: https://bit.ly/47DS0e2 Maklumat penting terkait peringatan ini adalah: a. Hasil semakan JomCheck mendapati poster PHM itu memetik hantaran akaun Facebook rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) pada 5 […]

trending_flat

Kempen tetapkan warna logo halal berdasarkan status pemilikan syarikat tiada kaitan dengan Jakim – Jomcheck

Oleh JomCheck JomCheck menerima aduan tentang poster kempen menukar warna logo halal berdasarkan status pemilikan syarikat pengeluar produk halal yang dimulakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Sebaran poster ini telah menimbulkan tanda tanya orang awam. Respon Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diharap dapat menjawab segala persoalan. Semakan JomCheck mendapati: STATUS: TIDAK BENAR PENJELASAN: JAKIM telah memberi respon melalui satu kenyataan pada 2023 yang mengesahkan tiada keperluan untuk menukar warna logo halal berdasarkan status pemilikan syarikat pengeluar produk halal walaupun ada kempen oleh PPIM sejak 2020. SUMBER: Laman sesawang rasmi JAKIM: https://bit.ly/3RT7k0m The Sun: https://bit.ly/48TdGnf Perkara penting untuk kita tahu: a. Kali pertama kempen ini dapat dilihat adalah pada 24 Julai 2020 melalui laman Facebook PPIM. b. JomCheck telah menghubungi JAKIM pada 15 Jan 2024 bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Kami […]

trending_flat

Kopi Alicafe dan Kluang Rail Coffee Halal, tiada kaitan dengan DAP – JomCheck

Oleh JomCheck JOMCHECK mendapati satu imej yang mengandungi maklumat mengelirukan telah tular yang mengaitkan kes mahkamah melibatkan para pengarah Kluang Rail Coffee yang dikaitkan dengan kopi jenama Alicafe. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Imej keratan akhbar memaparkan pengeluar Kluang Rail Coffee telah didakwa di mahkamah kerana menjual produk yang mengandungi gelatin babi tanpa melabelkan kandungannya pada label bungkusan produk berkenaan. Di bahagian bawah imej tular itu disertakan gambar produk Alicafe beserta kapsyen mengajak pemboikotan produk itu yang dikaitkan dengan parti politik DAP. Dakwaan ini telah menimbulkan keraguan terhadap status halal Alicafe dan Kluang Rail Coffee. Semakan yang dilakukan mendapati Bahagian Hab Halal - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberi pencerahan berkenaan isu ini. STATUS: TIDAK BENAR PENJELASAN: Kluang Rail Coffee dan Alicafe merupakan dua syarikat yang berbeza dan kedua-duanya adalah pemegang Sijil Pengesahan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation