Bekalkan Gen Z, Alfa, dengan keteguhan rohani menghadapi realiti
Oleh: Dr Atifah Ahmad Yusoff Generasi kita hari ini hidup dalam era baru teknologi. Generasi Z, yang dilahirkan pada tahun 1996 dan seterusnya manakala generasi Alfa dilahirkan pada tahun 2011-2026. Gen Z membesar di tengah-tengah berkembangnya teknologi, manakala Alfa ialah generasi pertama yang dilahirkan pada abad ke-21, di mana mereka akan menjadi demografi yang paling banyak menggunakan teknologi setakat ini. Dr Atifah Ahmad Yusoff Bagi generasi muda, media sosial adalah segalanya. Pendidikan mereka akan lebih digital, visual dan kurang hitamnya putih. Tambahan pula, dengan cabaran automasi, mereka perlu membangunkan kemahiran yang lebih mendalam untuk berjaya dalam pasaran kerja yang telah berubah. Persoalannya, selain kemahiran, apakah lagi aspek yang perlu dipertingkatkan oleh generasi kita? Kajian menunjukkan bahawa cabaran yang dihadapi oleh Gen Z adalah dalam membangunkan akhlak yang teguh. Hal ini kerana, dalam dunia teknologi canggih hari ini, kebebasan bersuara, kebebasan […]