trending_flat

Hentikan kitaran penderaan!

Oleh: Prof Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Nurfarahira Ahmad Yaccob, Nur Nadhirah Mat Nawi Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan satu rakaman video yang tersebar di media sosial mengenai seorang wanita warga Indonesia dan anaknya yang masih bayi menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Isu keganasan rumah tangga ini adalah masalah yang dilihat serius kerana berita mengenainya sering terpapar di media massa dan pelaku serta mangsa terdiri dari pelbagai bangsa, agama dan latar belakang pendidikan. Persoalannya, di manakah silapnya? Keganasan rumah tangga ini adalah suatu kekerasan yang berlaku dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Kekerasan merujuk kepada pembentukan tingkah laku penderaan yang digunakan oleh seseorang individu dalam rumah tangganya bagi mendapat atau mengekalkan kuasa serta kawalan terhadap pasangan intimnya. Keganasan rumah tangga ini boleh juga dikatakan sebagai satu pencabulan terhadap hak asasi manusia. Kebiasaannya wanita dan kanak-kanak sering menjadi mangsa dalam isu keganasan ini, […]

trending_flat

Syukuri nikmat beragama di Malaysia yang merdeka

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Saban pagi, apabila kita bangun dari tidur yang nyaman, pasti akan kedengaran suara bilal mengumandangkan azan di masjid dan surau di serata tempat. Laungan azan itu bersahutan serentak, mengikut takwim waktu solat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama. Apabila kita ke masjid menunaikan solat berjemaah, pelaksanaan ibadah solat ditunaikan seragam menurut mazhab Syafi’i sehingga dengan itu tidak timbul perselisihan akibat persoalan furu’ dalam ibadah. Dan seawal permulaan hari kita bersarapan tanpa rasa was-was mengetahui bahawa ada jaminan halal yang dikeluarkan oleh kerajaan pada produk makanan. Jika tiba bulan Ramadan pula, kita akan berpuasa secara bersama dan serentak seperti yang diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Bahkan untuk menunaikan zakat, telah ditetapkan kadar yang tertentu dan ada pihak berautoriti yang kita percayai akan memanfaatkan kutipan zakat tersebut. Kadang kala di […]

trending_flat

Menjaga keselamatan diri, keluarga sebahagian maqasid syariah

Oleh: Siti Aisyah Samudin Memelihara diri dan nyawa merupakan prinsip kedua terpenting mengikut urutan keutamaan dalam maqasid syariah selepas memelihara agama. Sebab itu, Islam melarang perbuatan membunuh, sama ada membunuh diri sendiri atau manusia lain bagi memelihara nyawa. Hukuman qisas, diyat atau kaffarah dikenakan bagi mereka yang telah melakukan pembunuhan terhadap manusia lain sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Malahan, langkah-langkah ke arah penjagaan diri dan nyawa adalah wajib diambil dalam usaha mencapai maqasid syariah. Begitu juga hubungannya dengan kes melibatkan orang hilang. Mutakhir ini, kes melibatkan orang hilang seakan menjadi musim resah yang melanda negara. Kekeliruan yang timbul berkenaan laporan orang hilang hanya dibenarkan dibuat selepas tempoh 24 jam menambahkan lagi kegusaran keluarga dan orang ramai. Ironinya, kenyataan bahawa aduan dan laporan selepas tempoh 24 jam hanyalah satu tanggapan dan sangkaan yang berlegar dalam masyarakat sahaja. Tiada prosedur […]

trending_flat

Media sosial berperanan membangun peribadi

Oleh: Prof Madya Dr Sueraya Che Haron Kemajuan sains dan teknologi telah membawa perubahan yang sangat besar dalam semua aspek kehidupan manusia. Teknologi juga telah merubah cara manusia berhubung. Pada masa kini, pelbagai bentuk media sosial boleh diguna untuk berkomunikasi dan berinteraksi. Menurut laporan ExplodingTopics.com, 10 media sosial yang paling ramai pengguna pada tahun 2024 adalah Facebook, YouTube, WhatsApp, Instagram, TikTok, Wechat, Messenger, Telegram, Viber dan Snapchat. Urutan tersebut ialah berdasarkan jumlah pengguna dan data trafik yang diukur secara bulanan. Meltwater.com turut melaporkan pada tahun 2024, Malaysia merekodkan 28.68 juta pengguna media sosial. Manakala media sosial yang paling popular di Malaysia ialah Whatsapp, TikTok, Facebook, Instagram, Twitter, Xiaohongshu, Telegram, Wechat, Pinterest dan Discord. Memetik laporan Statista.com pada 4 Jun 2024, sehingga suku ketiga 2023, rakyat Malaysia menghabiskan masa selama 2 jam 48 minit (purata sehari) menggunakan media sosial, yang mana […]

Garis panduan melawat rumah ibadat bukan Islam yang lengkap mampu mengelakkan salah faham dan polemik yang tidak berpenghujung (Bo Zhang - Unsplash)
trending_flat

Perlu garis panduan kunjungan rumah ibadat bukan Islam dalam konteks ilmu perbandingan agama

Oleh: Prof. Dr. Khadijah Mohd Khambali@Hambali Malaysia merupakan sebuah negara dengan masyarakat yang berbilang agama, etnik, dan budaya. Kepelbagaian ini merupakan sunnatullah seperti yang disebut dalam surah al-Hujurat, ayat 13. Namun, kepelbagaian ini juga dapat menimbulkan pelbagai tanggapan yang berbeza sehingga mencetuskan masalah dalam hubungan antara masyarakat. Sehubungan itu, Islam menegaskan kepentingan keharmonian dan dialog antara penganut agama yang berbeza. Sejumlah ayat dalam al-Quran menggalakkan umat manusia untuk mengenali satu sama lain dan hidup dalam suasana aman dan harmoni. Dialog antara agama juga diamalkan oleh Rasulullah dengan penganut agama Nasrani dan Yahudi dengan memberi ruang kepada mereka untuk menjelaskan ajaran dan pendirian agama masing-masing. Garis panduan melawat rumah ibadat bukan Islam yang lengkap mampu mengelakkan salah faham dan polemik yang tidak berpenghujung (Bo Zhang - Unsplash) Dalam masa yang sama, tiada pemaksaan terhadap mereka untuk masuk Islam. Bagi umat Islam, […]

trending_flat

Dekati banduan demi menyelami masalah masyarakat

Oleh Dr Abd Razak Zakaria Setiap manusia melakukan kesalahan. Namun kesalahan yang melibatkan undang-undang sama ada jenayah atau sivil biasanya akan menyebabkan seseorang individu dijatuhkan hukuman bersalah atau tidak. Namun, kesalahan yang telah dilakukan pada masa lampau telah banyak mengajar seseorang untuk berubah menjadi lebih baik dan bertingkah laku menurut norma-norma masyarakat. Perjalanan hidup seorang bekas banduan dalam masyarakat dilihat agak sukar kerana stigma masyarakat yang terus menerus meletakkan kesalahan itu sebagai kekal dalam hidup mereka sedangkan setiap kesalahan itu boleh diperbaiki dan mereka, bekas banduan sepatutnya diterima oleh masyarakat sebagai orang baru selepas mereka menjalani pemulihan akhlak selama bertahun-tahun di penjara. Kehidupan di sebalik tirai besi tidak seindah khabar. Hidup terpenjara memerlukan kekuatan jiwa dan fizikal kerana melalui liku-liku hidup terhukum penuh dengan perasaan rasa bersalah dan keinginan untuk bebas sangat tinggi. Namun, undang-undang di penjara lebih menekankan pembentukan […]

trending_flat

Trend pemikiran childfree menjerumuskan negara ke arah pembentukan masyarakat tua

Oleh: Nurul Ashikin Alias Matlamat bagi setiap individu yang telah mengikat tali pernikahan sudah pastinya adalah bagi membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Secara dasarnya sebuah unit keluarga asas adalah terdiri daripada ibu, bapa dan anak. Namun, kini seiring dengan perkembangan semasa dan pengaruh pemikiran dan budaya yang merentasi sempadan, konsep pemikiran dalam pembentukan keluarga bagi pasangan yang baru berkahwin telah mula cenderung kepada perkahwinan bebas anak atau dengan kata lain disebut sebagai ‘childfree marriage’. Pemikiran ini sudah pastinya mempunyai pengaruh dan tanggapan dari pelbagai perspektif. Jika dilihat pada sejarah asal usul terbentuknya prinsip pemikiran ini adalah dari pemikiran masyarakat yang tinggal di negara-negara barat kerana majoriti mereka adalah berpegang kepada prinsip kebebasan dalam kehidupan mereka. Dalam erti kata lain apabila mereka telah mencapai umur tertentu golongan ini bebas menentukan apa sahaja yang ingin mereka lakukan terhadap diri dan juga kehidupan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation