trending_flat

Ramadan masa terbaik contohi nilai perpaduan Rasulullah

Oleh: Dr. Nurul Husna Mansor Hakikatnya, perpaduan masyarakat adalah agenda utama yang telah diberikan tumpuan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW sebaik sahaja tiba di Madinah dalam peristiwa Hijrah. Hal ini kerana, perpaduan adalah asas yang akan membentuk kesejahteraan dan kestabilan hidup bermasyarakat dalam sesebuah negara. Sekiranya matlamat perpaduan dapat dicapai maka ia secara tidak langsung akan dapat menghapuskan nilai-nilai tidak baik seperti sikap suka berprasangka, prejudis, skeptikal, rasis, pentingkan diri dan seumpamanya yang boleh merosakkan atau mengeruhkan hubungan antara masyarakat. Dr. Nurul Husna Mansor Umum mengetahui, umat Islam yang mencukupi syarat yang ditetapkan wajib menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan. Namun, pemahaman kepada falsafah puasa yang sebenar yang akan menjadikan puasa lebih sempurna. Matlamat puasa di dalam Islam bukan sekadar melafazkan niat dan menahan mulut dari makan dan minum, tetapi juga menahan seluruh anggota zahir dan batin dari melakukan perbuatan […]

trending_flat

Menuai barakah Ramadan melalui anugerah nikmat sahur

Oleh: Rusli Abdul Roni Sememangnya Ramadan adalah bulan barakah, bulan kebajikan, bulan kasih sayang Allah SWT kepada seluruh insan. Sehingga tidak satu pun masa ketika dan momen kebaikan yang ada di dalamnya tanpa nilai keberkatan. Malah sesuatu perkara yang dikategorikan sebagai adat kebiasaan pun menjadi ibadah dan keberkatan bernilai pahala dan kebajikan buat orang yang berpuasa di dalamnya. Termasuk makan sahur di penghujung sepertiga malam setiap malam-malam Ramadan yang Allah SWT sediakan. Sesungguhnya benarlah firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah lagi yang kamu dustakan?” (Surah Ar-Rahman). Berkaitan dengan anugerah syariat sahur di bulan Ramadan ini, terdapat banyak isyarat daripada Baginda Nabi SAW. Antaranya adalah seperti hadis hasan yang diriwayatkan daripada Abi Said al-Khudri, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Makan sahur itu barakah, maka janganlah kalian tinggalkan meski pun salah seorang dari kalian hanya minum seteguk air, kerana […]

trending_flat

Ramadan dan limpahan barakahnya

Oleh: Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Kedatangan bulan Ramadan sangat ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Ucapan tahmid dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT apabila pada tahun ini, masih diberikan ruang dan kesempatan untuk berada dalam bulan yang mulia ini. Ruang dan kesempatan ini adalah peluang yang sangat penting kepada semua hamba Allah untuk melipat gandakan ibadah bagi meraih sebanyak mungkin pahala yang dijanjikan pada bulan ini. Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Al-Raghib al-Isfahani ketika menjelaskan maksud ‘berkat’ (barakah) mendefinisikan berkara sebagai tetapnya kebaikan Ilahi di dalam sesuatu (perkara)’. Penjelasan beliau ini disertakan dengan contoh pemahamannya di dalam ayat al-Quran pada surah al-A’raf ayat 96 yang bermaksud: “Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi.” Beliau menyatakan bahawa dinamakan dengan […]

trending_flat

Ianya tetap suatu kesalahan, walaupun dibenarkan syarak untuk tidak berpuasa

Oleh: Dr. Siti Aisyah Samudin Saban tahun, di bulan Ramadan penuh barakah ada sahaja paparan berita berkenaan sekumpulan individu ditangkap pihak berkuasa agama atas alasan makan di khalayak awam di siang hari ketika bulan puasa. Bahkan, fenomena tangkapan kerana tidak berpuasa seolah sudah menjadi norma setiap memasuki bulan Ramadan. Tidak kurang yang menjadikan situasi ini satu bahan jenaka apabila mereka ditangkap, dibawa masuk ke dalam van jenazah dengan plastik hitam berisi bukti juadah yang dimakan. Istilah Geng Plastik Hitam turut melekat kepada golongan ini. Dr. Siti Aisyah Samudin Ironinya, tindakan makan di khalayak ramai pada siang hari dalam bulan Ramadan sebenarnya merupakan satu bentuk istihanah penghinaan kepada syiar dan syariat agama Islam. Seksyen 15 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559] sebagai contoh memperuntukkan berkenaan kesalahan Tidak menghormati Ramadan. Seksyen 15 Akta 559 ini memberi peruntukan yang agak […]

trending_flat

Ramadan sumber kekuatan doa untuk Palestin yang sedang menangis

Oleh: Dr. Mohd. Shahid Mohd. Noh Dunia Islam sedang menyambut kehadiran Ramadan, bulan suci yang dipenuhi dengan pelbagai kemuliaan. Persiapan menghadapi bulan yang mulia ini tentunya giat dilakukan oleh semua masyarakat Islam, sama ada di Timur atau di Barat. Walaupun begitu, situasi yang sedang di alami oleh saudara di Gaza dan Rafah amatlah berbeza. Implikasi genosid yang dilakukan oleh penjajah Israel masih lagi menghimpit penduduk Palestin sama ada di Tebing Barat, Gaza dan terkini di Rafah. Dr. Mohd. Shahid Mohd. Noh Peperangan kali ini bukan sahaja telah menjadikan bumi Gaza seperti padang jarak padang terkukur namun juga menjadikan mereka mangsa kebuluran terangcang yang ditaja oleh sekutu Israel seperti Amerika dan negara sekutunya yang lain. Perkara ini jelas bertentangan dengan prinsip kemanusian yang telah disepakati oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Slogan SDGs atau Matlamat Pembangunan Mampan juga telah terkubur dalam konflik yang […]

trending_flat

Ramadan platform bina kesedaran diri, sosial 

Oleh: Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Bulan Ramadan bukan sahaja bulan di mana umat Islam menunaikan ibadah puasa iaitu mengerjakan Rukun Islam ketiga, tetapi bulan Ramadan juga merupakan masa di mana umat Islam melakukan refleksi diri melalui ibadah solat, menunaikan sunnah yang dituntut, melakukan amal kebaikan, meluangkan masa dan merapatkan silaturrahim keluarga serta banyak lagi perkara yang bermanfaat. Apabila menjalankan ibadah puasa, ia membantu memperkuat dan memperkukuhkan lagi kawalan diri serta kesabaran seseorang individu. Justeru, di antara aspek penting yang ditekankan dalam bulan Ramadan adalah kesedaran diri dan kesedaran sosial. Dr. Azmawaty Mohamad Nor Siti Nurmaliya Zakaria Kesedaran diri dipertajam melalui amalan-amalan seperti puasa, solat dan zikir. Puasa bukan sekadar perbuatan menahan diri dari makan, minum dan perbuatan yang membatalkan puasa tetapi juga memerlukan kesedaran diri yang tinggi dalam memenuhi kewajipan. Ia membantu seseorang individu menyedari kekuatan dirinya […]

trending_flat

Galakan bersedekah dalam Islam bukan menggalakkan budaya mengemis

Oleh: Prof. Madya Dr. Aizan Ali@Mat Zin Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah merupakan terjemahan kepada ungkapan dalam Bahasa Arab: Bismillahirrahmanirrahim yang diajar oleh Allah SWT kepada kita umat Islam melalui wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Ungkapan ini memulai setiap surah di dalam al-Quran, kecuali satu surah sahaja iaitu Surah al-Taubah. Prof. Madya Dr. Aizan Ali@Mat Zin Ini bermakna penegasan sifat Allah SWT Yang Maha Pengasih dan Pemurah disebut sebanyak 113 kali. Namun jumlah keseluruhan ungkapan ini diulang dalam al-Quran adalah 114 kali dengan mengambil kira ayat 30 surah al-Naml. Sifat Pemurah Allah SWT tidak terhitung dan infiniti berbanding manusia yang bersifat terbatas dan terhad dengan dengan pelbagai kelemahan dan kekangan. Sifat Pemurah Allah SWT tiada tolok bandingnya. Konsep filantrofi dalam Islam memerlukan sifat pemurah manusia dalam menjayakannya. Ia terangkum dalam beberapa amalan kebaikan yang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation