trending_flat

25 PEGAWAI PENGUAT KUASA TIMBA KEPAKARAN AUSTRALIAN BORDER FORCE

TANJUNG SEDILI, 8 Mei 2023 - Seramai 25 orang pegawai penguat kuasa dari pelbagai agensi tempatan telah menyertai tiga hari bengkel yang dianjurkan sempena Operasi Redback Ke-18 mulai hari ini sehingga 10 Mei nanti. Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata bengkel yang diadakan ini bertujuan memperkasakan anggota penguat kuasa tempatan seperti Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia melalui teoritikal, praktikal serta taktikal dalam menangani isu-isu jenayah. Malah selaku sebuah agensi yang berpengalaman, pihak Australian Border Force (ABF) turut akan berkongsi kepakaran mereka dalam pelbagai bidang keselamatan khususnya dalam pelaksanaan risikan dan operasi bagi kegiatan jenayah rentas sempadan. Beliau memaklumkan perkara berkenaan ketika sidang media sempena Majlis Perasmian Op Redback XVIII di sini hari ini. Turut hadir sama pada Majlis Perasmian Op […]

trending_flat

OP CARILAMAT : KAPAL MT PABLO TERBAKAR, PENCARIAN TIGA KRU MASIH HILANG DITERUSKAN

JOHOR BAHRU, 2 Mei - Operasi Carilamat kapal tangki MT Pablo yang dilaporkan terbakar semalam telah memasuki hari ke-2 dengan misi pencarian tiga orang kru kapal berkenaan yang masih hilang dilaksanakan pasukan SAR yang dikoordinasikan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia). Mangsa berkenaan dikenali sebagai Satyam Tripathi, 26 dan Dinesh Kumar Chauhan, 34 masing-masing merupakan warganegara India. Seorang lagi mangsa ialah Sabit Shenderovsky, 37 warganegara Ukraine. Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) yang juga Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, seramai 25 orang kru MT Pablo berjaya diselamatkan. Daripada jumlah berkenaan empat orang kru mengalami kecederaan serius di tangan, pinggang dan kaki. Kesemua mereka telah dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan di sana. Datuk Saiful menambah, sebuah pesawat udara AW139 milik Maritim Malaysia bersama sembilan buah aset laut dari Maritim Malaysia, Polis […]

trending_flat

12 Kes Berprofil Tinggi Tumpas, Nilai Keseluruhan Tangkapan Lebih RM13 Juta

PULAU PINANG, 28 April 2023 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah berjaya menumpaskan 12 kes berprofil tinggi daripada 42 kes tangkapan Op Pagar Laut tahun 2023 dengan nilai keseluruhan adalah berjumlah lebih RM13 juta. Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, data berkenaan adalah kejayaan dua minggu pelaksanaan operasi berkenaan yang dijalankan di seluruh kawasan perairan negara iaitu bermula 9 April sehingga 25April yang lalu. 12 tangkapan berprofil tinggi berkenaan adalah tiga (3) kes tangkapan melibatkan cubaan menyeludup masuk rokok, dua (2) kes cubaan kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), satu (1) kes cubaan mencuri, satu (1) kes cubaan rompakan berkumpulan, tiga (3) kes pencerobohan Bot Nelayan Asing (BNA) dan dua (2) kes kesalahan menyeludup barang kawalan iaitu petrol dan minyak masak. Saifuddin turut memaklumkan daripada 12 kes berprofil tinggi seperti dinyatakan, pihak Maritim Negeri […]

trending_flat

Rompakan Berkumpulan, empat warga tempatan ditahan Maritim Malaysia

KOTA TINGGI, 26 April - Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Pemangku Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Bin Ibrahim memaklumkan bahawa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia( Maritim Malaysia) menerusi Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) telah menahan empat warga tempatan yang disyaki terlibat dalam rompakan berkumpulan dalam kejadian yang berlaku di antara jam 12.30 tengah malam 24 April hingga jam 4.35 pagi 25 April semalam. Menurutnya dalam satu siaran media yang dijeluarkan hari ini, pada jam 10.30 malam 24 April, pihak Maritim Malaysia Negeri Johor telah menerima aduan mengenai insiden rompakan yang berlakudi atas pelantar Aurora Producer 1 di kedudukan 0.7 batu nautika timur laut Jeti Pelabuhan Tanjung Langsat. "Sebuah bot ronda Maritim Malaysia telah diarahkan ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi pada jam 12.30 tengah malam dan menemui sebuah bot gentian kaca bersama empat orang […]

trending_flat

RM7.3 Juta Nilai Rampasan Seminggu OP Khas Pagar Laut

PUTRAJAYA, 18 April 2023 - Sejumlah RM7.3 juta nilai rampasan keseluruhan telah direkodkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hasil daripada 18 kes tangkapan melalui Op Pagar Laut yang dilaksanakan bermula 9 April lalu hingga semalam. Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), merangkap pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, daripada jumlah berkenaan sebanyak 6 kes melibatkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang terdiri daripada 16 orang pelbagai warga negara, 3 kes penyeludupan kontraband rokok, 3 kes pencerobohan bot nelayan asing (BNA), 1 kes penyeludupan barang kawalan minyak masak serta 5 kes berkaitan Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO 1952). Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan menambah kejayaan ini adalah hasil rutin rondaan dan penguatkuasaan dilaksanakan oleh 800 pegawai dan anggota penguat kuasa yang telah ditugaskan dalam operasi ini disamping 45 buah pelbagai aset milik agensi ini. […]

trending_flat

PDRM akan laksanakan OP Lancar dan OP Selamat 20

KUALA LUMPUR, 15 April 2023 - OP Lancar akan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 18 dan 19 April 2023 bagi memastikan kelancaran perjalanan bersempena sambutan Hari Raya Eid’l fitri 2023. Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani berkata PDRM melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) juga akan melaksanakan OP Selamat 20 bermula 20 April hingga 27 April 2023 (8 hari) bertemakan ‘rumah selamat, sampai ke destinasi’. "Fokus utama operasi ini adalah untuk memastikan aliran trafik yang lancar, meminimumkan kes kemalangan jalan raya, keterjaminan keselamatan harta benda dan premis kediaman serta menurunkan kadar jenayah pecah rumah semasa musim perayaan. Juga dalam OP Selamat 20, PDRM melalui Jabatan Pjenayah dan Keselamatan Lomuniti (JPJKK) akan memfokuskan kepada pengurangan kadar jenayah harta benda seperti kes-kes pecah rumah melalui elemen kereta peronda (MPV), […]

trending_flat

OP Khas Pagar Laut Diaktifkan Semula Sempena Aidilfitri

PULAU PINANG, 8 April 2023 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengaktifkan semula OP Khas Pagar Laut di seluruh perairan Malaysia terutamanya di kawasan titik panas (hot spots) sempena musim perayaan Aidilfitri pada tahun ini bermula 9 April sehingga 30 April ini. Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), selaku pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, operasi khas ini dilaksanakan bertujuan mengekang dan memerangi aktiviti jenayah rentas sempadan khususnya dalam musim berkenaan. “Penjenayah mungkin beranggapan penguatkuasaan undang-undang di musim perayaan agak longgar kerana sebahagian besar petugas keselamatan bercuti dan meraikan perayaan. Justeru mereka mengambil kesempatan melakukan aktiviti jenayah seperti membawa masuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), penyeludupan kontraband serta barang-barang kawalan, pencerobohan, serta lain-lain jenayah berkaitan melalui jalan laut." Beliau berkata demikian sempena Majlis Pelancaran Op Khas Pagar Laut di sini hari ini. Turut hadir […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation