Vaksin Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection diberi kelulusan bersyarat sebagai Dos Penggalak kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun

5 JANUARI 2023 - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-380 yang bersidang semalam telah memberi kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin COVID-19 iaitu Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection (nombor pendaftaran MAL22016037AZ; pengilang Pfizer Manufacturing Belgium NV, Belgium dan BioNTech Manufacturing GmbH, Germany) sebagai dos penggalak (booster dose) kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun sekurang-kurangnya selepas enam (6) bulan daripada penerimaan dos primer vaksin Comirnaty. Menurut Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, kelulusan pendaftaran bersyarat itu masih memerlukan pemantauan dan penilaian berterusan terhadap maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. "Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi vaksin tersebut kekal positif. KKM sentiasa komited untuk mempertingkatkan akses rakyat kepada produk vaksin bagi tujuan pencegahan penularan […]

trending_flat

Orang ramai digesa dapatkan dos penggalak kedua, tidak perlu menunggu vaksin bivalen

2 JANUARI 2023 - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang ramai yang telah menerima dos penggalak pertama yang melebihi tempoh enam (6) bulan agar mendapatkan dos penggalak kedua serta tidak menunggu vaksin bivalen. Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Zaliha Mustafa berkata dalam satu kenyataan hari ini, vaksin monovalen sedia ada masih sangat berkesan untuk mengurangkan gejala serius dan kes kematian. "KKM amat berharap, peratusan pengambilan dos penggalak akan terus meningkat, terutamanya daripada golongan yang berisiko memandangkan ketika ini hanya 49.8% sahaja rakyat Malaysia yang telah mendapat vaksin dos penggalak pertama dan hanya 1.9% sahaja yang telah mengambil vaksin dos penggalak kedua. Disamping itu, saya ingin terus mengingatkan rakyat untuk terus menjaga kesihatan kendiri dan keluarga masing-masing serta sentiasa mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu Elakkan 3S; Amalkan 3W dan Amalkan TRIIS." kata Dr. Zaliha. Berhubung dengan kenaikan kes […]

trending_flat

COVID-19 : Rakyat disarankan segera dapatkan dos vaksin penggalak

30 DISEMBER 2022 - Melihat kepada situasi dan perkembangan terkini di negara China, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan kepada semua penduduk di negara ini supaya dapatkan dos vaksin penggalak. Dalam satu ciapan di Twitter rasmi beliau, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata walaupun kes baharu terkini dalam negara masih terkawal dan menurun, rakyat perlu mengambil tindakan bersiapsiaga. "Untuk makluman semua terkini liputan vaksinasi Covid-19 bagi populasi Malaysia untuk dos penggalak pertama hanya 49.8% dan dos penggalak kedua pula amat rendah iaitu 1.9%. Untuk kita tingkatkan pertahanan immunity badan, sila dapatkan dos penggalak." kata Dr. Noor Hisham Abdullah. Selanjutnya beliau turut berkongsi cara-cara mendapatkan temujanji bagi dos vaksin seperti di bawah : Individuals eligible for COVID-19 booster vaccine can book for a vaccination slot at their preferred place, day and time at their convenience. […]

trending_flat

Majlis Perasmian Perjanjian Piagam Antara Syneos Health dan Clinical Research Malaysia (CRM)

PUTRAJAYA, 23 Disember 2022 - Majlis Charter Agreement Signing Ceremony (CRM-Syneos Health) yang berlangsung semalam telah dihadiri oleh Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa. Majlis tersebut turut disertai oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Clinical Research Malaysia (CRM), Dr. Akhmal Yusof dan Pengurus Besar dan Ketua Rantau Asia Pasifik Syneos Health , Dr. Ken Lee. Perjanjian yang dimenterai merupakan satu kolobrasi dalam memantapkan industri penyelidikan negara yang statusnya sebagai lokasi utama dalam bidang penyelidikan antarabangsa. Sejak ia bertapak 10 tahun lepas bermula 2012, ianya berjaya mempamirkan prestasi yang cukup baik dan telah membuahkan banyak kejayaan, termasuklah merekodkan lebih 2000 hasil penyelidikan yang menyumbangkan RM 1 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar. Kerjasama yang arkab dengan pihak yang berkepentingan ini akan meningkatkan kualiti kajian klinikal yang diprogramkan. Ini adalah sejajar dengan kolobrasi perjanjian antara Syneos Health dan CRM […]

trending_flat

COVID-19 : Jumlah kes sembuh sebanyak 2,643

23 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM NOW, jumlah kes baharu COVID-19 setakat 22 November 2022, 11:59 pm adalah sebanyak 2,513 kes tempatan dan 3 kes import. Jumlah kematian (termasuk BID) adalah sebanyak 11 kes. Manakala jumlah kes sembuh setakat 22 November 2022, 11:59 pm adalah sebanyak 2,643. Dalam pada itu setakat 22 November 2022, 11:59 pm seramai 16,261,717 penduduk di Malaysia telah mendapatkan keseluruhan dos vaksin dan juga dos penggalak pertama.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation