trending_flat

Tempoh Cadangan Belanjawan 2024 dilanjutkan sehingga 22 September – MOF

Susulan sambutan yang menggalakkan, Kementerian Kewangan (MOF) telah memutuskan untuk memanjangkan tempoh mengumpul maklumbalas berkaitan Belanjawan 2024 melalui portal Cadangan Belanjawan 2024 selama seminggu sehingga 22 September 2023. Di dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, MOF berkata bahawa setakat 13 September 2023, Jelajah Belanjawan 2024 telah melangkaui seluruh pelosok negara melalui 9 Jelajah Negeri yang diterajui oleh Timbalan Menteri I dan II, serta 24 sesi libat urus yang dikendalikan kementerian-kementerian di bawah Kerajaan Perpaduan. "Sesi tersebut melibatkan penyertaan daripada lebih 7,000 peserta dari pelbagai latar belakang seperti dewan perniagaan, pakar ekonomi, teknokrat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan juga orang awam. Pada masa yang sama, MOF telah menerima lebih 9,500 maklumbalas daripada orang ramai melalui portal Cadangan Belanjawan 2024. Maklum balas yang diterima melalui semua platform tersebut meliputi bidang-bidang kelestarian ekonomi seperti pemeliharaan persekitaran, ekonomi hijau, tata kelola baik, dan […]

trending_flat

JANM komited mantapkan perakaunan kewangan dan perakaunan pengurusan sektor awam

PUTRAJAYA 12 April 2023 - Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) komited dalam memantapkan perakaunan kewangan dan perakaunan pengurusan sektor awam. Pengukuhan pengurusan kewangan sektor awam turut disokong oleh dasar yang progresif dan sistem perakaunan yang efisien. Menurut JANM dalam satu kenyataan hari ini, langkah proaktif dalam mewujudkan sistem Perakaunan Akruan yang selaras dengan Dasar Transformasi Sektor Awam dalam Model Baru Ekonomi akan memberi kesan signifikan dalam pengurusan fiskal berhemat serta mempertingkatkan kecekapan pengurusan kewangan dan perakaunan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Kata JANM, sebagai persediaan pelaksanaan perakaunan akruan, Malaysia Public Sector Accounting Standards (MPSAS) telah dibangunkan yang berasaskan International Public Sector Accounting Standard. Sehingga 31 Disember 2022, piawaian ini telah digunakan oleh 255 agensi persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan. "Sehingga 31 Disember 2022, jumlah aset dan liabiliti yang telah diakaunkan di sistem iGFMAS atau Sistem Bersepadu Pengurusan Kewangan dan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation