trending_flat

SELEPAS 40 TAHUN, KPFMB TERUS MENCIPTA EKONOMI MASYARAKAT LUAR BANDAR

KUALA LUMPUR, 16 Disember 2022 – Walaupun dengan ramalan bahawa dunia akan mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 2023, industri koperasi diyakini mampu berperanan meringankan beban rakyat Malaysia di luar bandar khasnya dari kalangan B40. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang baru, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa koperasi menawarkan perniagaan yang selamat dan pada masa sama memberi manfaat persekitaran yang besar kepada masyarakat setempat kerana sistem tadbir urus yang baik dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Beliau turut memuji pencapaian unggul koperasi seperti Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad (KPFMB) yang berjaya berkembang serta mencipta kejayaan dengan menceburi pelbagai bidang seperti perladangan, hartanah, pembangunan dan peruncitan selama 40 tahun operasinya. Menurut Pengerusi KPFMB Dato’ Haji Sabari Misran, kemampuan mereka untuk bertahan dan mengecapi kejayaan demi kejayaan walaupun selepas 40 tahun penubuhan […]

trending_flat

MEMBINA BUDAYA INOVASI WARGA KKDW

PUTRAJAYA, 15 Disember 2022 - Dalam usaha menyemarakkan budaya inovasi dalam kalangan warga kerja, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menganjurkan Hari Inovasi 2022 sebagai menghargai inisiatif Agensi, Bahagian dan Unit di bawah KKDW mentransformasikan perkhidmatan awam untuk merealisasikan agenda pembangunan luar bandar. Menurut Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Seri Ramlan Datuk Harun, kepelbagaian produk inovasi membantu meningkatkan kecekapan perkhidmatan untuk manfaat kepada masyarakat. Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis berkenaan di bangunan kementerian tengahari semalam. Tujuh kategori anugerah kualiti dan inovasi dipertandingkan dalam kalangan KKDW dan agensi dibawahnya iaitu; 1. ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN AWAM KATEGORI PENGURUSAN Tempat pertama diraih Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dengan inovasi membangunkan Sistem E-Perjalanan yang mempercepatkan urusan permohonan warga KEDA yang terlibat dengan urusan luar kerja. Tempat kedua Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui SISTEM PEROLEHAN yang direka untuk memudahkan proses perolehan dan menjimatkan penggunaan […]

trending_flat

DATUK RUBIAH MULAKAN TUGAS SEBAGAI TIMBALAN MENTERI KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH

PUTRAJAYA, 12 Disember 2022 – YB Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Hj. Wang mengadakan pertemuan ringkas bersama YAB Timbalan Perdana Menteri I dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di pejabat Timbalan Perdana Menteri I pagi ini sebelum memulakan tugas pada hari pertama. Ahli Parlimen Samarahan itu tiba pada pukul 11.30 pagi dengan disambut Ketua Setiausaha KKDW Dato’ Sri Ramlan Harun bersama pengurusan tertinggi bagi sesi bersama pihak Kementerian. Datuk Rubiah kemudiannya mengimbas kad perakam waktu, sebagai simbolik memulakan tugas secara rasmi sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah hari ini. Beliau seterusnya diiringi ke pejabatnya dan menghadiri taklimat Kementerian. Datuk Rubiah Hj. Wang antara 27 Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan yang dilantik oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Sabtu, 10 Disember 2022 diberikan portfolio Timbalan Menteri di Kementerian Kemajuan […]

trending_flat

DATUK ZAHID MULAKAN TUGAS SEBAGAI MENTERI KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH

PUTRAJAYA, 5 Disember 2022 –Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, (KKDW) tiba di bangunan Kementerian di sini, bagi memulakan tugas pada hari pertama. Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tiba pada pukul 12:15 tengahari dengan disambut Ketua Setiausaha KKDW Datuk Ramlan Harun bersama pihak pengurusan tertinggi dan agensi di lobi bangunan Kementerian. Datuk Ahmad Zahid kemudiannya mengimbas kad perakam waktu, sebagai simbolik memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah hari ini. Beliau seterusnya menandatangani buku Selamat Datang dan Selamat Bertugas di pejabatnya dan menghadiri sesi taklimat kementerian.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation