trending_flat

Penamatan Penggunaan Setem Pelekat (Setem Hasil) sebagai kaedah Penyeteman dan Mesin Franking Pos mulai 1 Januari 2024

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa penggunaan setem pelekat (Setem Hasil) dan mesin franking pos oleh pengguna luar seluruh Malaysia sebagai kaedah penyeteman ke atas dokumen/perjanjian akan ditamatkan mulai 01 Januari 2024. Pembayar duti adalah dibenarkan untuk menggunakan Setem Hasil bagi urusan penyeteman dokumen/perjanjian sehingga 31 Disember 2023 sahaja dan dinasihatkan untuk menghabiskan Setem Hasil yang berada dalam simpanan masing-masing. Bagi sebarang Setem Hasil yang tidak digunakan, tiada tuntutan bayaran balik dibenarkan atau diganti dengan wang tunai. Permohonan penyeteman dan pembayaran duti setem boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal Sistem Taksiran Dan Pembayaran Duti Setem (STAMPS) di pautan https://stamps.hasil.gov.my tanpa perlu hadir ke kaunter duti setem.Individu warganegara dan penduduk tetap yang mempunyai fail cukai pendapatan boleh membuat pendaftaran ID Pengguna STAMPS, permohonan taksiran dan bayaran duti setem secara dalam talian melalui portal STAMPS. Manakala pendaftaran fail cukai individu […]

trending_flat

Kenduri Seni Kampung mampu jana kreativiti dan kelestarian budaya di Ulu Dong

19 OGOS 2023 – Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya (MOTAC) menerusi agensinya, Balai Seni Negara dengan kerjasama Artgardenmadi mengadakan Program Seni Di Lokasi: Kenduri Seni Kampung Ulu Dong yang berlangsung bermula 15 Ogos hingga 20 Ogos 2023 di Ulu Dong, Raub, Pahang. Program ini merupakan salah satu usaha dalam mempromosikan kelestarian seni dan budaya serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi komuniti tempatan melalui kenduri seni, kerja seni, sembang saran dan bakat seni kreatif. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni, dan Budaya , Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni, dan Budaya , Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan di Artgardenmadi, Kampung Peruas, Ulu Dong. Menurut MOTAC, Program Kenduri Seni Kampung merupakan platform yang menyatukan komuniti dan penggiat seni dengan memberi fokus kepada pemulihan ekonomi, kelestarian seni serta pertumbuhan keusahawanan seni. "Program yang mempromosikan kreativiti dan semangat kolaborasi dalam […]

trending_flat

80% pelajar Kolej Tingkatan Enam dan Kolej Vokasional terdiri daripada keluarga B40 – Armizan

JOHOR BAHRU, 20 OGOS 2023 - Pemangku Menteri Perdagangan Dalan Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata bahawa berdasarkan data yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 80% pelajar Kolej Tingkatan Enam dan Kolej Vokasional terdiri daripada keluarga B40 dan mereka ini kurang mendapat bantuan berbanding pelajar-pelajar di Kolej Matrikulasi. Kata Armizan dalam satu kenyataan hari ini, pada masa yang sama, pembelian data internet dan pengangkutan menunjukkan trend perbelanjaan utama yang dilakukan oleh para pelajar dalam kumpulan ini. Justeru beliau berharap agar Program Outreach Sara Hidup di bawah Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai Pelajar Tingkatan Enam dan Diploma Kolej Vokasional Peringkat Negeri Johor Tahun 2023 dapat meringankan kos perbelanjaan harian mereka. "Data di seluruh negara menunjukkan bahawa sejak bulan Februari 2023 sehingga 20 Ogos 2023, seramai 4,429 pelajar Tingkatan Enam dan Kolej Vokasional di 12 lokasi telah menerima […]

trending_flat

Pentingnya menguasai, mendalami dan memahami Al-Quran – Anwar

KUALA LUMPUR, 20 OGOS 2023 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan dalam menguasai, mendalami dan memahami isi kandungan Al-Quran. Katanya tanpa kefahaman yang tepat, ia bakal melahirkan dua golongan esktrem iaitu golongan yang mempromosi Islamophobia dan golongan yang melampau dalam agama. Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim bersma isterinya Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Kredit foto Facebook rasmi Perdana Menteri. "Saya singgung kepentingan menguasai, mendalami dan memahami Al-Quran yang mengandungi mesej yang sarat dengan petunjuk. Tanpa kefahaman yang tuntas, ianya akan mewujudkan kelompok yang dangkal dalam ilmu sekaligus melahirkan dua sisi esktrem iaitu kelompok yang mempromosi Islamophobia dan lawannya yang melampau dalam agama." katanya menerusi satu hantaran di halaman Facebook rasminya. Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya tidak akan bersikap apologetik dalam mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub […]

trending_flat

Fadhli tidak layak jadi Ahli Parlimen jika bersikap jumud – Zahid

PUTRAJAYA 20 OGOS 2023 - Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kenyataan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari bahawa kemungkinan empat negeri di bawah pentadbiran parti itu menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza untuk sambutan peringkat negeri adalah bermotifkan politik semata-mata. "Dia ni gila ke apa? Ini bukan soal politik. Sebab soal bendera, soal perayaan Hari Kebangsaan adalah acara Nasional." kata Ahmad Zahid apabila mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas itu di Putrajaya hari ini. "Saya fikir jangan dipolitikkan. Saya fikir dia tak layak jadi Ahli Parlimen kalau sikap dia terlalu jumud begitu. Jangan ingat semua perkara boleh dipolitikkan." tegas Ahmad Zahid. Semalam, Ahmad Fadhli dilaporkan berkata, negeri di bawah pentadbiran PN mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk sambutan peringkat negeri, berbanding menggunakan logo dan tema yang diumumkan di peringkat Persekutuan. Beliau berkata, […]

trending_flat

Pesta Air Nasional @ Kuantan 2023 semarakkan kegiatan ekonomi negeri Pahang

KUANTAN 19 OGOS 2023 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama Kerajaan Negeri Pahang menganjurkan program Pesta Air Nasional @ Kuantan 2023 selama tiga (3) hari bermula pada 18 hingga 20 Ogos 2023 bertempat di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang. Pertandingan Panjat Tiang Licin Pertandingan Pukul Bantal Sesi Fit @ Community Sukan Rakyat Sukan Rakyat 2 Sukan Rakyat 2 Demostrasi Menyelamat oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Demonstrasi Menyelamat oleh Polis Marin Majlis dihadiri oleh Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan, Negeri Pahang Cik Leong Yu Man yang mewakiliMenteri Besar Pahang dan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan. Turut hadir adalah para pemimpin di peringkat Persekutuan serta Negeri. YBTM MOTAC dan YB Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan, Negeri Pahang Menurut MOTAC, penganjuran Pesta Air Nasional @ Kuantan 2023 tersebut adalah usaha memperkukuhkan industri pelancongan, seni dan […]

trending_flat

Seratus pasukan sertai Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi

PUTRAJAYA 20 OGOS 2023 - Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah hadir menyempurnakan program Kick – Off Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi - Anjuran BaarzSchool Soccer Academy (BSSA) pada pagi hari ini. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyempurnakan program Kick – Off Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi - Anjuran BaarzSchool Soccer Academy (BSSA). Foto-foto kredit Pejabat Timbalan Perdana Menteri Program tersebut telah diadakan di Padang TEP Luar ABC, Presint 5, Putrajaya. Menurut Ahmad Zahid beliau hadir memberikan sokongan moral di atas kapasitinya sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Kabinet Pembangunan Sukan. "Kita telah menjalin kerjasama yang erat antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pendidkan Malaysia […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation