trending_flat

SEMPADAN LAUT CHINA SELATAN, MALAYSIA SERIUS TANGANI ISU PENCEROBOHAN BOT NELAYAN ASING

KOTA BHARU, 11 Mei 2023 - Kerajaan melalui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sentiasa mempertahankan kedaulatan perairan negara khususnya daripada ancaman pencerobohan Bot Nelayan Asing (BNA) di sepanjang Laut China Selatan dengan menyelaras operasi bersama-sama agensi penguat kuasa lain di negara ini. Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Op Naga merupakan tindakan strategik yang dilaksanakan oleh Kerajaan dalam menggerakkan agensi penguatkuasaan yang berkaitan di negara ini secara bersepadu dalam membendung isu tersebut. Selain daripada Op Naga, Maritim Malaysia turut melipatgandakan usaha dengan melancarkan Op Kuda Laut bagi menghalang kegiatan yang menyalahi undang-undang berlaku di kawasan perairan negara. Sepanjang lima tahun pelaksanaan bagi kedua-dua operasi berkenaan, Maritim Malaysia telah berjaya menahan sejumlah 474 BNA dengan 384 daripadanya adalah BNA Negara Vietnam. Nilai rampasan bagi kesemua BNA adalah berjumlah lebih RM670 juta. Saifuddin berkata demikian pada sidang […]

trending_flat

KERJASAMA KESELAMATAN SEMPADAN MARITIM NEGARA DIPERTINGKATKAN

PUTRAJAYA, 9 Mei - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) digesa mempertingkatkan lagi keselamatan sempadan negara dengan memperkukuhkan kerjasama dengan negara-negara jiran melalui pelaksanaan operasi khas antara negara. Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan Maritim Malaysia perlu melaksanakan kerjasama erat dengan mengadakan operasi bersama sebagaimana yang sedang dilaksanakan dengan pihak Australian Border Force (ABF) di Tanjung Sedili, Johor baru-baru ini. Dalam perkembangan yang lain beliau turut memaklumkan Kerajaan kini sedang melaksanakan Dokumen Pengenalan Pelarian (DPP) bagi mendapatkan jumlah sebenar pelarian dan penerima suaka yang berada di dalam negara. Saifuddin berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Ibu Pejabat Maritim Malaysia, di sini semalam. Turut hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Haji Ruji Haji Ubi, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia selaku memangku tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana […]

trending_flat

25 PEGAWAI PENGUAT KUASA TIMBA KEPAKARAN AUSTRALIAN BORDER FORCE

TANJUNG SEDILI, 8 Mei 2023 - Seramai 25 orang pegawai penguat kuasa dari pelbagai agensi tempatan telah menyertai tiga hari bengkel yang dianjurkan sempena Operasi Redback Ke-18 mulai hari ini sehingga 10 Mei nanti. Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata bengkel yang diadakan ini bertujuan memperkasakan anggota penguat kuasa tempatan seperti Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia melalui teoritikal, praktikal serta taktikal dalam menangani isu-isu jenayah. Malah selaku sebuah agensi yang berpengalaman, pihak Australian Border Force (ABF) turut akan berkongsi kepakaran mereka dalam pelbagai bidang keselamatan khususnya dalam pelaksanaan risikan dan operasi bagi kegiatan jenayah rentas sempadan. Beliau memaklumkan perkara berkenaan ketika sidang media sempena Majlis Perasmian Op Redback XVIII di sini hari ini. Turut hadir sama pada Majlis Perasmian Op […]

trending_flat

Kerajaan setuju DNB teruskan pelaksanaan 5G hingga 80% liputan penghujung tahun ini

PUTRAJAYA 3 Mei 2023 - Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil berkata Kerajaan pada hari ini bersetuju supaya pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia diteruskan melalui Digital Nasional Berhad (DNB) sehingga mencapai 80% liputan di kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023. Dalam satu kenyataan media hari ini, Fahmi menambah peralihan kepada model dwirangkaian akan dilaksanakan berpandukan syarat-syarat yang selari dengan amalan di peringkat global yang menawarkan kepelbagaian rangkaian bukan sahaja untuk rakyat, malah juga untuk sektor perindustrian yang merupakan antara kumpulan sasar penggunaan teknologi 5G. "Keputusan ini dibuat dengan anjakan fokus kepada elemen penerimagunaan dan inovasi berasaskan teknologi 5G secara komprehensif. Model ini turut mengambil kira kemampanan ekosistem industri telekomunikasi di Malaysia sekali gus menamatkan unsur monopoli yang sering dikaitkan dengan DNB. Selaras dengan prinsip utama yang digariskan dalam ucapan Belanjawan 2023 oleh YAB Perdana Menteri, peralihan ini dapat memanifestasikan keterangkuman […]

trending_flat

OP CARILAMAT : KAPAL MT PABLO TERBAKAR, PENCARIAN TIGA KRU MASIH HILANG DITERUSKAN

JOHOR BAHRU, 2 Mei - Operasi Carilamat kapal tangki MT Pablo yang dilaporkan terbakar semalam telah memasuki hari ke-2 dengan misi pencarian tiga orang kru kapal berkenaan yang masih hilang dilaksanakan pasukan SAR yang dikoordinasikan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia). Mangsa berkenaan dikenali sebagai Satyam Tripathi, 26 dan Dinesh Kumar Chauhan, 34 masing-masing merupakan warganegara India. Seorang lagi mangsa ialah Sabit Shenderovsky, 37 warganegara Ukraine. Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) yang juga Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, seramai 25 orang kru MT Pablo berjaya diselamatkan. Daripada jumlah berkenaan empat orang kru mengalami kecederaan serius di tangan, pinggang dan kaki. Kesemua mereka telah dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan di sana. Datuk Saiful menambah, sebuah pesawat udara AW139 milik Maritim Malaysia bersama sembilan buah aset laut dari Maritim Malaysia, Polis […]

trending_flat

12 Kes Berprofil Tinggi Tumpas, Nilai Keseluruhan Tangkapan Lebih RM13 Juta

PULAU PINANG, 28 April 2023 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah berjaya menumpaskan 12 kes berprofil tinggi daripada 42 kes tangkapan Op Pagar Laut tahun 2023 dengan nilai keseluruhan adalah berjumlah lebih RM13 juta. Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, data berkenaan adalah kejayaan dua minggu pelaksanaan operasi berkenaan yang dijalankan di seluruh kawasan perairan negara iaitu bermula 9 April sehingga 25April yang lalu. 12 tangkapan berprofil tinggi berkenaan adalah tiga (3) kes tangkapan melibatkan cubaan menyeludup masuk rokok, dua (2) kes cubaan kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), satu (1) kes cubaan mencuri, satu (1) kes cubaan rompakan berkumpulan, tiga (3) kes pencerobohan Bot Nelayan Asing (BNA) dan dua (2) kes kesalahan menyeludup barang kawalan iaitu petrol dan minyak masak. Saifuddin turut memaklumkan daripada 12 kes berprofil tinggi seperti dinyatakan, pihak Maritim Negeri […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Kepulauan Ryukyu, Jepun

27 April 2023 - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Kepulauan Ryukyu, Jepun pada pukul 3:43 petang semalam. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 3:43 petang, 27 April 2023Koordinat: 25.9° Utara 128.6° TimurLokasi: Kepulauan Ryukyu, JepunMagnitud: 5.4Jarak: 95km Timur dari Naha, JepunKedalaman: 10 km Menurut penilaian tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation