Kod Etika Wartawan Malaysia merupakan penambahbaikan kepada Etika Kewartawanan Malaysia 1989
KUALA LUMPUR, 12 Mac 2024 - Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil memaklumkan bahawa Kod Etika Wartawan Malaysia yang diluncurkan pada 20 Februari 2024 bukanlah kod etika yang baharu. Sebaliknya, kod etika tersebut merupakan penambahbaikan kepada Etika Kewartawanan Malaysia 1989 yang diterbitkan oleh Institut Akhbar Malaysia, yang kemudiannya dikenali sebagai Malaysian Press Institute (MPI). Menurut Fahmi ketika menjawab soalan dari Ahli Parlimen Tasek Gelugor ketika sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pagi ini, Kod Etika Wartawan Malaysia itu akan diguna pakai oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) sebagai sumber rujukan dan panduan dalam pengeluaran serta penarikbalikan Kad Perakuan Media (KPM) untuk pengamal media di Malaysia. "Sebelum ini, JaPen mengguna pakai Etika Kewartawanan Malaysia MPI tahun 1989 bersekali dengan Prosedur Tetap Operasi (PTO) KPM sebagai sumber rujukan dan panduan bagi kelulusan serta penarikbalikan KPM. Kod Etika Wartawan Malaysia yang baru diluncurkan […]