trending_flat

Terdapat 984 projek dalam peringkat rundingan, jumlah jangkaan pelaburan RM105.3 billion

KUALA LUMPUR, 16 Oktober 2023 - Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Aziz memaklumkan bahawa setakat 31 Ogos 2023, terdapat 984 projek dalam peringkat rundingan (pipeline) dengan jumlah jangkaan pelaburan baharu sebanyak RM105.3 bilion di bawah seliaan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Kata Zafrul ketika menjawab soalan dari Ahli Parlimen Jelebu di Dewan Rakyat hari ini, daripada jumlah tersebut, jangkaan pelaburan langsung asing (FDI) adalah sebanyak RM89.5 bilion, manakala pelaburan langsung domestik (DDI) adalah sebanyak RM15.8 bilion. Katanya. jumlah pelaburan itu merangkumi projek-projek daripada sektor perkilangan dengan cadangan pelaburan sebanyak RM73.6 bilion yang melibatkan 53 cadangan projek serta 931 cadangan projek dalam sektor perkhidmatan di bawah seliaan MIDA dengan cadangan pelaburan sebanyak RM31.7 bilion. "Pelaburan yang masuk ke semua negeri dapat dilihat melalui projek pelaburan yang telah berjaya diluluskan dalam sektor perkhidmatan, perkilangan dan utama […]

trending_flat

KPKM akif aksanakan program pembangunan sektor agromakanan di Sarawak

KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2023 - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) terus aktif melaksanakan program pembangunan dalam sektor agromakanan bagi membantu petani, penternak serta pesawah terutamanya di kawasan pedalaman negeri Sarawak. Menurut Menterinya Datuk Seri Haji Mohamad Sabu ketika menjawab soalan lisan dari Dato Henry Sum Agong [Lawas] di Parlimen hari ini, i bawah Rolling Plan Ketiga (RP3), RMKe-12, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM21.5 juta bagi pelaksanaan pelbagai program pertanian di negeri Sarawak di mana ia melibatkan seramai lebih dari 1,000 orang petani yang menerima manfaat hasil pelaksanaan program-program tersebut. Di antara projek yang dilaksanakan adalah seperti berikut: Program Pembangunan Industri Buah-Buahan di pelbagai Daerah di Sarawak, antaranya Bau, Lundu, Samarahan, Serian, Siburan, Saratok, Sibu, Selangau, Daro, Subis, dan Lawas; Program Pembangunan Tanaman Sayuran dan Kontan di pelbagai Daerah di Sarawak, antaranya di Samarahan, Asajaya, Simunjan, Gedong, Sri Aman, […]

trending_flat

Wan Junaidi bertemu Speaker Parlimen Ghana, kukuhkan hubungan antara kedua negara

ACCRA, GHANA 6 Oktober 2023 - Yang di-Pertua Dewan Negara Senator Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah bertemu Speaker Parlimen Ghana, Rt Hon. Alban Sumana Kingsford Bagbin di dalam mesyuarat bilateral semasa beliau menghadiri Persidangan Parlimen Komanwel ke-66 di Ghana, tuan rumah bagi persidangan tersebut. Mesyuarat bilateral yang diadakan pada 5 Oktober 2023 jam 8.30 malam (waktu Malaysia) turut disertai oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Anak Dagang, Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Md Ramli, Senator Isaiah DJacob dan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. "Rt Hon. Alban Sumana Kingsford Bagbin, Speaker Parlimen Ghana mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada YB Senator Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mengetuai delegasi Malaysia untuk penyertaan yang konstruktif, menambah nilai kepada persidangan ini dan turut menyumbang kepada ekonomi Ghana secara amnya. Beliau […]

trending_flat

Pelantikan dua orang ahli Senator Dewan Negara, Wan Junaidi ucap tahniah

KUALA LUMPUR 21 OGOS 2023 - Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengucapkan tahniah kepada Senator Puan Susan Chemerai Anding di atas pelantikan semula beliau oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkuatkuasa mulai 21 Ogos 2023 hingga 20 Ogos 2026. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Senator Datuk Haji Mustafa bin Musa yang dipilih oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka mulai 31 Julai 2023 hingga 30 Julai 2026. "Adalah menjadi harapan saya sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara agar pelantikan ini akan terus menyumbang untuk menaikkan lagi integriti dan prestij Dewan Negara sebagai Badan Legislatif di dalam pelaksanaan Perlembagaan Malaysia. Selain itu, saya berharap agar setiap ahli Senator Dewan Negara akan sentiasa mengamalkan pemikiran matang yang bebas daripada sebarang pengaruh luar dan peribadi terutamanya yang berunsur dan bersifat politik di dalam […]

trending_flat

[Video] Highlights Dewan Negara hari ini

Video dan foto sorotan acara-acara menarik di Dewan Negara hari ini : https://youtu.be/dHLDN6VdtOM Kredit Video : RTM Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia 1.Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Negara. 2. Pemilihan Yang di-Pertua Dewan Negara. 3. Pemilihan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara. 4. Pemasyhuran oleh Yang di-Pertua Dewan Negara.

trending_flat

KPK jamin terus tangani masalah industri getah dan diskriminasi minyak sawit

KUALA LUMPUR, 15 JUN 2023 - Dalam menghadapi risiko cuaca panas dan penyakit luruhan daun, Kementerian Perladangan dan Komiditi (KPK) belum menyalurkan bantuan segera tentang isu ini, tetapi sudah mengambil kira kebajikan mereka menerusi bantuan segera secara bulanan seperti Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dan Insentif Pengeluaran Lateks (IPL). Mejawab pertanyaan dari Ahli Parlimen Padang Serai di Parlimen hari ini, Menterinya Dato' Sri Haji Fadillah Yusof menyatakan, sejak pelaksanaan IPG pada September 2015 sehingga 31 Disember 2022, bantuan telah diagihkan kepada 210,000 pekebun kecil di seluruh negara dengan nilai pembayaran berjumlah RM448 juta. “Bagi menangani penyakit Luruhan Daun Pestalotiopsis (LDP), Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah diperuntukkan keseluruhan RM14.9 juta untuk Siri 1 dan Siri 2 bagi mengawal penyakit LDP dalam tahun 2023 sehingga 2024. “Siri 1 melibatkan peruntukan berjumlah RM10 juta, sedang di dalam proses pelaksanaan di Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, […]

trending_flat

KKD sentiasa jalankan pengukuran kualiti liputan telekomunikasi di lapangan

KUALA LUMPUR 25 Mei 2023 - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa menjalankan pengukuran kualiti di lapangan berdasarkan aduan dan perancangan berkala yang telah dirancang untuk seluruh negara. Menurut Timbalan Menterinya Teo Nie Ching di Parlimen hari ini, berdasarkan dapatan pengukuran SKMM bagi tahun 2022, sebanyak 20 Arahan Suruhanjaya telah dikeluarkan kepada pemberi perkhidmatan yang gagal mematuhi Standard Mandatori yang melibatkan 19 lokasi berbeza di Sarawak. Katanya setakat ini, kesemua 20 Arahan Suruhanjaya ini telah dipatuhi oleh pemberi perkhidmatan dengan menambah baik kualiti perkhidmatan melalui mengoptimumkan atau menaik taraf menara sedia ada agar kualiti pengalaman pengguna berada pada tahap yang baik dan memenuhi standard kualiti perkhidmatan. Ketidakpatuhan kepada Arahan Suruhanjaya boleh dikenakan penalti sehingga RM200,000. "Audit kualiti perkhidmatan bagi tahun 2023 akan terus dijalankan dengan sasaran lebih tinggi sebanyak 4, 000 lokasi di […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation