trending_flat

Video Tips Bercuti di Pantai oleh MOTAC

30 DISEMBER 2022 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah menerbitkan satu video ringkas yang menarik yang menerangkan tips bercuti di pantai. Lima tips yang dikongsikan adalah seperti berikut : 1. Bawa 2 jenis sunscreen iaitu Woterproof dan Non Waterproof 2. Bawa bekas sampah 3. Bawa botol air dan minum air banyak-banyak 4. Gunakan cuka sebagai rawatan jika terkena gigitan obor-obor 5. Jangan musnahkan flaura dan fauna di pantai Saksikan video penuh tersebut di bawah :

trending_flat

MOTAC sambut baik pelantikan Timbalan Menteri yang baharu

10 Disember 2022 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengalu-alukan pelantikan Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang baharu. Menurut MOTAC dalam satu kenyataan yang diedarkan semalam, Khairul Firdaus yang berasal dari Sabah merupakan seorang pemimpin muda yang diyakini berupaya untuk memberikan idea yang berinovatif dan relevan dengan situasi semasa bagi merancakkan sektor pelancongan, seni dan budaya negara. "Pihak MOTAC optimis pemilihan dan pelantikan YB Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan akan memperkukuhkan serta melengkapkan barisan kepimpinan dan pasukan kerja MOTAC yang diterajui oleh YB Dato Sri Tiong King Sing selaku Menteri MOTAC. Seluruh warga MOTAC merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada YB Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan atas pelantikan ini. MOTAC akan terus bekerja sebagai satu pasukan bagi memastikan kelangsungan industri ini dapat terus diperkasakan." kata MOTAC.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation