Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari
Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur Tengah yang kebanyakannya lebih menghidupkan bulan Ramadan berbanding Syawal. Mereka menyambut Aidilfitri mengikut sunnah dan meraikannya secara wasatiyyah. Dr. Mohd Istajib Mokhtar Setiap tahun kita semua teruja menantikan tarikh hari raya yang akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Bila-bila pun anak bulan kelihatan, tarikh hari raya Aidilfitri tetap jatuh pada 1 Syawal. 1 Syawal sahaja. Meskipun kita berpuasa selama sebulan, bukanlah bermakna hari raya juga sebulan. Sambutan kemenangannya hanyalah sehari. Namun, apakah kita begitu teruja dengan kemenangan, sehingga meraikannya secara berlebih-lebihan sehingga sebulan? Agama Islam sudah pun mengaturkan hidup manusia ini dengan begitu tersusun dan sejahtera. Namun, apabila kita berlebih-lebihan, maka banyaklah berlaku kerosakan. Bermula dengan kerosakan diri sehinggalah kepada kerosakan bumi. Kita dapat menyaksikan sambutan rumah terbuka […]