๐๐๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐๐ซ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ ๐๐ฆ๐ฉ๐๐ซ o๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐ d๐ข๐ฉ๐๐ซ๐ฅ๐ฎ๐ค๐๐ง b๐๐ ๐ข m๐๐ง๐ ๐๐ค๐๐ง๐ s๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ง d๐๐ฆ๐ข s๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ง k๐ a๐ญ๐๐ฌ ๐๐ ๐๐๐ซ๐ญ
Oleh Lim Guan Eng Biarpun dengan Titah Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, disertai oleh amaran keras oleh Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan juga pegawai atasan PDRM, kedai KK Mart ketiga telah menjadi sasaran serangan bom molotov. Seri Paduka Baginda sebelum ini telah bertitah agar semua pihak berhenti mengambil kesempatan daripada isu ini, sambil menitahkan bahawa ia harus diserahkan kepada pihak berkuasa. Baginda juga bertitah bahawa telah mengarahkan agar tindakan sewajarnya untuk diambil, maka tidak perlu bagi mana-mana pihak untuk menyalakan api kemarahan. Bagaimanapun, Ketua Pemuda UMNO enggan mempedulikan Titah Diraja ini dan masih meneruskan boikot terhadap KK Mart. Ini adalah sikap yang sangat tidak bertanggungjawab dan tidak wajar bagi seorang pemimpin kerajaan negeri Melaka yang merupakan sebahagian daripada kerajaan perpaduan […]