Adaptasi AI dalam kurikulum mengikut keperluan semasa
Oleh: Prof. Madya Ts. Dr. Siti Hajar Halili Kecerdasan Buatan atau Kepintaran Buatan (AI) dalam pendidikan perlu disesuaikan dengan kandungan pendidikan semasa, memberi pengalaman pembelajaran bagi memenuhi keperluan pelajar dan membolehkan pembelajaran personal dilaksanakan bagi menyesuaikan pelbagai gaya pembelajaran. Dengan perkembangan teknologi AI pada masa kini, adalah penting untuk mengadaptasi kurikulum AI seiring dengan trend dan pembangunan pendidikan bagi memenuhi permintaan industri. Prof. Madya Ts. Dr. Siti Hajar Halili Untuk membangunkan kurikulum dalam bidang AI, beberapa fasa perlu dilaksanakan seperti reka bentuk, pelaksanaan dan penilaian program pendidikan yang merangkumi konsep, prinsip dan aplikasi AI untuk memberikan pemahaman mendalam kepada pendidik dan pelajar berkaitan asas berkaitan teknologi AI. Kurikulum AI yang direka bentuk dengan baik perlu meliputi dari aspek multidisiplin dan keselarasan dengan piawaian industri serta objektif pendidikan. Walau bagaimanapun, mengembangkan dan mengadaptasi kurikulum AI mempunyai pelbagai cabaran dan kekangan. Salah […]