Itu bukan tanggungjawab seorang ibu sahaja
Oleh: Dr. Yong Adilah Shamsul Harumain Setiap kali melangkahkan kaki keluar dari rumah, sama ada ke tempat kerja atau pun untuk urusan seharian, pasti hati seorang ibu akan berasa sungguh berat untuk meninggalkan anak-anak. Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu yang berkerjaya apatah lagi pada masa yang sama seorang ibu berkerjaya perlu memastikan kerja yang dijalankan dengan penuh amanah dan cemerlang. Harapan keluarga dan masyarakat adalah tinggi terhadap seorang ibu yang berkerjaya. Dr. Yong Adilah Shamsul Harumain Kehidupan seorang ibu yang berkerjaya bermula sejak malam sebelum hari bekerja. Bermula dengan persiapan persekolahan anak-anak dan kemudiannya menguruskan rumahtangga dan keperluan suami serta ahli keluarga. Keesokan harinya pula, sejak pagi seorang ibu berkerjaya akan memikirkan perjalanan anak-anak ke sekolah, pengurusan anak-anak ke pusat transit atau ke sekolah agama. Adakalanya kerja yang tidak dapat diselesaikan di tempat kerja, dibawa pula pulang ke rumah. […]