UNITEN, MYSA JALIN MoU PACU INOVASI BERASASKAN TEKNOLOGI SATELIT

Meneroka Ruang Baharu dalam Penyelidikan dan Perkongsian Data Satelit Dari kiri: Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi) MYSA, Nik Mazlina Nik Mustapha; KetuaPengarah MYSA, Gs. Haji Azlikamil Napiah; Naib Canselor UNITEN, Profesor Ir. Dr. Khairul Salleh Mohamed Sahari dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UNITEN, Profesor Dato' Ts. Dr. Mohd Zamri Yusoff. UNITEN, 30 Oktober 2024 - Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) menjalinkan kerjasama dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkasa inovasi berasaskan teknologi satelit.   MoU itu dimetrai oleh Naib Canselor UNITEN, Profesor Ir. Dr. Khairul Salleh Mohamed Sahari dan Ketua Pengarah MYSA, Gs. Haji Azlikamil Napiah di UNITEN, kampus Putrajaya. Kolaborasi ini merupakan kesinambungan daripada kerjasama strategik yang telah dimulakan sejak tahun 2017. Fokus kerjasama ini, kini diperluas kepada perkongsian data satelit, penyelidikan kolaboratif, dan pembangunan kapasiti dalam sektor […]

trending_flat

Asya’irah sebagai pegangan akidah arus perdana umat Islam

Oleh: Prof. Madya Dr Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Dalam Islam, soal keyakinan yang tepat lagi benar sangat penting bagi memastikan apa yang diyakini sesuai dengan apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Oleh kerana itu, persoalan tentang akidah telah dan akan terus dibincangkan oleh umat Islam. Antara polemik yang sering muncul adalah tentang kedudukan Asha’irah sebagai aliran akidah yang menjadi pegangan arus perdana umat Islam dari dulu sehingga kini. Mengapakah pegangan akidah perlu dinisbahkan kepada aliran tertentu? Mengapa Asha’irah dianggap sebagai pegangan akidah yang benar dan mewakili pegangan umum umat Islam. Dalam penulisan ini akan dijelaskan dua persoalan utama di atas. Namun sebelum dibincang lanjut berkenaan Asha’irah adalah penting untuk kita fahami maksud dan hakikat akidah terlebih dahulu. Secara bahasa, akidah berasal dari perkataan ‘aqada – ya’qidu yang bermakna ikatan. Dalam bahasa Arab, perkataan ini menunjukkan makna keteguhan, ketentuan, […]

trending_flat

Kesopanan dan kesusilaan membina inspirasi anak yatim di UM

Oleh: Ir. Dr. Nahrizul Adib Kadri Sekumpulan 100 orang anak-anak yatim dari Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor telah mengikuti sebuah program unik anjuran Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim (YATIM) baru-baru ini, di beberapa lokasi di Kuala Lumpur, termasuklah Universiti Malaya (UM). Program yang dinamai ‘Opening Young Eyes (OYEs) – Kembara Ilmu Rukun Negara’ turut disertai oleh lebih 20 orang guru pengiring. “Siri program OYEs anjuran YATIM merupakan program berbentuk lawatan sambil belajar yang diadakan sepanjang tahun, khusus untuk anak-anak yatim yang terpilih dari seluruh negara. Kali ini, pembaharuan yang dibawa adalah dengan menjajarkan objektif lawatan dengan prinsip-prinsip Rukun Negara,” kata Salehhuddin Osman, Pengarah Urusan YATIM. Untuk prinsip Rukun Negara yang pertama, Kepercayaan kepada Tuhan, para peserta telah dibawa melawat Masjid Negara. Untuk prinsip kedua, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, mereka telah dibawa ke Istana Negara, termasuklah melawat ke Balai Rong […]

trending_flat

UM dan UI perkukuh kerjasama antarabangsa melalui UI-CREATES 2024

Universiti Malaya (UM) memperkukuh kerjasama antarabangsanya dengan Universitas Indonesia (UI) yang juga merupakan kampus terbaik di Indonesia melalui program Universitas Indonesia Credit Earning Program for International Students (UI-CREATES 2024) yang telah berlangsung pada 5 Ogos 2024 sehingga 3 Oktober 2024. Ia telah disertai oleh 16 pelajar sarjana muda sains Kimia dan dua orang pensyarah dari Jabatan Kimia, UM iaitu Dr. Noordini Mohamad Salleh dan Dr. Siti Jariani Mohd Jani sebagai penasihat program dan beberapa orang pelajar dari UI.   Program ini dianjurkan oleh Departemen Kimia, Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam (FMIPA), UI yang diketuai oleh Dr. Bayu Ardiansah yang juga merupakan kolaborator utama kepada Dr. Noordini Mohamad Salleh. Program ini mengandungi dua modul iaitu program dalam talian yang merangkumi 10 kuliah dalam bidang organik sintesis dan ubatan bagi menepati tema Synthetic and Natural Product Chemistry for Drug Discovery dan […]

trending_flat

Adakah pelepasan cukai SSPN strategi bijak untuk masa depan pendidikan anak-anak kita?

Oleh: Dr. Cheah Chan Fatt Kerajaan telah mengumumkan bahawa pelepasan cukai individu ke atas simpanan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) akan dilanjutkan untuk tempoh tiga tahun lagi, sehingga tahun taksiran 2027. Ini adalah sebahagian daripada inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Pelepasan cukai individu ke atas simpanan dalam SSPN yang dilanjutkan untuk tempoh tiga tahun lagi merupakan satu langkah yang sangat strategik dalam membantu ibu bapa merancang dan menyimpan untuk pendidikan tinggi anak-anak mereka. Dengan kos pengajian tinggi yang semakin meningkat dari semasa ke semasa, insentif ini menawarkan beberapa kekuatan utama yang boleh memberi manfaat jangka panjang kepada keluarga dan negara. Kekuatan insentif pelepasan cukai SSPN dapat mengurangkan beban kewangan ibu bapa. Pelepasan cukai ini secara langsung mengurangkan beban kewangan ibu bapa. Dengan adanya pelepasan cukai, ibu bapa dapat menikmati pengurangan dalam […]

trending_flat

Membanteras ketidakjaminan makanan dalam kalangan miskin bandar dengan inovasi sensor

Oleh: Dr. Muhammad Ameerullah Sahudin Di Malaysia, kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya yang disebabkan oleh ketakjaminan makanan , telah meningkat dengan kadar yang membimbangkan walaupun terdapat stok makanan yang mencukupi daripada sisa makanan yang boleh dimakan. Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, kelaziman bagi pembaziran, bantut, dan kurang berat badan di kalangan kanak-kanak Malaysia di bawah umur lima tahun masing-masing adalah 9.4%, 21.8%, dan 14.1%. Kelaziman bantut bagi kanak-kanak menjadi perkara yang amat membimbangkan, dengan satu daripada setiap lima kanak-kanak di bawah umur 5 tahun mengalami masalah ini. Perbandingan dengan negara berpendapatan pertengahan tinggi yang lain, kelaziman bantut di Malaysia adalah hampir tiga kali ganda lebih tinggi. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa ketakjaminan makanan boleh meningkatkan kemungkinan obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, hubungan antara ketakjaminan makanan isi rumah dan obesiti dalam kalangan kanak-kanak belum dikaji dengan mendalam […]

trending_flat

Belanjawan 2025 bukti kerajaan cakna OKU

Oleh: Dr. Hanira Hanafi Kebelakangan ini, Kerajaan Madani melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meneruskan agenda memperkasakan golongan OKU melalui pelan strategi di bawah Dasar Orang Kurang Upaya (OKU) dalam 15 bidang termasuk advokasi, kesihatan, pemulihan, aksesibiliti, pendidikan, pekerjaan, dan penyelidikan. Pelan strategi tersebut terus dilaksanakan dan dipergiatkan bagi memastikan golongan itu mendapat kesaksamaan hak dan peluang bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Usaha memperkasakan golongan OKU dilihat menjadi agenda berterusan kerajaan MADANI melalui pembentangan Belanjawan Madani Ketiga yang dibuat baru-baru ini. Selain bantuan perniagaan, pekerjaan, pendidikan, inisiatif percukaian dan kesejahteraan komuniti OKU, belanjawan 2025 turut memperuntukkan secara khusus bagi kebajikan dan pendidikan anak-anak autistik untuk masa depan mereka yang lebih terjamin. Pada keseluruhannya, inisiatif-inisiatif tersebut merangkumi beberapa aspek utama. Dari segi bantuan dan pembiayaan perniagaan, kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan disediakan oleh agensi Kerajaan melalui TEKUN dan BSN, […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation