Subsidi bersasar: Jangan seperti enau dalam belukar
Oleh: Prof. Madya Dr. Amanuddin Shamsuddin Topik atau isu berkaitan subsidi bersasar, khususnya berkaitan pelaksanaan dan keberkesanannya, semakin hangat dibincangkan sama ada di peringkat menteri, dewan rakyat, ahli perniagaan, warga akademik, serta masyarakat awam. Isu ini mendapat perhatian kerana ianya melibatkan banyak pihak dan kesannya juga mempengaruhi ekonomi negara kerana berbilion ringgit diperuntukkan saban tahun bagi bagi tujuan subsidi ini. Bayangkan jika isu ini dapat ditangani secara berhemah, jutaan ringgit dapat dijimatkan selain dari membantu golongan yang benar-benar memerlukan subsidi ini. Subsidi bersasar ialah salah satu kaedah yang digunakan oleh kerajaan untuk menyediakan bantuan berbentuk kewangan atau barangan kepada kumpulan atau sektor penduduk tertentu. Subsidi ini dibentuk untuk menangani ketidaksamaan ekonomi dan menggalakkan keadilan ekonomi dengan memberikan sokongan kepada mereka yang paling memerlukan. Kerajaan Madani pimpinan YAB Anwar Ibrahim komited untuk mendepani permasalahan rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah dan […]