Perspektif syariah dan undang-undang demi kesejahteraan rakyat
Oleh: Siti Aisyah Samudin, Muhammad Ilhamuddin Arsad Belanjawan 2025 yang dibentangkan baru-baru ini menekankan usaha-usaha penting ke arah pembangunan ekonomi yang inklusif dan berdaya tahan serta komitmen memperkukuh sistem pentadbiran yang lebih cekap. Menerusi tumpuan kepada tanggungjawab fiskal, pengurusan hutang dan penyasaran subsidi, belanjawan ini memberi fokus terhadap kesejahteraan rakyat dan reformasi institusi kerajaan. Namun, apa yang menarik adalah untuk meneliti kesemua langkah ini dari perspektif Syariah dan Undang-Undang. Penyasaran Subsidi dan Tanggungjawab Sosial Salah satu isu yang dibangkitkan dalam Belanjawan 2025 ialah penyasaran subsidi yang lebih bersasar. Subsidi untuk elektrik, diesel dan petrol akan disesuaikan supaya lebih memberi manfaat kepada kumpulan yang benar-benar memerlukan. Ini bermakna subsidi hanya akan disalurkan kepada 85% rakyat yang berada dalam kategori berpendapatan rendah dan sederhana manakala golongan berpendapatan tinggi akan menanggung kos tanpa subsidi. Dari perspektif Syariah, langkah ini selari dengan prinsip keadilan […]