trending_flat

Fadillah dedahkan kandungan draf MoU

KUALA LUMPUR, 16 September 2024 - Timbalan Perdana Menteri , Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof mengambil keputusan untuk mendedahkan isi kandungan draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditolak pembangkang baru-baru ini. Timbalan Perdana Menteri merangkap Ketua Whip Kerajaan Perpaduan, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof . Kredit Foto : Halaman FB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof Ini susulan dari kenyataan media oleh Ketua Pembangkang, Dato; Seri Hamzah Zainudin, berkait keputusan Perikatan Nasional (PN) untuk MoU mengenai peruntukan pembangkang yang dikemukakan kerajaan. "Memandangkan pihak pembangkang lebih gemar membuat kenyataan melalui media berhubung MoU berkenaan, maka dengan ini saya kemukakan dua draf MoU berkenaan kepada pihak media untuk membuktikan ketelusan Kerajaan Madani (rujuk dua lampiran disertakan, Lampiran A dan Lampiran B). Niat Kerajaan Madani ini adalah untuk mewujudkan suasana aman harmoni dan supaya semua Ahli Parlimen lebih memfokuskan kepada usaha […]

trending_flat

PRK DUN Mahkota bakal uji sekali lagi kerukunan PH-BN

JOHOR, 14 September 2024 - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh 'Umar Bagharib Ali berpendapat bahawa Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota adalah satu pilihanraya yang penting. Menurut beliau, pilihan raya itu akan sekali lagi menguji kerukunan parti-parti Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah gabungan yang kuat dalam membentuk kerajaan Perpaduan. "Ia bakal memberi gambaran keutuhan kita dalam memastikan agenda membangunkan negara dipacu atas kestabilan politik yang kukuh. Ia juga menjadi tanda penggembelengan rakyat pelbagai bangsa berpaksikan fokus bersama untuk menjayakan agenda pemulihan ekonomi sepertimana diiltizamkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta kabinetnya. Selain itu, Mahkota merupakan kerusi ideal untuk mengetengahkan politik moderat, sederhana dan tidak ekstrim sesuai dengan gagasan Malaysia Madani. Ia merupakan kontras kepada politik kebencian dan manipulasi sempit sentimen ras dan agama yang sering sekali menjadi modal Perikatan Nasional." kata Sheikh Umar di dalam satu […]

trending_flat

PRK Nenggiri: Kemenangan BN Bukti Rakyat Terima Kesepakatan Kerajaan Perpaduan – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2024 (Bernama) -- Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri semalam, membuktikan rakyat Kelantan menerima kesepakatan yang terhasil menerusi gabungan Kerajaan Perpaduan. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kemenangan itu sebagai penzahiran kepercayaan rakyat yang semakin menyesuaikan diri dengan gelombang perubahan di bawah Kerajaan MADANI, selaras dengan petanda lonjakan ekonomi negara yang semakin berkembang sejak akhir-akhir ini. "Insya-Allah, kemenangan ini menjadi suntikan moral untuk Kerajaan MADANI tekal dalam usaha memelihara kebajikan rakyat dan menjulang kemakmuran negara ke tingkat tertinggi." " katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. Menerusi hantaran sama, Anwar juga mengucapkan tahniah kepada calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, 38, atau lebih dikenali sebagai 'Awie' atas kemenangan tersebut. PRK Nenggiri menyaksikan BN berjaya merampas semula kerusi DUN itu selepas Mohd Azmawi Fikri menang dengan […]

trending_flat

Momentum Nenggeri akan merebak ke Mahkota – Sheikh Umar Bagharib

JOHOR, 17 Ogos 2024 - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Bin Ali mengucapkan tahniah kepada calon UMNO Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang telah memenangi pilihanraya sekaligus merampas kembali kerusi DUN Nenggiri dari PN. Dalam satu kenyataan hari ini, Sheik Umar berkata bahawa disamping keberkesanan strategi, kemenangan tersebut memberi gambaran bahawa keyakinan rakyat terhadap UMNO dapat dipertahan walau diserang hebat oleh PN. "Pada hemat saya, ini merupakan manifestasi keyakinan rakyat terhadap halatuju Kerajaan Perpaduan ketika ini. Ia termasuklah iltizam memulihkan ekonomi, menyatupadukan rakyat serta mengetengah dasar yang baik untuk negara. Selain itu, naratif politik perkauman sempit dan jahat yang melatari kempen PN contohnya meng'kafir harbi'kan kelompok lain yang tidak seliran ternyata semakin tidak berkesan. Pengundi mahukan agenda pembangunan dan perpaduan sepertimana dibawakan oleh parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan." katanya yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP. Pada […]

trending_flat

Isu masalah air di Gua Musang : JAKOA tepis dakwaan Annuar Musa

GUA MUSANG, 12 Ogos 2024 - Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menafikan dakwaan Tan Sri Annuar Musa bahawa isu masalah air di Gua Musang, Kelantan berpunca dari kegagalan pihak JAKOA menyelenggara Sistem Rawatan Air. Dalam satu kenyataan hari ini, JAKOA menjelaskan bahawa sebanyak 109 buah Kampung Orang Asli di Gua Musang, Kelantan mempunyai sistem bekalan air iaitu menggunakan sistem air paip (3), 16 tubewell atau boring (air bawah tanah) dan 90 graviti (sungai). "Sepanjang RMK12, sejumlah RM25 juta telah diperuntukkan bagi kerja-kerja bina baru dan pembaikan Sistem Rawatan Air manakala sebanyak RM5 juta pula dibelanjakan untuk kontrak penyelenggraan. Isu pembekalan air ke perkampungan Orang Asli adalah berpunca dari sumber air yang terhad selain dari sumber air yang tercemar. Masalah ini berlaku bukan sahaja di perkampungan Orang Asli malahan juga di seluruh negeri Kelantan." kata JAKOA. Jelasnya, ia berlaku disebabkan kurangnya […]

trending_flat

Tiada isu berkaitan program taklimat permohonan kewarganegaraan – Sheikh Umar

JOHOR, 9 Jun 2024 - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali meyifatkan tiada sebarang isu yang berbangkit berkaitan program taklimat dan penerangan permohonan kewarganegaraan yang melibatkan ADUN Stulang Andrew Chen. Kata beliau dalam satu kenyataan hari ini, program yang dianjurkan oleh Andrew tidak bersalahan dengan undang-undang. Sebaliknya apa yang mereka lakukan adalah untuk memberi penerangan dan panduan kepada rakyat yang berhadapan isu kewarganegaraan. "Menjadi seorang wakil rakyat, kita sering dihujani dengan pelbagai aduan. Ini termasuklah berkaitan isu-isu status kewarganegaraan, permohonan sijil kelahiran dan seumpamanya. Isu-isu ini timbul antaranya disebabkan kecuaian ibu bapa, status perkahwinan, pengambilan anak angkat dan sebagainya. Sebagai contoh, seorang bapa warganegara Malaysia berkahwin dengan wanita warganegara luar. Atau sesetengah pasangan yang berhadapan isu perkahwinan tidak sah taraf dan tidak didaftarkan di Malaysia. Isu seperti ini bukan rahsia, bukan juga isu terpencil atau perkara luar biasa. […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation