trending_flat

Sokong Kerajaan Perpaduan, pelihara kepentingan seluruh rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia diseru supaya terus menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menolak mereka yang cuba mengeksploitasi politik perkauman melampau demi mendapatkan kuasa. Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng mengajak seluruh rakyat Malaysia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak supaya bersatu padu bagi mempertahankan negara daripada mereka yang sanggup mengorbankan perpaduan dan integrasi nasional akibat ketamakan politik masing-masing. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan turut menekankan bahawa kedangkalan pihak-pihak terbabit dalam menguruskan ekonomi akan merugikan negara. “Seperti yang telah dibuktikan melalui pentadbiran mereka yang gagal di negeri-negeri yang kekal miskin dan terkebelakang sehinggakan bekalan air bersih pun tidak boleh disediakan. “Hanya kerajaan perpaduan dapat menjamin kemakmuran untuk rakyat melalui pengurusan ekonomi yang cekap dan cemerlang,” ujar beliau dalam kenyataan perutusan Hari Malaysia. Guan Eng menegaskan bahawa pihak-pihak terbabit menolak kemajmukan masyarakat Malaysia serta fitrah kerajaan yang inklusif dan berbilang […]

trending_flat

Lima petikan penting daripada ucapan Anthony Loke di Persidangan Parti DAP 2023

“Kita mesti mengingatkan diri sendiri bahawa pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli DAP mestilah sentiasa rendah diri dan sentiasa berasa terhutang budi kepada rakyat dan tidak boleh sama sekali berasa sombong dan angkuh.” Ini adalah antara intipati ucapan daripada Setiausaha Agung parti DAP Anthony Loke sewaktu Persidangan Parti DAP 2023. Anthony mengingatkan warga DAP tentang tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka sebagai suatu mandat penting untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara “Melayu bukan musuh kepada DAP, dan DAP bukan musuh kepada Melayu.” Anthony kemudian juga menegaskan bahawa parti DAP juga bukan musuh kepada mana-mana kaum dan agama di Malaysia. Parti DAP merupakan sebuah parti yang mendukung aspirasi rakyat Malaysia tidak kira kaum atau agama. “Perjuangan DAP akan sentiasa berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.” Anthony Loke memberi jaminan yang parti DAP, termasuk perlembagaan parti dan objektif parti berpaksikan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukun […]

trending_flat

Berita Ahli Parlimen BN mahu kosongkan kerusi adalah khabar angin – Ahmad Zahid

SHAH ALAM, 21 Ogos 2023 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan berita tular bahawa wujud ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang berniat untuk mengosongkan kerusi adalah sebagai khabar angin. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir di Majlis Penutupan Madani Ride PDRM dan ISBC di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini. Kredit foto Pejabat Timbalan Perdana Menteri. "Itu khabar angin dan kita akan lihat bahawa yang paling penting kita tunggu sampai akhir penggal dan kalau mahu melakukan tindakan-tindakan politik yang sebaliknya kita harus melihat bahwa mandat dan watikah itu telah diberikan kepada mereka untuk mewakili parti dan bukan untuk diri sendiri. Ini telah pun ditandatangani oleh mereka di dalam aku janji dan juga dalam dokumen-dokumen yang telah diikrarkan di […]

trending_flat

Fadhli tidak layak jadi Ahli Parlimen jika bersikap jumud – Zahid

PUTRAJAYA 20 OGOS 2023 - Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kenyataan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari bahawa kemungkinan empat negeri di bawah pentadbiran parti itu menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza untuk sambutan peringkat negeri adalah bermotifkan politik semata-mata. "Dia ni gila ke apa? Ini bukan soal politik. Sebab soal bendera, soal perayaan Hari Kebangsaan adalah acara Nasional." kata Ahmad Zahid apabila mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas itu di Putrajaya hari ini. "Saya fikir jangan dipolitikkan. Saya fikir dia tak layak jadi Ahli Parlimen kalau sikap dia terlalu jumud begitu. Jangan ingat semua perkara boleh dipolitikkan." tegas Ahmad Zahid. Semalam, Ahmad Fadhli dilaporkan berkata, negeri di bawah pentadbiran PN mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk sambutan peringkat negeri, berbanding menggunakan logo dan tema yang diumumkan di peringkat Persekutuan. Beliau berkata, […]

trending_flat

BN Kedah akur kekalahan, gagal bentuk Kerajaan Perpaduan negeri

Barisan Nasional (BN) Kedah akur dengan kekalahan dan menerima keputusan dibuat oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung semalam. Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, BN tetap berterima kasih kepada seluruh rakyat Kedah dan pada masa sama, menzahirkan ucapan tahniah kepada Perikatan Nasional (PN) yang berjaya membentuk kerajaan negeri. "Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera BN yang telah bertungkus-lumus dan bekerja keras sepanjang kempen PRN kali ini. “Kita akur dan menerima kekalahan ini kerana inilah adat pertandingan. Akan ada pihak yang kalah dan ada yang menang," katanya dalam satu kenyataan kepada media. Jelas beliau, BN tetap berlapang dada dan menghormati keputusan rakyat Kedah yang menolak untuk meletakkan kepercayaan di tangan Kerajaan Perpaduan bagi mentadbir negeri. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah turut menasihatkan semua ahli UMNO dan BN Kedah […]

trending_flat

Mahdzir Khalid, Isteri Selesai Mengundi, Puas Hati Dengan Perjalanan Proses

PADANG TERAP, 12 Ogos 2023 - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid selesai menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Naka sekitar jam 9.50 pagi tadi. Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu itu tiba di lokasi pada jam 9.25 pagi sambil diiringi isterinya, Datin Seri Noraini Abdullah, yang turut mengenakan pakaian sedondon berwarna biru dan sulaman merah. Mahdzir ketika ditemui media menzahirkan rasa puas hati dengan perjalanan proses mengundi di saluran berkenaan yang dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). “Alhamdulillah, setakat ini tiada insiden tidak diingini berlaku termasuk semasa tempoh berkempen. Dengan cuaca yang baik, kalangan pengundi diharap dapat menunaikan tanggungjawab lebih awal. "Saya berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian hari ini. Saluran mengundi untuk warga emas juga berada di tingkat bawah, sekali gus memudahkan mereka mengundi dan itu merupakan usaha yang baik dari SPR,” katanya. Pada Pilihan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation