trending_flat

PM selesai mengundi, nasihat pengundi utk keluar awal

BUKIT MERTAJAM 12 Ogos 2023 - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai membuang undi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir bagi Pilihanraya Negeri (PRN) Pulau Pinang ke 15 di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti pada jam 9.41 pagi tadi. Anwar ditemani oleh isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga mengundi di situ. "Alhamdulillah, saya dan Azizah selesai laksana tanggungjawab sebagai pengundi di DUN Permatang Pasir pagi ini. Saya nasihatkan semua para pengundi untuk keluar awal dan tunaikan kewajiban kita dengan sebaik mungkin." kata Anwar menerusi hantaran di halaman sosial medianya hari ini. Menurut SPR, setakat jam 10 pagi tadi, peratusan kelar mengundi bagi negeri Pulau Pinang adalah sebanyak 20%.

trending_flat

Tun M selesai mengundi

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir selesai membuang undi jam 9:22 pagi ini bagi kerusi DUN Anak Bukit. Katanya ramai yang tidak keluar mengundi. "Saya harap para pengundi keluar beramai-ramai kerana Pilihanraya ini penting untuk tentukan masa depan kita, halatuju Negeri dan juga Negara. Saya juga ingin ucap terima kasih kepada para petugas SPR yang memastikan Pilihanraya Negeri ini berjalan baik. Selamat mengundi." kata beliau menerusi satu hantaran di halam sosial medianya.

trending_flat

Anthony Loke kesal dengan tindakan Ramasamy

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy kononnya beliau tidak ada "courtesy" untuk memaklumkan keputusan untuk tidak menamakan dia sebagai calon DAP pada Pilihanraya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada Sabtu ini. Jelas Anthony, pada hari Selasa, 25 Julai 2023, beliau bersama Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Saudara Nga Kor Ming telah pergi ke Pulau Pinang untuk bertemu secara bersemuka dengan setiap penyandang ADUN yang tidak dicalonkan semula dalam PRN kali ini sebelum Majlis Pengumuman Calon DAP pada petang yang sama. "Pertemuan itu berlangsung di Ibupejabat DAP Pulau Pinang dan turut disertai oleh Pengerusi DAP Pulau Pinang Saudara Chow Kon Yeow. Nga, Chow dan saya menemui setiap penyandang yang tidak dicalonkan secara berasingan dan saya sendiri memaklumkan keputusan parti kepada mereka dan memberi peluang kepada mereka untuk memberikan pandangan balas. Sesi […]

trending_flat

Dakwaan Kerajaan Persekutuan akan berubah selepas PRN hanya untuk  kelirukan pengundi

ALOR SETAR, 9 Ogos - Dakwaan bahawa kerajaan Persekutuan akan berubah sekiranya enam negeri yang mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dimenangi Perikatan Nasional (PN), tidak akan berlaku kerana PRN hanya membabitkan kerusi DUN sahaja. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dakwaan itu hanya percubaan untuk mengelirukan pengundi. Jelas beliau, banyak tuduhan tidak benar dibuat ke atas kerajaan Persekutuan sedangkan pembaharuan yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah dirasai di negeri yang pentadbirannya sama di peringkat Persekutuan. "Apa yang kerajaan Persekutuan umumkan seperti di bawah kluster ekonomi, pembangunan dan kebajikan sebenarnya sedang dilakukan, tapi kerana ia baharu bergerak dalam lapan bulan ini, kesannya tidak dapat dilihat secara keseluruhan. "Di Kedah kalau kita dapat selarikan antara kerajaan Persekutuan dan negeri, maka faedah itu dapat dirasai lebih cepat sama seperti di negeri (ditadbir Kerajaan Perpaduan) dan kita […]

trending_flat

19 Kerusi Dalam Genggaman, PH-BN Kedah yakin bentuk Kerajaan Negeri Baharu

ALOR SETAR, 9 Ogos - Gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) berkeyakinan tinggi sudah memiliki 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan hanya memerlukan tiga lagi kerusi bagi membentuk kerajaan negeri baharu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini. Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar, berkata tambahan tiga kerusi itu akan membolehkan PH-BN mendapat majoriti mudah, sekali gus dapat mempersembahkan calon Menteri Besar baharu kepada Sultan Kedah, Sultan Sallahuddin Badlishah. "Saya masih berkeyakinan bahawa 16 kerusi sudah dalam genggaman kami, kita hanya nak mengejar tiga kerusi saja lagi, saya penuh yakin tiga kerusi itu sudah dicapai setakat ini. Saya tak boleh sebut tiga kerusi itu di mana, itu rahsia dan kita tak mahu mengganggu kerana margin tiga kerusi itu kecil," katanya dalam sidang media di Bangunan Tunku di sini, hari ini. Hadir sama Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Pengerusi […]

trending_flat

Manifesto Kedah Madani Realistik – Tidak Janji Bulan Bintang, Selesai Agenda Tergendala

ALOR SETAR, 8 Ogos – Manifesto Kerajaan Perpaduan Kedah Madani dirangka dengan mengambil kira keperluan rakyat negeri itu bukan sekadar satu janji melangit. Ianya juga disusun berasaskan realistik dengan misi utamanya untuk menyelesaikan segala agenda yang tergendala selama ini. Menggariskan empat teras utama, manifesto berkenaan mencakupi setiap aspek yang dilihat memainkan peranan sebagai tunjang pembangunan Kedah. Meletakkan sasaran membangunkan semula Kedah agar lebih progresif dan berdaya saing, ia diyakini mampu membantu negeri terbabit kembali bangkit. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, negeri yang satu ketika dahulu digelar Jelapang Padi itu memerlukan sentuhan pemimpin berpengalaman agar kembali fokus kepada kemajuan, kemakmuran, berdaya huni dan mapan. Menurut beliau, tempoh pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) selama 37 bulan telah meletakkan Kedah dalam keadaan pincang, apabila berdepan pelbagai kegagalan di peringkat dasar, kepimpinan, urus tadbir dan tatakelola yang lemah. “Ia […]

trending_flat

Pilih yang mampu tadbir, bukan pilih yang populis

ALOR STAR, 7 Ogos - Pengerusi Barisan Nasional Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid menggesa rakyat Kedah untuk memilih pemimpin negeri yang mampu menguruskan negeri dengan efektif daripada memilih berdasarkan populariti. Mahdzir, yang juga bekas Menteri Besar Kedah, menekankan keperluan untuk menubuhkan sebuah kerajaan negeri yang mampu menguruskan pembangunan ekonomi negeri dengan baik. "Di Kedah, terdapat majoriti Melayu, tetapi terdapat juga komuniti Cina, India, dan Thai, mereka semua memerlukan ekonomi yang kukuh. "Betul atau tidak? Sebab itu tuan-tuan dan puan-puan kita kena fikir, ini (pemerintahan negeri) bukan untuk watak populis, bukan mahu popular. "kita nak jadi kerajaan, tak penting popular. Yang pentingnya boleh menguruskan negeri ini. Yang paling penting adalah bagaimana mengurus untuk rakyat dapat ekonomi yang baik. Beliau berkata demikian pada program Ceramah Pakatan Harapan-Barisan Nasional di sini semalam. Mahdzir juga menekankan bahawa kemajuan negeri juga bergantung kepada hubungan yang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation