trending_flat

Nurhidayah memperkasa mahasiswa OKU di kampus melalui kepimpinan

“Hidup tidak pernah gagal memberi kita pelajaran, maka, bersedialah untuk menghadapi kehidupan,” kata Nurhidayah binti Johari, 22, memulakan perbualan dengan penuh semangat. Anak bongsu dari dua beradik yang berasal dari Kajang, Selangor ini bukan sahaja seorang mahasiswa cemerlang, tetapi juga seorang aktivis OKU yang gigih. Pelajar tahun akhir jurusan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling di Universiti Malaya (UM) ini mempunyai rekod akademik yang membanggakan. Dengan CGPA semasa 3.75, Nurhidayah telah menerima Anugerah Dekan dan Anugerah Timbalan Naib Canselor. Namun, pencapaiannya tidak terhad kepada bidang akademik sahaja. “Saya percaya hidup bukan sekadar hidup, tetapi bagaimana kita memberi makna dalam sesebuah kehidupan,” ujar Nurhidayah yang kini memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Istimewa UM (PERMIUM) 2023/2024. Penglibatannya dalam pelbagai aktiviti ko-kurikulum, termasuk mewakili PERMIUM di pelbagai forum dan persidangan, telah membentuk keperibadiannya sebagai seorang pemimpin yang berkaliber. Nurhidayah telah menempuh pelbagai cabaran […]

trending_flat

Inshirah yakin bidang perakaunan buka peluang kerjaya luas

“Saya percaya ilmu yang dimiliki seseorang adalah kunci yang membezakan tahap kejayaan kita dengan individu lain. Oleh itu, saya sentiasa menanamkan sifat bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu pengetahuan tidak kira di mana saya berada,” kata Nur Izzah Inshirah Azmi Nassaruddin memulakan perbualan. Gadis berusia 23 tahun yang lebih mesra dipanggil Inshirah ini merupakan mahasiswa tahun akhir jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, Selangor. Anak kedua daripada lima adik-beradik ini berasal dari Semenyih, Selangor dan kini sedang menjalani latihan praktikal di syarikat multinasional Deloitte. “Keputusan saya untuk menceburi bidang perakaunan adalah sesuatu yang tidak terancang sebenarnya. Membesar dalam keluarga di mana tiada siapa yang pernah menceburi bidang ini, saya sering mendapati diri saya keseorangan pada awalnya,” tambah Inshirah. Namun demikian, Inshirah bersyukur kerana ibu bapanya menyokong penuh cita-citanya dan sentiasa menjadi sumber kekuatan dalam usahanya mengejar […]

trending_flat

Nadia Natasha seru generasi muda untuk tangkas mengintai peluang

Nadia Natasha Mohd Said, 23, mahasiswa tahun kedua jurusan farmasi di Universiti Malaya sememangnya individu yang tidak kekok di hadapan kamera. “Ramai juga yang mencadangkan supaya saya bekerja separuh masa sebagai peragawan bagi menambah wang saku, namun minat dan cita-cita saya buat masa ini masih belum terbina ke arah itu,” katanya memulakan perbualan sambil tersenyum. Percubaannya yang paling menghampiri dunia peragaan, menurut Nadia, ialah apabila diberi peluang menjadi duta produk tudung sukan LaSports. “Walaupun banyak yang saya pelajari mengenai dunia peragaan ketika itu, terutamanya mengenai pengenaan gaya di hadapan kamera, tatarias, dan jadual seorang model profesional, namun hati saya masih belum terbuka untuk mencubanya, baik secara separuh atau sepenuh masa,” kata anak kelahiran Johor Bahru ini lagi. Nadia ketika memperagakan tudung sukan LaSport Mengulas lanjut, Nadia sebenarnya hanya ada satu keinginan yang ingin dicapainya buat masa ini, dan keinginan itu […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation