Institusi masjid harus diurus gaya korporat
Oleh: Dr. Khairulnizam Mat Karim Kerap kali kita mendengar keluhan masyarakat sama ada jemaah setempat mahupun jemaah musafir berkaitan isu-isu asas institusi masjid. Antara yang kerap diperkatakan oleh masyarakat adalah berkaitan (1) tandas kotor/ tidak diselenggara dengan baik, (2) pintu tandas rosak, (3) ruang solat/ karpet berpasir dan berbau, (4) kipas berhabuk, siling bersawang, (5) kain sarung dan telekung berbau hapak, (6) persekitaran tidak diurus dengan baik termasuk pengurusan sampah, (7) masjid tidak cakna hal-hal kebajikan jemaah sekitar, (8) persoalan pengurusan kewangan dan banyak lagi. Tidak kurang juga kajian-kajian berkaitan institusi masjid yang turut menyentuh perkara yang sama dengan beberapa isu-isu tambahan yang lebih memberi penekanan terhadap (8) kualiti urus tadbir-hala tuju institusi masjid, (9) kualiti program mahupun aktiviti yang dianjurkan oleh institusi masjid dan (10) kualiti atau kriteria pelantikan ahli jawatankuasa masjid. Ini tidak lagi menyentuh perkara yang tidak […]