trending_flat

Timbalan Menteri MAFS sempurnakan program Jiwa Murni LKIM Negeri Sabah

KOTA KINABALU, 30 DISEMBER 2022 - Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Chan Foong Hin telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi seterusnya menyempurnakan Program Jiwa Murni bersama Nelayan di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah hari ini. Menurut Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam satu kenyataan hari ini, Chan telah menyerahkan ‘Mock Cheque’ bernilai RM100,000.00 kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kota Kinabalu sebagai bantuan pembinaan Jeti Kampung Lobong separa konkrit untuk manfaat lebih 350 orang penduduk Kampung Lobong. Kredit Foto : Pejabat Timbalan Menteri & UKK LKIM "Dalam lawatan kerja yang sama juga, Chan turut menyerahkan bantuan sebanyak RM10,000.00 menggunakan peruntukan Tabung Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan serta bakul makanan kepada 6 orang nelayan Pulau Gaya yang terjejas akibat kejadian ribut baru-baru ini. MAFS dan LKIM sentiasa berusaha dan komited untuk membantu meringankan beban yang ditanggung golongan sasar nelayan seterusnya […]

trending_flat

Kunjungan Hormat Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Kepada Menteri Pertanian Dan Perikanan Sabah

KOTA KINABALU, 29 DISEMBER 2022 – Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) YB Chan Foong Hin mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Timbalan Ketua Menteri ll Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Seri Panglima Dr.Jeffrey Kitingan, di pejabat beliau di Wisma Pertanian hari ini. Pertemuan ini membincangkan potensi terpendam Sabah sebagai penyumbang besar bagi memastikan bekalan makanan negara terus terjamin dan peranan yang dapat dimainkan MAFS bagi membantu Kerajaan Sabah memenuhi potensi tersebut. Chan berkata, “Sabah adalah bumi bertuah yang dikurniakan tanah yang luas dan subur, selain kawasan perairan yang luas, menjadikan wilayah ini sebagai salah satu penggerak penting dalam menampung bekalan dalam negara. Penggunaan teknologi terkini, termasuk kaedah-kaedah pertanian moden akan menjadi tumpuan dalam jangka masa sederhana bagi meningkatkan produktiviti masyarakat tani.” Beliau turut berharap Kementerian Pertanian dan Perikanan serta Jabatan dan Agensi berkaitan pertanian di Sabah […]

trending_flat

KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KEPADA KETUA MENTERI SABAH

KOTA KINABALU, 27 DISEMBER 2022 – Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) YB Chan Foong Hin mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini. Kunjungan adalah bersempena lawatan sulung YB Chan Foong Hin ke Sabah sejak dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 9 Disember lepas. Ia turut disertai oleh Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sabah, Puan Hadriyani Ahmad, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan dan Agensi MAFS. Menurut Chan, pertemuan dua hala ini bertujuan untuk mengeratkan kerjasama strategik Kementerian di peringkat Persekutuan dan Kerajaan Wilayah Sabah dan Sarawak dalam menangani isu keterjaminan makanan. Turut dibincangkan pelbagai perkara termasuk pendekatan menghormati autonomi Kerajaan Wilayah dalam bidang pertanian serta meneroka ruang kerjasama terutamanya bersama Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah, yang diterajui menterinya, Datuk Seri Dr Jeffrey […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation