trending_flat

Jumlah penerima dos penggalak kedua sebanyak 806,818

24 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW hari ini, setakat 23 Februari 2023, 11:59 pm seramai 16,311,851 Malaysia telah mendapatkan keseluruhan dos vaksin dan juga dos penggalak pertama. Manakala jumlah penerima dos penggalak kedua adalah 806,818. Jumlah kes baharu harian COVID-19 setakat 23 Februari, 11:59 pm adalah sebanyak 223 kes tempatan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes baharu setakat 23 Februari, 11:59 pm adalah sebanyak 5,041,811. Dalam pada itu tiada kes kematian harian baharu direkodkan setakat 23 Februari 2023, 11:59 pm. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat 23 Februari, 11:59 pm adalah kekal sebanyak 36,957. Jumlah kes sembuh harian setakat 23 Februari, 11:59 pm adalah sebanyak 278. Maka jumlah keseluruhan kes sembuh setakat 23 Februari, 11:59 pm adalah sebanyak 4,995,584.

trending_flat

Pasukan kerja rangka Kertas Putih perolehan Vaksin COVID-19 ditubuhkan

10 Februari 2023 - Merujuk kepada sidang media Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim selepas Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lepas berhubung Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menubuhkan pasukan kerja bagi merangka Kertas Putih untuk memberi gambaran secara komprehensif mengenai pengurusan perolehan vaksin COVID-19. Ia merupakan susulan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Januari 2023 lepas. Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Kesihatan Malaysia Dr. Zaliha Binti Mustafa berkata Kertas Putih tersebut akan meneliti tatacara perolehan yang dilakukan adalah telus demi manfaat rakyat secara keseluruhannya. "Ini berikutan penemuan awal oleh pihak Jabatan Peguam Negara dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang menjalankan due diligence secara terperinci khususnya terhadap terma-terma perjanjian bekalan vaksin COVID-19 yang telah ditandatangani serta dibuat semasa tempoh darurat. Sehubungan dengan itu, bertepatan dengan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri juga, KKM […]

trending_flat

Jumlah harian penerima dos penggalak kedua semakin meningkat

27 JANUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW hari ini, setakat 26 Januari 2023, 11:59 pm seramai 16,299,287 penduduk di Malaysia telah mendapatkan keseluruhan dos vaksin dan juga dos penggalak pertama. Manakala jumlah penerima dos penggalak kedua adalah 770,149. Jumlah kes baharu harian COVID-19 setakat 26 Januari, 11:59 pm adalah sebanyak 171 kes tempatan dan 1 kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes baharu setakat 26 Januari, 11:59 pm adalah sebanyak 5,035,377. Sebanyak 3 kes kematian (BID) baharu harian direkodkan setakat 26 Januari 2023, 11:59 pm. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat 26 Januari, 11:59 pm adalah 36,936. Manakala jumlah kes sembuh harian setakat 26 Januari 2023, 11:59 pm adalah sebanyak 325. Maka jumlah keseluruhan kes sembuh setakat 26 Januari, 11:59 pm adalah sebanyak 4,988,814.

trending_flat

Jumlah harian penerima dos penggalak kedua meningkat

26 JANUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW hari ini, setakat 25 Januari 2023, 11:59 pm seramai 16,298,461 penduduk di Malaysia telah mendapatkan keseluruhan dos vaksin dan juga dos penggalak pertama. Manakala jumlah penerima dos penggalak kedua adalah 765,888. Jumlah kes baharu harian COVID-19 setakat 25 Januari, 11:59 pm adalah sebanyak 130 kes tempatan dan 2 kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes baharu setakat 25 Januari, 11:59 pm adalah sebanyak 5,035,205. Sebanyak 1 kes kematian baharu harian direkodkan setakat 25 Januari 2023, 11:59 pm. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat 25 Januari, 11:59 pm adalah 36,933. Manakala jumlah kes sembuh harian setakat 25 Januari 2023, 11:59 pm adalah sebanyak 346. Maka jumlah keseluruhan kes sembuh setakat 25 Januari, 11:59 pm adalah sebanyak 4,988,489,143.

trending_flat

COVID-19 : Jumlah penerima dos penggalak pertama masih rendah

14 JANUARI 2023 – Setakat 13 Januari 2023, 11:59 pm seramai 16,289,610 penduduk di Malaysia telah mendapatkan keseluruhan dos vaksin dan juga dos penggalak pertama. Makalala jumlah penerima dos penggalak kedua adalah 711,666. Dalam pada itu jumlah kes baharu harian COVID-19 setakat 13 Januari, 11:59 pm adalah sebanyak 318 kes tempatan dan 2 kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes baharu setakat 13 Januari, 11:59 pm adalah sebanyak 5,032,146. Jumlah kes kematian harian direkodkan setakat 13 Januari 2023, 11:59 pm adalah sebanyak 3 kes. Tiada kes BID direkodkan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat 13 Januari, 11:59 pm sebanyak 36,908. Manakala jumlah kes sembuh harian setakat 13 Januari 2023, 11:59 pm adalah sebanyak 506. Maka jumlah keseluruhan kes sembuh setakat 13 Januari, 11:59 pm adalah sebanyak 4,984,301.

Vaksin Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection diberi kelulusan bersyarat sebagai Dos Penggalak kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun

5 JANUARI 2023 - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-380 yang bersidang semalam telah memberi kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin COVID-19 iaitu Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection (nombor pendaftaran MAL22016037AZ; pengilang Pfizer Manufacturing Belgium NV, Belgium dan BioNTech Manufacturing GmbH, Germany) sebagai dos penggalak (booster dose) kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun sekurang-kurangnya selepas enam (6) bulan daripada penerimaan dos primer vaksin Comirnaty. Menurut Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, kelulusan pendaftaran bersyarat itu masih memerlukan pemantauan dan penilaian berterusan terhadap maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. "Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi vaksin tersebut kekal positif. KKM sentiasa komited untuk mempertingkatkan akses rakyat kepada produk vaksin bagi tujuan pencegahan penularan […]

trending_flat

COVID-19 : Rakyat disarankan segera dapatkan dos vaksin penggalak

30 DISEMBER 2022 - Melihat kepada situasi dan perkembangan terkini di negara China, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan kepada semua penduduk di negara ini supaya dapatkan dos vaksin penggalak. Dalam satu ciapan di Twitter rasmi beliau, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata walaupun kes baharu terkini dalam negara masih terkawal dan menurun, rakyat perlu mengambil tindakan bersiapsiaga. "Untuk makluman semua terkini liputan vaksinasi Covid-19 bagi populasi Malaysia untuk dos penggalak pertama hanya 49.8% dan dos penggalak kedua pula amat rendah iaitu 1.9%. Untuk kita tingkatkan pertahanan immunity badan, sila dapatkan dos penggalak." kata Dr. Noor Hisham Abdullah. Selanjutnya beliau turut berkongsi cara-cara mendapatkan temujanji bagi dos vaksin seperti di bawah : Individuals eligible for COVID-19 booster vaccine can book for a vaccination slot at their preferred place, day and time at their convenience. […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation