Menteri KKR adakan perjumpaan bersama kontraktor kecil G1, G2 dan G3 KL dan Selangor
KUALA LUMPUR 20 Februari 2023 – Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi mengadakanperjumpaan dengan kontraktor kecil G1, G2 dan G3 dari Kuala Lumpur dan Selangor di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kementerian Kerja Raya semalam. Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam satu kenyataan, perjumpaan itu adalah sebahagian usaha Kementerian sebagaimana konsep “industrial engagement” berinteraksi secara terus untuk mencari penyelesaian terhadap isu-isu dan cabaran yang dihadapi para kontraktor kecil dalam pelaksanaan projek-projek kerajaan dan juga swasta. Kata KKR, menerusi sesi itu, kontraktor kecil dapat menyuarakan pandangan kepada Menteri Kerja Raya dan juga ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah Kementerian tersebut. "Sesi libat urus dan interaksi ini adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan YB Menteri Kerja Raya dalam memastikan isu dan cabaran penggiat industri termasuk para kontraktor kecil dalam pelaksanaan projek-projek didengar dan dapat mencari solusi bersama secara berkesan serta […]