Penyemakan Kadar Fi Akuan Berkanun Di Bawah Akta Berkanun 1960 [Akta 783]
PUTRAJAYA, 13 Januari 2023 – Kerajaan telah bersetuju menyemak semula kadar fi akuan berkanun (statutory declaration) mengikut peruntukan seksyen 4, Akta Akuan Berkanun 1960 [Akta 783]. Kali terakhir fi akuan berkanun ini ditetapkan adalah pada 4 Mac 1993 iaitu hampir 30 tahun dahulu, melalui warta P.U.(A) 78/93. Fi yang ditetapkan ketika itu adalah sebanyak RM4.00 bagi akuan berkanun dan RM2.00 bagi ekshibit dalam akuan berkanun tersebut. Pada 13 Januari 2023, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) YB Dato’ Sri Azalina Othman Said telah menandatangani Perintah (Bayaran) Surat Akuan (Pindaan) 2023, di mana kedua-dua kadar tersebut telah disemak semula kepada RM10.00 berkuat kuasa pada 16 Januari 2023. Kadar baru fi ditetapkan berdasarkan semakan dan kajian terperinci yang dilaksanakan oleh Kerajaan dengan pihak berkepentingan dan Pertubuhan Gabungan Pesuruhjaya Sumpah Malaysia (PESUMA). “Penetapan terakhir kadar fi akuan berkanun adalah pada […]