QOBIN GESA SIASATAN MENYELURUH WAJAR DILAKUKAN
KUALA LUMPUR 21 MEI 2023 - Pendaki Everest dan Penjelajah Grand Slam negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin (Qobin) mengucapkan takziah di atas kematian pendaki Malaysia Everest yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Kedah, Awang Askandar Ampuan Yaacub. Beliau juga berdoa agar Pendaki Everest, Muhammad Hawari Hashim segera ditemui selepas dilaporkan hilang lebih 24 jam. Katanya pendakian ke puncak Everest bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh didaki dengan sesuka hati. Ianya memerlukan latihan yang intensif, persediaan yang rapi dan pendaki perlu didedahkan dengan pengalaman mendaki ke gunung-gunung salji dan latihan teknikal. "Walaupun kita mempunyai wang dan penaja, tidak semestinya kita boleh sampai ke Everest. Saya terpaksa berlatih lebih 2 tahun di dalam dan luar negara dan ke Nepal beberapa kali sebelum mendaki Everest pada tahun 2004. Di Nepal pula saya perlu mengadaptasikan diri dengan gunung di sana selama 2 bulan sebelum […]