trending_flat

JBPM Lancar EMARS

SHAH ALAM, 15 Mac 2023 – Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming (YB KM)telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Emergency Medical Air Ambulance Rescue Services (EMARS) dan Kempen Keselamatan Musim Perayaan Tahun 2023 bertempat di perkarangan AEON Mall Shah Alam. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Zaliha binti Mustafa. Dalam ucapan perasmian di majlis tersebut YB KM berkata, “KPKT bersama-sama JBPM melalui Ikhtiar Bitara MADANI akan menambah kemudahan perkhidmatan ambulan udara atau EMARS bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kecemasan khususnya di kawasan pedalaman dan perkampungan orang asli yang sukar diakses menerusi jalan darat. Tambah beliau, “Kolaborasi multilateral bersama-sama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Hal Ehwal Asli (JAKOA) dalam merealisasikan perkhidmatan EMARS ini akan memberi impak tinggi kepada mutu perkhidmatan sedia ada, malah menjimatkan perbelanjaan negara sekurang-kurangnya RM15 juta setahun.” Selain digunakan untuk membawa doktor, […]

trending_flat

Penganjuran Mesyuarat Menteri Kesihatan bersama Exco Kesihatan Negeri bukti komitmen Kerajaan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan negeri

11 April 2023 - Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Zaliha Mustafa memaklumkan bahawa beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Menteri Kesihatan bersama Exco Kesihatan Negeri yang pertama di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 10 April 2023 (Isnin). Katanya dalam satu kenyataan media hari ini, penganjuran mesyuarat itu membuktikan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan di setiap negeri. "Saya ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat ini yang dihadiri oleh Exco Kesihatan, mewakili setiap negeri merupakan satu platform bagi menyampaikan keputusan dan dasar semasa KKM untuk makluman dan tindakan Exco Kesihatan Negeri. Di samping itu, Mesyuarat ini bertujuan membincangkan isu-isu semasa dan perkara-perkara berbangkit daripada YB Menteri Kesihatan bersama Exco Kesihatan Negeri yang lepas. Selain itu, ia merupakan satu platform bagi membentangkan maklumat-maklumat khusus untuk perbincangan dan keputusan ahli mesyuarat. Dalam mesyuarat pada hari ini, Kementerian telah membentangkan maklumat berkaitan Analisa Belanjawan 2023 […]

trending_flat

Majlis Perasmian Perjanjian Piagam Antara Syneos Health dan Clinical Research Malaysia (CRM)

PUTRAJAYA, 23 Disember 2022 - Majlis Charter Agreement Signing Ceremony (CRM-Syneos Health) yang berlangsung semalam telah dihadiri oleh Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa. Majlis tersebut turut disertai oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Clinical Research Malaysia (CRM), Dr. Akhmal Yusof dan Pengurus Besar dan Ketua Rantau Asia Pasifik Syneos Health , Dr. Ken Lee. Perjanjian yang dimenterai merupakan satu kolobrasi dalam memantapkan industri penyelidikan negara yang statusnya sebagai lokasi utama dalam bidang penyelidikan antarabangsa. Sejak ia bertapak 10 tahun lepas bermula 2012, ianya berjaya mempamirkan prestasi yang cukup baik dan telah membuahkan banyak kejayaan, termasuklah merekodkan lebih 2000 hasil penyelidikan yang menyumbangkan RM 1 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar. Kerjasama yang arkab dengan pihak yang berkepentingan ini akan meningkatkan kualiti kajian klinikal yang diprogramkan. Ini adalah sejajar dengan kolobrasi perjanjian antara Syneos Health dan CRM […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation