trending_flat

Penjelasan Laporan Akhbar Tunggakan hutang tak mampu dibayar FELCRA RM312.22 juta

KUALA LUMPUR, 18 Februari 2023 - Sebagai sebuah entiti korporat yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan (Diperbadankan), FELCRA Berhad mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan dua teras utama pengoperasian syarikat perlu dilunaskan iaitu operasi perniagaan komersial dan mandat sosial syarikat untuk rakyat khususnya kepada peserta FELCRA. Berdasarkan laporan Jabatan Audit Negara Malaysia, jumlah pinjaman pembangunan tanah peserta yang tertunggak sehingga 31 Disember 2021 adalah sebanyak RM312.22 juta. Namun begitu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad Dato’ Mat Roni Zakaria, baki tunggakan tersebut telah ditukar statusnya daripada pinjaman kerajaan kepada ekuiti kerajaan. Langkah ini menunjukkan betapa kerajaan amat prihatin terhadap isu bebanan hutang pembangunan tanah yang dihadapi oleh FELCRA Berhad. Penukaran baki pinjaman kerajaan kepada ekuiti dalam FELCRA Berhad termasuk jumlah RM312.22 juta telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada Khamis, 4 Ogos 2022. Kelulusan ini telah memberi ruang […]

trending_flat

SELEPAS 40 TAHUN, KPFMB TERUS MENCIPTA EKONOMI MASYARAKAT LUAR BANDAR

KUALA LUMPUR, 16 Disember 2022 – Walaupun dengan ramalan bahawa dunia akan mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 2023, industri koperasi diyakini mampu berperanan meringankan beban rakyat Malaysia di luar bandar khasnya dari kalangan B40. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang baru, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa koperasi menawarkan perniagaan yang selamat dan pada masa sama memberi manfaat persekitaran yang besar kepada masyarakat setempat kerana sistem tadbir urus yang baik dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Beliau turut memuji pencapaian unggul koperasi seperti Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad (KPFMB) yang berjaya berkembang serta mencipta kejayaan dengan menceburi pelbagai bidang seperti perladangan, hartanah, pembangunan dan peruncitan selama 40 tahun operasinya. Menurut Pengerusi KPFMB Dato’ Haji Sabari Misran, kemampuan mereka untuk bertahan dan mengecapi kejayaan demi kejayaan walaupun selepas 40 tahun penubuhan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation