trending_flat

Ismail Sabri santuni anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

27 Mac 2023 - Mantan Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob telah menziarahi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah semalam. Foto oleh Azuddin Dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau, Ahli Parlimen Bera itu mengimbau kembali kejadian menyayat hati yang telah berlaku di situ pada tahun 2017 yang lalu. "Kisah menyayat hati anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terkorban dalam kebakaran meragut nyawa 23 mangsa pada 14 September 2017, masih berbekas dalam hati dan juga ingatan… Saya masih ingat lagi sedih yang menyentap diri ketika itu. Kami sempat berbuka puasa bersama-sama beberapa bulan sebelum tragedi itu berlaku. Hari ini, saya kembali ke Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah untuk bersama-sama dengan 24 pelajar baru tahfiz dan pengurusan dalam program Kongsi Rezeki Ramadan." katanya. Tambah beliau, mereka nampak sihat dan menjalani rutin harian dengan baik. "Alunan bacaan Al-Quran yang dibaca anak-anak […]

trending_flat

Isu UMNO dilanyak : Ismail Sabri berikan penjelasan

10 Februari 2023 - Bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob tampil memberikan penjelasan mengenai isu ‘UMNO dilanyak’ seperti mana yang diterbitkan oleh pihak media baru-baru ini. Menurut Naib Presiden UMNO itu, laporan-laporan tersebut adalah menyimpang daripada wawancara beliau bersama Mingguan Malaysia pada 5 Februari 2023. Kata Ismail Sabri dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau, dalam wawancara itu, beliau hanya menyatakan kekecewaan yang tidak pernah ditunjukkan selama ini. "Saya Perdana Menteri UMNO. Untuk mengukuhkan UMNO masa itu, daripada 29 menteri kabinet, 14 daripadanya adalah menteri BN walaupun kita hanya ada 42 kerusi Parlimen. Tetapi waktu itu saya ditekan oleh pemimpin parti sendiri seperti saya bukan Perdana Menteri dari UMNO. Saya dilanyak waktu itu. UMNO seolah-olah pembangkang waktu itu. Ini yang saya maksudkan dalam wawancara saya bersama media tempoh hari." ujarnya.

trending_flat

Isu pengeluaran KWSP akan dibawa ke Parlimen – Ismail Sabri

4 Februari 2023 - Bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob telah menerima kunjungan dari Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin di pejabat beliau. Menurut Ismail Sabri dalam satu hantaran ringkas di Facebook rasminya semalam, pertubuhan tersebut telah menyerahkan memorandum pengeluaran KWSP bagi menuntut pengeluaran secara bersasar untuk menangani kos sara hidup yang semakin meninggi. "Terima kasih Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin atas pertemuan ini dan diharapkan terus menjadi mata dan telinga rakyat dan sentiasa peka dengan keperluan rakyat di negara ini. InsyaAllah saya akan bangkitkan isu ini sewaktu perbahasan di Parlimen yang akan berlangsung mulai pertengahan bulan Februari ini." kata Ismail Sabri.

trending_flat

Pemecatan dan penggantungan tidak patuhi proses perundangan – Ismail Sabri

28 Januari 2023 - Bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa beliau tidak setuju dengan keputusan pemecatan Khairy Jamaluddin dan penggantungan 6 tahun Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Tan Sri Noh Omar (yang kemudiannya dipecat atas kehendak Tan Sri Noh), Shahril Hamdan, Datuk Seri Salim Sharif (Jempol). Tegas Ismail Sabri, pemecatan dan penggantungan dibuat tidak mematuhi proses perundangan dan bertentangan dengan prinsip 'natural justice' seperti hak membela diri. "Dalam isu ini tiada surat tunjuk sebab bagi yang dituduh mengetahui pertuduhan terhadap mereka, tiada ruang menjawab pertuduhan melalui surat tunjuk sebab tersebut. Jika yang menuduh tidak puas hati maka yang dituduh perlu dirujuk kepada pendengaran dalam jawatankuasa disiplin bagi mempertahankan diri. Beliau boleh membawa saksi. Tuduhan perlu dibuktikan. Jika jawatankuasa disiplin mendapati yang dituduh bersalah atau sebaliknya, maka jawatankuasa disiplin perlu memberi cadangan kepada jawatankuasa pengurusan UMNO." kata […]

trending_flat

Cadangan boikot peniaga makanan tidak wajar – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 22 Januari 2023 - Bekas Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob berpendapat bahawa cadangan dari seorang Menteri Kabinet supaya rakyat memboikot peniaga makanan yang menjual dengan harga yang mahal sangat tidak wajar dibuat. Katanya dalam satu hantaran ringkas di Facebook rasmi beliau pada Ahad lalu, Kerajaan sepatutnya mencari kaedah untuk menurunkan harga bahan mentah makanan bagi membantu peniaga makanan untuk menurunkan harga makanan. "Saranan memboikot tanpa mengambil kira sebab kenaikan pasti akan menyusahkan peniaga." ujar Ismail Sabri. Dalam pada itu, beliau juga berkongsi kisah seorang Mak Cik yang berjumpa beliau mengadu supaya kalau boleh mahu keluarkan wang simpanan KWSP. "Ramai yang mengadu kesukaran hidup akibat kos sara hidup yang kian meningkat ditambah dengan bebanan hutang dan lain-lain. Kerajaan perlu mengkaji secara serius aduan rakyat ini dan mencari kaedah bagi membenarkan mereka mengeluarkan KWSP mereka." ujar beliau.

trending_flat

“Tsunami” PRU-15 : Dun dan Parlimen Bera tidak terkesan, menang berganda – Ismail Sabri

BERA 21 Januari 2023 - Bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob menyatakan walaupun "tsunami" telah melanda ketika Pilihanraya Umum (PRU) yang lepas, kawasan Parlimen Bera yang diwakilinya tidak terkesan. Malah katanya dalam satu hantaran ringkas di Facebook rasmi beliau baru-baru ini, DUN dan Parlimen Bera menang berganda. "Tanpa warga Bera…siapa lah saya… Program bersama-sama warga Bera tetap dilaksanakan. Walau sederhana namun tetap meriah dengan kehadiran dari pelbagai bangsa. Program Majlis Kesyukuran Parlimen Bera hari ini adalah bagi meraikan Keluarga Bera yang menjadi tunjang perjuangan saya selama ini… Terima kasih kepada jentera BN dan warga Bera… Walaupun “tsunami” berlaku di seluruh negara, namun Bera tidak terkesan... DUN & Parlimen Bera menang berganda…" ujar Ismail Sabri. Seterusnya, beliau turut berkongsi video lawatan beliau ke rumah salah seorang penerima Rumah Rakyat Pahang di Kuala Triang. "Alhamdulillah…Rumah Rakyat Pahang ini luas dan […]

trending_flat

Ismail Sabri lawat kanak-kanak dipercayai didera dan ditinggalkan di tepi jalan

KAJANG, 19 Januari 2023 - Bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkongsi video beliau melawat kanak-kanak yang dipercayai didera dan ditinggalkan di tepi jalan. Kata Ismail Sabri dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau baru-baru ini, kanak-kanak tersebut semakin sihat. "Terima kasih kepada pihak Hospital Kajang terutamanya doktor, jururawat dan kakitangan hospital yang menjaga anak ini dengan baik dan sempurna. Terima kasih juga kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat di atas tindakan seterusnya untuk mendapatkan rumah penjagaan kanak-kanak kepada anak ini. Apa pun alasan, anak adalah kurniaan Allah SWT yang paling berharga dan anak mesti dibelai dan dijaga dengan sempurna bukan didera dan diseksa." kata Ahli Parlimen Bera itu. Seterusnya Ismail Sabri berkongsi video beliau menyantuni kanak-kanak yang sakit di wad kanak-kanak Hospital Kajang. "Ramai yang demam panas, selsema dan sesak nafas. Menurut doktor, sekarang musim kanak-kanak demam selsema & […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation